Tuesday, November 7, 2023

PKR tidak pernah jadi anggota Liberal International - Anwar

malaysiakini.com
Diterbitkan: Nov 7, 2023 12:22 PM
PKR tidak pernah menjadi anggota pertubuhan antarabangsa Liberal International, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Anwar yang juga Presiden PKR turut berharap supaya isu itu tidak dipolitikkan.

“Soal liberal international, Yang Berhormat boleh semak kita tidak pernah menjadi anggota.

“Kita pada peringkat awal (menjadi) associate, tapi oleh kerana ada beberapa keputusan mereka termasuk mengiktiraf lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) serta pendirian (menyokong) Israel, kita tidak menjadi ahli,” katanya.

Perdana Menteri berkata demikian di Dewan Rakyat hari ini pada Waktu Pertanyaan Menteri, bagi menjawab soalan tambahan Ahmad Fadhli Shaari (PAS-Pasir Mas) yang meminta penjelasan sama ada PKR pernah menjadi ahli pertubuhan yang menyokong Israel.

Anwar menjelaskan beliau pernah menghadiri dan menyampaikan ucaptama pada persidangan antarabangsa Liberal International di Kaherah, Mesir, antaranya turut disertai ketua parti pembangkang di Mesir ketika itu, Ayman Nour; wakil Ikhwan al Muslimim (Muslim Brotherhood) Mahdi Akif, dan Mohamed Morsi (sebelum beliau menjadi Presiden Mesir).

- Bernama

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-