Tuesday, August 29, 2023

Proklamasi Melayu: Bukit Aman sekali lagi rakam keterangan Tun M

bharian.com.my
Oleh Nor Azizah Mokhtar 
bhnews@bh.com.my
- Ogos 29, 2023
(Gambar fail) Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad. 
- NSTP/HAZREEN MOHAMAD
KUALA LUMPUR: Bukit Aman dilaporkan sekali lagi merakam percakapan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, berhubung kenyataan beliau sebelum ini mengenai proklamasi orang Melayu.

Peguam, Muhammad Rafique Rashid Ali, memaklumkan proses rakam percakapan itu dijalankan Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT), Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, di Yayasan Albukhary, di sini, hari ini.

Beliau yang juga Ketua Penerangan Parti Pejuang Tanah Air (PEJUANG), proses terbabit berlangsung selama kira-kira 30 minit bermula jam 3 petang tadi.

"Ia bagi merakam percakapan Dr Mahathir berkenaan pembabitannya dalam sebuah program sidang meja bulat Proklamasi Orang Melayu.

"Turut dirakam keterangan pada hari ini ialah Datuk Marzuki Yahya (Pengerusi Sekretariat Proklamasi Orang Melayu) dan Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan (Pengerusi Mobilisasi Proklamasi Orang Melayu)," katanya dalam satu rakaman video di media sosial, hari ini.

Beliau berkata, Dr Mahathir menyatakan akan memberi kerjasama penuh kepada pihak polis dan menjawab semua soalan di mahkamah.

Setakat ini, pihak Bukit Aman belum mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai proses merakam keterangan Dr Mahathir, hari ini.

Pada 2 Jun lalu, USJT merakam keterangan bekas Perdana Menteri itu berhubung kenyataan beliau yang didakwa berunsur penghinaan berkaitan institusi diraja serta proklamasi orang Melayu.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-