Dineskumar Ragu
18 May 2023, 9:30am
Penganalisis berkata, legasi, jenama dan rangkaian akar umbi luas bermakna Umno lebih bersedia memenangi hati pengundi Melayu di Pulau Pinang.
GEORGE TOWN: Pakatan Harapan (PH) perlu mempertimbangkan untuk menyerahkan beberapa kerusi majoriti Melayu di Pulau Pinang kepada Umno pada PRN akan datang, kata dua penganalisis politik.
Azmil Tayeb dari Universiti Sains Malaysia berkata, PH bukan saja perlu mempertimbangkan untuk Umno bertanding di kerusi disandang Bersatu – seperti Sungai Acheh, Telok Bahang dan Bertam – tetapi juga perlu melakukan perkara sama untuk kerusi disandangnya sekarang seperti Sungai Bakap dan Pulau Betong.
PH dan Umno kemudiannya perlu mengumpul sumber bagi mempertahankan kerusi itu kerana ia akan menjadi lebih sukar bagi penyandang dua gabungan itu mempertahankan kerusi mereka akibat fenomena “gelombang hijau” Perikatan Nasional (PN).
“Saya nampak gelombang hijau akan berterusan (dalam PRN akan datang). Kesan gelombang hijau akan ada kerana saya tidak nampak ia hilang atau reda,” kata Azmil kepada FMT.
“PH tiada pilihan selain percayakan Umno dengan kerusi Melayu (di Pulau Pinang). Apa pun Umno ada legasi, jenama dan rangkaian akar umbi luas menjangkau setiap bahagian di Tanah Melayu. Perkara sama tidak ada pada Amanah, parti komponen PH di kawasan majoriti Melayu.”
“Gelombang hijau” merujuk sokongan tidak dijangka yang diperolehi PN pada PRU15, apabila mereka memenangi 74 kerusi, dengan PAS menyumbang 43 kerusi dan Bersatu 31 kerusi.
Seorang lagi penganalisis dari USM, Ahmad Fauzi Abdul Hamid, berkata Umno perlu bersaing dengan PN di kerusi dikuasai Melayu kerana PH “mungkin disingkirkan”, memetik kehilangan kerusi Parlimen Permatang Pauh kepada PN pada PRU15.
Beliau berkata, ia tindakan sportif bagi PH menyerahkan beberapa kerusi kepada Umno kerana PH dan Barisan Nasional memutuskan untuk bertanding pada PRN sebagai satu blok.
Fauzi mencadangkan kerusi yang sebelum ini disandang Bersatu seperti Sungai Acheh, Bertam dan Telok Bahang diserahkan kepada Umno untuk ditandingi.
“Malah, Seberang Jaya, yang merupakan kerusi campuran majoriti Melayu, perlu dibuka untuk rundingan antara PH dan Umno,” katanya.
Kedua-dua penganalisis itu mengulas kenyataan Pengerusi PH Pulau Pinang, Chow Kon Yeow pada Sabtu lalu bahawa tuntutan bertindih BN dan PH berhubung rundingan di 15 kerusi majoriti Melayu di Pulau Pinang akan diselesaikan tidak lama lagi.
Ketua menteri Pulau Pinang itu dilaporkan berkata, PH akan bertanding di kerusi dimenanginya pada PRN sebelum ini kerana tiada penyandang sanggup melepaskan kerusi mereka.
PH Pulau PInang kini mempunyai 33 kerusi, manakala Umno dua kerusi, iaitu Permatang Berangan dan Sungai Dua.
Baki empat kerusi – Sungai Acheh, Seberang Jaya, Bertam dan Telok Bahang – dikosongkan pada Mac lalu selepas wakil Bersatu dipecat di bawah undang-undang antilompat parti negeri.
Tangani potensi tidak puas hati akar umbi PH
Ditanya bagaimana PH harus meredakan rasa tidak puas hati ahli akar umbi yang bekerja di kawasan berkenaan, Azmil mencadangkan pemimpin PH menunjukkan senario tidak diingini sekiranya PN yang memenangi kerusi Melayu itu.
“PH boleh tanya penyokong mereka: Adakah anda lebih suka PN atau PAS (menguasai kerusi ini) atau anda mahu Umno?
“Saya rasa penyokong PH mungkin memilih Umno. Jadi, jika anda letaknya dalam konteks itu, saya fikir ia akan membuatkan orang ramai (akar umbi PH) sedar sekurang-kurangnya buat masa ini, (mereka) perlu beri tumpuan kepada ancaman ‘gelombang hijau’ dan mereka perlu bekerjasama (dengan Umno).”
Fauzi pula mencadangkan pemimpin PH berunding dengan Umno bagi mendapatkan kerusi dari negeri lain yang akan mengadakan PRN, seperti Negeri Sembilan, sebagai pertukaran untuk kerusi yang mereka serahkan di Pulau Pinang.
“Saya tahu PH akan rasa tidak puas hati mengenai peruntukan kerusi itu, tetapi ia norma dalam demokrasi, terutamanya dalam kerajaan campuran. Kita harus ingat PH jadi rakan kongsi utama dalam kerajaan perpaduan melalui sokongan Umno juga.”
Enam negeri – Selangor, Negeri Sembilan dan Pulau Pinang yang dikuasai PH serta Kelantan, Terengganu dan Kedah yang ditadbir PAS – akan mengadakan PRN tahun ini.

Seorang penganalisis berkata, PH tiada pilihan selain mempercayakan Umno dengan kerusi Melayu di Pulau Pinang.

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.