Wednesday, March 27, 2024

Rafizi balas kecaman Puad, ‘dia saja seorang bising’

agendadaily.com

Puad Zarkashi lantang mengkritik Rafizi sebelum ini.

Rafizi Ramli membalas kenyataan kecaman Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi terhadapnya dalam isu melibatkan sistem pendaftaran Pangkalan Data Utama (PADU) baru-baru ini.

Menteri Ekonomi itu berkata Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO tersebut mungkin tidak berpuas hati kepadanya ekoran banyak membangkitkan isu kontroversi melibatkan syarikat 1Malaysia Development Bhd (1MDB) sebelum ini.

“(Orang politik) yang bising sangat ini Puad Zarkashi saja, kalau Malaysia kaya-raya pun dia tidak setuju dengan saya kerana dulu saya bawa isu 1MDB ketika dia Pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA).

“Selepas itu beliau kalah pilihan raya dan terpelanting dari kerajaan, ini semua berkaitan dengan isu peribadi.

“Jadi kalau ada empat lima tokoh politik yang bising kerana isu peribadi dan ini tidak menghalang pendaftaran PADU dalam tempoh seminggu lalu, yang mana setiap hari 300,000 hingga 400,000 berdaftar dengan kita,” katanya dipetik laporan BH.

Beliau ditanya mengenai kritikan Puad terhadapnya yang dikaitkan dengan kegagalan sistem PADU.

Semalam, Puad menyatakan sistem berkenaan gagal disebabkan sistem kerja, komunikasi dan imej Rafizi yang tidak diyakini rakyat.

“Rafizi dikaitkan dengan ‘raja formula’ gagal. Formula dia semua tidak menjadi. Padu itu Rafizi, Rafizi itu Padu. Padu dilihat gagal.

“Itu sebab PMX minta Rafizi perjelas isu Padu kepada Kabinet. Kerajaan Sarawak secara terbuka negatif pada Padu. Ia ibarat telanjangkan diri kata seorang menteri Sarawak.

“Padu gagal kerana sistem kerja gagal, komunikasi gagal dan imej Rafizi yang gagal. Apakah ‘delivery system’ kebajikan rakyat akan terencat dan tambah kucar kacir?” tulisnya dalam satu hantaran di Facebook.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-