Monday, May 22, 2023

MCA: Zahid patut jaga BN, bukan DAP

malaysiakini.com
Diterbitkan: May 22, 2023 11:38 AM
Sekutu BN, MCA hari ini mengingatkan pengerusi gabungan itu, Ahmad Zahid Hamidi bahawa dia perlu menumpukan perhatian kepada parti komponen dan bukannya terhadap gabungan lain.

Dalam satu kenyataan hari ini, setiausaha agung MCA Chong Sin Woon berkata Zahid perlu berhati-hati apabila mengeluarkan kenyataan mengenai kerjasama antara BN dan Pakatan Harapan.

“Perlu diingatkan bahawa sebagai Pengerusi BN, beliau haruslah menjaga kepentingan dan mengutamakan parti-parti komponen dalam BN, bukannya mengutamakan PH terutamanya DAP.

“Kerjasama antara BN dan PH perlulah ada timbal balas dan menguntungkan kedua-dua pihak.

“Ditegaskan juga bahawa apa jua pendirian dan pandangan oleh parti MCA mestilah dikeluarkan oleh pemimpin MCA, khususnya presiden MCA sendiri, bukannya pihak lain,” katanya.

Chong juga dalam kenyataannya itu seolah-olah mengambarkan bahawa Zahid telah mengatakan sesuatu baru-baru ini yang memberi tafsiran yang salah terhadap MCA.

“Sebarang pendirian yang diambil oleh MCA mesti diumumkan oleh pemimpin kita, khususnya presiden MCA, dan bukannya orang lain,” kata Zahid.

Chong dipercayai merujuk kepada kenyataan Zahid yang menggesa penyokong BN menyokong PH, termasuk seteru tradisional mereka DAP, pada pilihan raya enam negeri akan datang.

Peranan MCA dalam pilihan raya enam negeri akan datang adalah tidak jelas. Ini memandangkan mereka tidak mempunyai sebarang kerusi di keenam-enam negeri tersebut.

Bercakap kepada pemberita di Machang, Kelantan semalam, Zahid berkata penyokong Umno harus menyokong calon PH, sama seperti bagaimana mereka menyokong calon MCA dan MIC sebelum ini.

Sebelum ini, setiausaha publisiti kebangsaan DAP Teo Nie Ching menggesa penyokong parti itu menyokong calon Umno pada enam pilihan raya negeri akan datang.

Dia menggesa ahli parti supaya mengenepikan pertikaian mereka yang lalu, bagi memastikan kerajaan perpaduan dapat terus bekerjasama.

Gesaan yang sama turut disuarakan oleh ahli majlis tertinggi Umno Ahmad Maslan pada Jumaat.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-