Monday, June 12, 2023

Hisham persoal keikhlasan Zahid sedia terima semula ahli dipecat, digantung

malaysiakini.com
Diterbitkan: Jun 12, 2023
Bekas naib presiden Umno, Hishammuddin Hussein mempersoalkan kesediaan Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi untuk menerima kembali ahli parti yang digantung serta dipecat.

Menurut Ahli Parlimen Sembrong itu, sehingga kini dia tidak mengetahui punca sebenar kenapa keahliannya dalam Umno digantung oleh parti itu.

"Yang saya tahu, dia kata kita kena mohon diterima semula. Keduanya kena bawa ke jawatankuasa disiplin, tapi bagi saya sampai hari ini (saya) tak tahu sebab saya digantung.

"Dan masa saya digantung dulu, jawatankuasa disiplin tak pernah panggil untuk siasat, untuk jawab.

“Jadi, saya pun tak tahu lah sama ada yang diluahkan baru-baru ini ikhlas atau tidak.

"Tapi saya tak tengok apa sebab saya kena letak nasib saya...Majlis kerja tertinggi (MKT) telah gantung saya tanpa dirujuk kepada jawatankuasa disiplin," katanya kepada media ketika ditemui pemberi di lobi Parlimen, hari ini.

Hishamuddin berkata demikian sebagai respon kepada ucapan Ahmad Zahid pada Perhimpunan Agung Umno (PAU) 2023 baru-baru.

Dalam ucapannya, Ahmad Zahid berkata, parti sentiasa terbuka untuk menerima ahli yang dikenakan tindakan disiplin termasuk mereka yang digantung atau dipecat.

Dalam pada itu, Hishammuddin menyifatkan tawaran yang dikemukakan Ahmad Zahid itu sebagai sesuatu yang tidak masuk akal kerana tindakan diambil tanpa alasan kukuh.

"Tak masuk akal dan bagi saya, apa yang dicadangkan itu mungkin respon, luahan daripada bawah. Orang nak kita tengok diterima baik.

"Tapi Itu terserah kepada mereka. Bagi saya, kawan yang digantung, pecat ini tak ada rugi. Kita dah digantung.

"Jadi kalau betul perlukan khidmat kita, sindiran dan tawaran bersyarat tak bawa apa-apa makna kepada diri saya," katanya lagi.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-