Monday, July 31, 2023

‘Sudah tentu sokong calon BN’, Ismail Sabri turun berkempen

freemalaysiatoday.com
Mohamad Fadli 
31 Jul 2023

Ismail berkata kehadirannya bersama calon BN DUN Senaling, Ismail Lasim sebagai tanda sokongan kepada calon-calon BN.

KUALA PILAH: Bekas perdana menteri Ismail Sabri Yaakob membuktingan sokongan kepada Umno dengan turun padang untuk berkempen bagi calon Barisan Nasional.

Ismail yang juga bekas naib presiden parti menegaskan kepada pemberita bahawa sudah tentu beliau bersama Umno.

“Saya Umno… masih lagi… memang saya akan turun sokong calon BN,” katanya semasa bertemu warga DUN Senaling bersama calon, Ismail Lasim di Flat Sentosa.

Ismail mengingatkan pemberita bahawa beliau masih seorang pemimpin Umno, iaitu ketua bahagian Bera, walaupun sebelum ini tidak menyertai pemilihan naib presiden.

Beliau berkongsi dengan pemberita bahawa DUN Senaling persinggahan pertamanya, diikuti Johol dan Tampin.

Ismail juga sempat mempromosikan calon BN itu sebagai wakil rakyat berpengalaman.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-