07/11/2023
Datuk Seri Anwar Ibrahim di Dewan Rakyat.
Tindakan akhbar Harakah Daily menggunakan gambar berlatar bendera Israel dibidas Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Perdana Menteri bertegas di Dewan Rakyat berhubung tindakan menggunakan bendera tersebut yang cuba mengaitkan dirinya dengan rejim Israel.
Katanya tindakan itu sangat biadap dan tidak sepatutnya dibuat oleh sebuah lidah parti Islam itu kepada umum.
“Jangan Ketua Dewan Ulama guna Harakah mengkaitkan saya dengan Israel, itu satu tuduhan biadap yang melanggar tatasusila.
“Fitnah yang guna serban tidak sah dan saya bantah sekeras-kerasnya kalau diulang saya akan ambil tindakan keras terhadap sesiapa yang menggunakan perkara itu,” katanya di Dewan Rakyat menjawab soalan yang dikemukakan Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal (PN-Machang) pada Waktu Pertanyaan Menteri (PMQT) di Dewan Rakyat.
Anwar merujuk laporan Harakah Daily berjudul ‘Malaysia di bawah Anwar ragu-ragu sokong Palestin? – diterbitkan Isnin lalu yang memaparkan gambar beliau dengan bendera Israel.
Tegas Anwar, tuduhan tersebut tidak mencerminkan kerja-kerja yang telah dilakukan beliua dengan berjumpa dengan beberapa pemimin dunia antaranya negara-negara Arab untuk sama-sama menolak kekejaman terhadap Palestin di Gaza.
“Ini yang saya sebut membina mahligai atas pusara orang mati dan kita kerja setiap hari bawa kes ini minta Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) adakan sidang (tergempar), bawa negara China, Rusia, Brazil, Ireland, Bolivia bincang dengan Jepun, Belanda.
“Minggu ini dengan Naib Presiden China, tapi semewenang-wenang beri hukuman biadap dan kurang ajar,” tegas Anwar lagi.
Bingkas bangun Datuk Ahmad Saad (PN-Pokok Sena) menjelaskan bahawa laporan akhbar kebenaan bukan satu tuduhan tapi merupakan satu persoalan.
“Saya ucap terima kasih PM baca Harakah, tapi ini satu persoalan dan bukannya satu tuduhan. Ia sebagaimana persoalan lain yang dijawab oleh Ahli Parlimen Tambun malah di sana (kerajaan) dan di sini (pembangkang) sama menyokong Palestin,” katanya.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.