07/04/2023
PAS kecewa kerana ada dalam kalangan orang Melayu yang menuduh bangsa sendiri sebagai rasis, angkuh dan sebagainya, selain menyifatkan mereka sebagai ‘mahkluk asing’ yang menggoda menggunakan slogan ‘reformasi’ dan ‘Arab Spring’.
Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata menuduh Melayu Malaysia angkuh, berbanding Melayu Kemboja, menunjukkan individu berkenaan jahil berhubung kejatuhan kerajaan Melayu Islam di negara itu, atau kerana buta hati.
Mengimbas sejarah, beliau berkata Islam pernah dianut oleh bangsa Champa iaitu rumpun Melayu di Indochina yang memerintah Kerajaan Champa. Pengaruh kerajaan ini berkembang dalam wilayah yang luas sehingga wujudnya Pangkalan Champa (Pengkalan Chepa) di Kelantan.
“Malangnya, kerajaan ini mengalami kelemahan dan kejatuhan sehingga rumpun Melayu Champa menjadi kumpulan minoriti yang merempat kemiskinan dan kejahilan dalam tanah air mereka sendiri, sehingga mereka menjadi lemah tidak bermaya.
“Pada era komunis, ramai penganut Islam dibunuh dan paling ramai yang berhijrah ke Malaysia. Kalau Melayu ini angkuh, mereka tidak akan memilih Malaysia sebagai tempat hijrah untuk menyelamatkan agama mereka,” katanya dalam Minda Presiden, hari ini (7 April 2023) tanpa menyatakan pemimpin Melayu terbabit.
Bagaimanapun, beliau dipercayai mengulas kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini, yang mengingatkan Melayu Islam Malaysia supaya tidak berasa selesa dan angkuh hingga meminggirkan kaum lain.
Anwar ketika berucap pada Perhimpunan Bulanan bersama Warga Kementerian Kewangan pada 4 April lalu, juga menceritakan pengalamannya ketika berkunjung ke Kemboja baru-baru ini, Anwar berkata beliau melihat sendiri bagaimana umat Islam minoriti di negara berkenaan dilayan.
Mengulas lanjut, Abdul Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang berkata adalah malang apabila terdapat dalam kalangan orang Melayu yang lebih dahsyat kefahamannya daripada kacang yang tidak berakal, bermata dan bertelinga yang melupakan kulitnya, sehingga menuduh bangsanya rasis, angkuh dan sebagainya.
“Termasuk yang dianggap ilmuwan yang berjela ijazahnya dan pemimpin yang diulungkan, tetapi lemah akalnya atau akalnya lebih kecil daripada ilmu dan ketokohan jasadnya.
“Alhamdulillah, Melayu selamat daripada makhluk asing yang menggunakan godaan slogan Reformasi dan Arab Spring, sehingga ada negara yang tumbang kerajaannya dan hanya tinggal gusi.
“Malah, ada negara yang hancur kerana terlibat dalam perang proksi yang telah diaturkan oleh makhluk asing itu. Melayu masih selamat daripada gangguan Musa Samiri yang merosakkan aqidah Bani Isra’il pada zaman dahulu.
“Hanya Melayu yang tidak sayangkan kaumnya yang berada di luar tabii atau tegak bersama fanatik kaumnya sahaja yang merosakkan Melayu itu sendiri dan merosakkan semua bangsa dalam masyarakat majmuk.
“Sebaliknya, hanya Melayu yang tegak bersama Islam akan menjadikan Melayu selamat dan semua bangsa selamat,” katanya.
Memetik ayat 34 surah Al-Baqarah, Abdul Hadi berkata jika Melayu ini angkuh seperti Iblis, sudah pasti mereka tidak akan memeluk Islam dengan mudah kerana Islam dibawa oleh pendatang asing daripada kalangan bangsa Arab dan India Muslim yang bukan Melayu.
Apa yang sebenarnya berlaku, katanya ialah Melayu yang berkuasa dan mendaulatkan Islam tidak memaksa penganut agama lain memeluk Islam, tetapi melaksanakan Islam yang adil kepada semua.
“Teguhnya pegangan Islam bangsa Melayu ini sehingga gagal dimurtadkan oleh penjajah yang datang silih berganti, bermula dengan Portugis sehinggalah Belanda, British dan Jepun.
“Melayu tidak boleh dimurtadkan sepertimana yang berlaku di negara-negara lain, apatah lagi dipengaruhi oleh ideologi komunis yang tidak percayakan Tuhan,” katanya.
Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang.

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.