malaysiakini.com
Bernama
Diterbitkan: Jun 18, 2023 6:10 PM
Perdana Menteri Anwar Ibrahim hari ini mengumumkan peruntukan tambahan RM500 juta untuk mengatasi masalah air bersih di Kelantan.
Anwar berkata peruntukan itu adalah hasil daripada perbincangan antara kerajaan persekutuan dengan kerajaan Kelantan sebelum ini.
"Kita bincang dengan kerajaan Kelantan untuk atasi masalah air bersih. Saya kata nak minta banyak sangat tidak boleh.
"Jadi kita mulakan projek, tetapi perlu dikendalikan bersama dan diuruskan mengikut saluran yang betul," katanya ketika berucap pada Program 'Temu Anwar Kelantan' di Universiti Malaysia Kelantan (UMK) Bachok hari ini, yang turut dihadiri lebih 5,000 penuntut Institut Pengajian Tinggi (IPT) Kelantan.
Media sebelum ini melaporkan Timbalan Perdana Menteri Ahmad Zahid Hamidi berkata kerajaan menyediakan peruntukan berjumlah RM1 bilion kepada Kelantan untuk menyelesaikan masalah bekalan air di negeri itu bermula tahun ini.
Sementara itu seorang pelajar universiti yang ditemui, Nur Syaqirah Abu Bakar berkata usaha kerajaan membantu untuk mengatasi isu air di Kelantan wajar diberi perhatian kerana isu bekalan air sering menimbulkan masalah yang amat membebankan kepada pelajar, terutama di kampus.
"Kadang-kadang dalam seminggu ada lima hingga enam kali akan berlaku gangguan air dekat kampus seperti air menjadi keruh dan perlahan. Apabila masalah ini berlaku saya terpaksa masuk lewat sedikit ke kelas dan ia menganggu pembelajaran saya," katanya
Bagi peniaga Noor Kartini Awang, 35, tindakan perdana menteri memberi peruntukan tambahan untuk selesaikan masalah air di Kelantan menunjukan keprihatinan kerajaan tanpa mengira latar belakang politik dan sebagainya.
"Sangat bagus dan saya rasa gembira dengan pengumuman ini kerana kami rakyat Kelantan sering berdepan dengan masalah bekalan air bersih," katanya.
Seorang penternak di situ Abdullah Hamid, 63, pula berharap usaha kerajaan membantu negeri Kelantan akan berterusan supaya rakyat dapat menikmati segala kemudahan infrastruktur dan pembangunan seiring dengan kemajuan negara.
-Bernama
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-
-
Diterbitkan Hari ini 9:09 malam Menteri Pertahanan Mohamad Sabu mengesahkan anaknya ditahan polis tengah malam tadi selepas didapati posi...
-
"31 DECEMBER 2012 Buku berkaitan penukaran akuan bersumpah Bala mula tersebar KUALA LUMPUR 31 Dis: Buku yang berkaitan dengan pe...
-
Wak tak heran bile jenguk2 kad blog pencacai2 UMNO boleh di katekan semuenye ' nampak bersetuju ' dengan kerajaan BN menaikan har...
-
Kesalahan Kiandee tak setara kes Hamzah, kata Muhyiddin Kesalahan Kiandee tak setara kes Hamzah, kata Muhyiddin 2 hours ago FMT Reporters ...
-
bebasnews.my By Zaini Hassan -31/08/2021 DALAM tempoh 30 jam selepas kabinet Ismail Sabri Yaakob mengangkat sumpah semalam (Isnin 30 Ogos),...
-
Dato Hassan Ali ibarat sebutir benih yang subur, jika dicampak kelaut menjadi pulau, jika dicampak kedarat menjadi bukit. Sebenarnya PAS ...
-
Harapan PAS - 'PAS for All'. Ini lah slogan PAS yang sangat berkesan pada PRU12 yang lepas. Setelah meraih kemenangan banyak kerusi...
-
Wak tak heran kenape menteri2 UMNO ni selalu keluarkan iade2 yang kurang bijak. Pertame pemimpin2 UMNO tahu bahawe pencacai2, penyokong da...
-
PRU13 semakin hampir menjelang. Di mana agak nya calun dari MCA@pelakun prono ini akan di tempatkan. Jika dia di letak kan di kawasan majo...
-
Inilah akibat nye apebile kite memilih orang yang tak beriman sebagai ketue. Ketua Kampung Halau Pertugas Bantuan Banjir (Gambar) Tra...

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.