June 16, 2023
KOTA BHARU: Gelombang rakyat terutamanya anak-anak muda dikesan berlaku di Negeri Sembilan dan Selangor menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) tidak lama lagi.
Ketua Pemuda PN Malaysia Ahmad Fadhli Shaari berkata, suasana yang berlaku sekarang tidak pernah dilihat sebelum ini di kedua-dua negeri terbabit.
Menurutnya, gelombang orang Melayu menolak Umno begitu besar berlaku sekarang.
“Malah ada kajian menyebut sehingga sekarang kira-kira 37 peratus ahli dan penyokong Umno menolak parti itu dan didapati juga 13 peratus ahli yang masih setia dengan parti terbabit sekarang.
“Situasi yang berlaku itu memberi isyarat yang jelas kepada kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang mentadbir Selangor dan Negeri Sembilan sekarang,” katanya pada ceramah sempena Pelancaran Jentera Pilihan Raya PAS Kota Bharu di sini malam tadi.
Hadir sama Yang Dipertua (YDP) PAS Kota Bharu Dato’ Seri Takiyuddin Hassan, Timbalan YDP Nor Azariza Mohd Alawi dan pimpinan PAS berkenaan.
Ribuan jentera PAS hadir termasuk Dewan Himpunan Pendukung PAS (DHPP) Kota Bharu. Program bermula dengan solat Maghrib kemudian diiringi dengan kuliah.
– HARAKAHDAILY 16/6/2023
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.