Friday, May 19, 2023

Akar umbi UMNO bergolak selepas himpunan parti kerajaan campuran

agendaily.com
19/05/2023
Pemimpin DAP gembira berada dalam Dewan tempat berhimpunannya ahli-ahli UMNO selama ini.

Platform media sosial digunakan akar umbi untuk menyuarakan rasa tidak puas hati terhadap penganjuran himpunan parti kerajaan campuran yang berlangsung di bangunan UMNO pada hujung minggu lalu.

Tinjauan dalam platform TikTok, pengguna akaun dikalangan ahli UMNO yang membuka topik perbincangan menerusi ‘room’ perbualan rata-rata mengkritik hebat penganjuran himpunan tersebut.

Malah, terdapat juga pengguna akaun dikalangan ahli UMNO yang kecewa apabila melihat pemimpin DAP khususnya dibenarkan memasuki dewan yang sebelum ini menjadi tempat berkumpulnya perwakilan parti pada setiap tahun.

Lebih mengecewakan akar umbi UMNO ialah pemimpin utama parti tersebut yang dilihat tidak memahami sentimen ahli-ahli dibawah dan masih merasakan langkah duduk bersama parti dalam Pakatan Harapan (PH) adalah langkah terbaik.

Perbincangan dalam ‘room’ akar umbi UMNO di TikTok mengecam pemimpin utama mereka dengan mendakwa gagal mempertahankan isu melibatkan orang Melayu dan Islam.

Terdapat juga ahli-ahli UMNO yang mahu memboikot parti itu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) nanti sebagai tanda protes susulan membenarkan musuh politik tradisi mereka masuk ke dalam dewan keramat mereka tempoh hari.

“Gambar Presiden UMNO terdahulu dilindungi dan ditutup dengan banner Kerajaan Perpaduan tempoh hari,” kata seorang pengguna TikTok yang juga ahli UMNO semasa perbualan dalam ‘room’ semalam.

Hujung minggu lalu, berlangsungnya Konvensyen Nasional Kerajaan Perpaduan 2023 yang diadakan selepas enam bulan pembentukan kerajaan sejak berakhirnya Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) lalu.

Perhimpunan itu menyaksikan kembalinya Datuk Seri Anwar Ibrahim berucap di Dewan Merdeka selepas pemecatannya pada 1997, kira-kira 26 tahun lalu.

Dewan Merdeka tidak asing buat Anwar berikutan ia kerap menjadi gelanggangnya berpidato setiap kali berlangsungnya Perhimpunan Agung UMNO (PAU).

Namun, pentas Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu hari ini nyata berbeza berbanding 26 tahun lalu, yang ketika itu berucap selaku Timbalan Presiden UMNO dan Timbalan Perdana Menteri, di hadapan bekas mentornya, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Selain itu, ia juga menyaksikan buat kali pertama parti DAP berkumpul di dewan berlangsungnya PAU, dimana setiap kali perhimpunan ia dijadikan pentas untuk perwakilan membidas dan menyerang musuh tradisi mereka.

Bagaimanapun senario tersebut sudah berubah apabila UMNO kini sudah duduk bersama DAP dalam kerajaan campuran.

Selain itu, pemimpin DAP juga diberikan ruang untuk menyampaikan ucapan mereka di atas pentas utama semasa perhimpunan baru-baru ini.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-