FMT Reporters
11 Jan 2024, 1:55pm
Mereka mendakwa tidak tahu mengenai sifat siasatan SPRM.
KUALA LUMPUR: Bekas menteri kewangan, Daim Zainuddin dan keluarganya memfailkan permohonan untuk memulakan prosiding semakan kehakiman terhadap siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Katanya, mereka tidak tahu tentang sifat siasatan SPRM, kecuali laporan berita yang mendakwa siasatan itu dikaitkan dengan Kertas Pandora.
“Walaupun ada rakyat Malaysia lain dinamakan dalam Kertas Pandora, mereka belum disiasat atau mempunyai notis dikeluarkan terhadap mereka oleh SPRM,” kata mereka dalam permohonan yang difailkan di Mahkamah Tinggi di sini.
Daim dan keluarganya mahu mahkamah membatalkan siasatan SPRM terhadap mereka dan memohon deklarasi siasatan SPRM tidak berperlembagaan.
Hakim Wan Ahmad Farid Wan Salleh menetapkan 16 Jan ini untuk mendengar permohonan itu.
BERITA LANJUT MENYUSUL

Daim Zainuddin dan keluarganya mahu mahkamah membatalkan siasatan SPRM terhadap mereka dan memohon deklarasi siasatan SPRM tidak berperlembagaan.
KUALA LUMPUR: Bekas menteri kewangan, Daim Zainuddin dan keluarganya memfailkan permohonan untuk memulakan prosiding semakan kehakiman terhadap siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Katanya, mereka tidak tahu tentang sifat siasatan SPRM, kecuali laporan berita yang mendakwa siasatan itu dikaitkan dengan Kertas Pandora.
“Walaupun ada rakyat Malaysia lain dinamakan dalam Kertas Pandora, mereka belum disiasat atau mempunyai notis dikeluarkan terhadap mereka oleh SPRM,” kata mereka dalam permohonan yang difailkan di Mahkamah Tinggi di sini.
Daim dan keluarganya mahu mahkamah membatalkan siasatan SPRM terhadap mereka dan memohon deklarasi siasatan SPRM tidak berperlembagaan.
Hakim Wan Ahmad Farid Wan Salleh menetapkan 16 Jan ini untuk mendengar permohonan itu.
BERITA LANJUT MENYUSUL
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.