FMT Reporters
22 May 2023
Pengerusi BN itu berkata, gabungan itu perlu terbuka kepada sebarang kemungkinan untuk mengukuhkan kedudukannya.
Presiden BN Zahid Hamidi bersama masyarakat Sikh dan Punjabi pada sambutan Vaisakhi semalam. (Gambar Facebook)
PETALING JAYA: Barisan Nasional (BN) sedia mempertimbangkan permohonan Parti Punjabi Malaysia (PPM) menyertai gabungan itu, kata pengerusinya, Zahid Hamidi.
Katanya, gabungan itu perlu terbuka kepada sebarang kemungkinan bagi mengukuhkan kedudukannya, tetapi parti komponen BN terlebih dahulu perlu bersetuju meminda perlembagaan gabungan itu sebelum membenarkan parti lain menyertai mereka.
Jika parti komponen BN lain bersetuju, “Friends of BN juga akan diterima, sekali gus mengukuhkan gabungan itu”, katanya pada sambutan Vaisakhi semalam.
Friends of BN terdiri daripada PPM, Makkal Sakti, Parti Cinta Malaysia, Barisan Kemajuan India Se-Malaysia, Kongres India Muslim Malaysia dan Parti Bersatu India Malaysia.
Zahid turut mempelawa Presiden PPM Gurjeet Singh Rhande, yang hadir pada majlis itu, mempertimbangkan untuk bertanding pada PRN akan datang.
“Beliau perlu mengenal pasti kerusi yang ingin ditandinginya,” katanya.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.