- 24 Feb 2024
Perdana menteri yang juga menteri kewangan berkata kerajaan sentiasa mencari jalan untuk mengatasi perkara itu.
PUTRAJAYA: Perdana Menteri Anwar Ibrahim mengingatkan semua pihak agar tidak menjadikan isu kejatuhan nilai ringgit sebagai senjata politik sehingga tidak bersandarkan kepada fakta.
Anwar yang juga menteri kewangan berkata kerajaan sentiasa mencari jalan untuk mengatasi perkara itu termasuk dengan memperkenalkan kerangka Malaysia Madani yang bertujuan memperkasa ekonomi negara.
Beliau berkata hasilnya, pada tahun lepas pelaburan mencatatkan jumlah paling tinggi dalam sejarah di sebalik kejatuhan nilai ringgit.
“Kadang-kadang orang lupa, bila jadi isu politik nak hentam sahaja. Kalau dunia tiada keyakinan, pelaburan akan di tahap perlahan.
“Dunia dan pelabur ada keyakinan, maka kita catat pelaburan tertinggi (tahun lepas) dalam sejarah Malaysia, inflasi menurun, kadar pengangguran menurun dan pertumbuhan (ekonomi) dapat dipertahankan dalam keedaan dunia lembap dari segi pertumbuhan ekonomi,” katanya ketika berucap di majlis perasmian Restu Global Quranic Arts Festival 2024 di Kompleks Nasyrul Quran, di sini hari ini.
Anwar berkata pengukuhan dolar Amerika Syarikat (AS) dapat ditangani memandangkan perdagangan Malaysia dengan China, Indonesia dan Thailand menggunakan nilai mata wang tempatan.
“Perdagangan Malaysia yang terbesar ialah dengan China iaitu 25% dagangan menggunakan ringgit dan mata wang China (renminbi), 18% dengan Indonesia menggunakan ringgit dan rupiah, 20% dengan Thailand menggunakan ringgit dan baht, maka isu dolar tidak ada kesan.
“Kita bimbang kalau kalau ringgit jatuh, inflasi naik, pertumbuhan terbantut dan pelaburan tidak datang. Itu kita bimbang… sekarang ini semua angka dan data ekonomi menunjukkan kita di landasan yang betul,” katanya.
Sementara itu, Anwar berkata konteks Madani bertujuan untuk mengangkat ekonomi selain memperkasa seni dan budaya, namun dalam masa yang sama nilai dan akhlak itu tetap diterap dalam setiap pembangunan.
“Apa erti pembangunan mencakar langit (kalau) rakyat tertekan dan tidak dipeduli? Apa erti kilang-kilang dan gedung-gedung hebat tetapi pekerja dalamnya ditekan dengan gaji rendah,” katanya.
Perdana menteri seterusnya menyeru agar budaya membaca, memahami dan menghayati al-Quran terus diperluas bagi melahirkan generasi al-Quran.
“Generasi al-Quran ini, dia baca, faham dan amalkan. Kalau tidak, kita ada kesenjangan atau perbezaan. Kita bicarakan mengenai keadilan, tapi kita tolak ansur dengan penyelewengan, kezaliman dan rasuah yang berlaku.
“Pendirian saya dalam kerajaan Madani, saya tidak mahu tolak ansur lagi mengenai prinsip tatakeloka, bersihkan negara daripada rasuah,” katanya.
Restu Global Quranic Arts Festival 2024 bertema “Gaya Hidup Islami” yang berlangsung dari 23 Feb hingga 3 Mac ini bertujuan mempromosi Islam sebagai sebahagian gaya hidup selain menggalakkan pemahaman dan penghayatan yang lebih mendalam terhadap al-Quran melalui medium seni.
Pada majlis hari ini Anwar turut melancarkan Mushaf Al-Ummah yang bertujuan mengembalikan tradisi penyalinan al-Quran seperti yang dilakukan sepanjang sejarah Islam bermula sejak zaman Rasulullah SAW dan para sahabat.
Anwar juga melancarkan Buku Adab Madani bagi mengembalikan budaya menyalin dan menulis dalam kalangan masyarakat, menggalakkan penulisan positif agar elemen positif ditonjolkan dalam kehidupan masyarakat berbanding elemen negatif, selain memupuk akhlak baik merentasi bangsa, warna kulit, golongan dan fahaman.
Turut hadir Pengerusi Eksekutif Yayasan Restu Abdul Latiff Mirasa dan Timbalan Pengerusi merangkap Pemegang Amanah Yayasan Restu Ahmad Maslan.

Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkata pengukuhan dolar AS dapat ditangani memandangkan perdagangan Malaysia dengan China, Indonesia dan Thailand menggunakan nilai mata wang tempatan. (Gambar Bernama)

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.