Monday, July 3, 2023

King Sing dilapor belum hadir jumpa SPRM

hemtro.com.my
Mohd Nasaruddin Parzi
am@hmetro.com.my
KING Sing. Gambar kecil menunjukkan tangkap layar insiden kekecohan di KLIA baru-baru ini. FOTO NSTP & tular

Kuala Lumpur: Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Seri Tiong King Sing dilaporkan tidak hadir ke ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini bagi memberi keterangan berhubung dakwaan salah laku pegawai Imigresen.

Setakat lewat petang tadi, pengamal media yang berkumpul di pekarangan ibu pejabat SPRM sejak pagi tadi tidak melihat kelibat King Sing tiba di sana.

Sementara, pegawainya yang dihubungi BH pula belum memberi sebarang pengesahan sama ada keterangan itu sudah dibuat King Sing atau belum, termasuk jika ia diambil di luar dari ibu pejabat SPRM hari ini.

Terdahulu, Ahli Parlimen Bintulu itu juga meminta petugas media supaya tidak menunggunya di ibu pejabat SPRM.

"Kenapa tunggu di sana? Siapa suruh awak tunggu? balik. Pergi buat perkara lain yang lebih produktif.

"Kami mahu menyelesaikan perkara ini dengan cara yang baik. Mengapa anda mahu menyebabkan lebih banyak kerosakan," katanya kepada NST hari ini.

Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki semalam memaklumkan, SPRM dijadual bertemu King Sing dan seorang warga China hari ini berhubung dakwaan rasuah membabitkan pegawai imigresen di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Beberapa hari lalu, tular gambar dan laporan berita yang mendakwa King Sing campur tangan dalam urusan melepaskan seorang pelancong dari China, namun ia dinafikan Ahli Parlimen Bintulu itu.

King Sing sebaliknya mendakwa wujud amalan salah guna kuasa dan rasuah membabitkan sebilangan kakitangan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) yang bertugas di pintu masuk utama negara itu, sehingga mengundang beberapa kenyataan penafian daripada kesatuan dan kakitangan yang mewakili agensi berkenaan.

Disiarkan pada: Julai 3, 2023 @ 7:51pm

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-