Sunday, June 30, 2024

Yang mampu kembalikan kekuatan Umno adalah akar umbi, pesan Ismail

freemalaysiatoday.com
FMT Reporters
-30 Jun 2024, 07:24 PM

Bekas naib presiden Ismail Sabri Yaakob berkata komuniti setempat harus didekati dan media sosial dikuasai.
Bekas naib presiden Umno, Ismail Sabri Yaakob, berkata tonggak kekuatan Umno adalah di bahagian dan cawangan. (Gambar Facebook)

PETALING JAYA: Umno tidak boleh bernostalgia dengan ‘kejayaan silam’, kerana terbukti orang Melayu semakin menjauhkan diri daripada parti itu, tegas bekas naib presiden Ismail Sabri Yaakob.

Menulis di Facebook selepas merasmikan mesyuarat perwakilan Umno di Bera, Pahang, beliau berkata PRU di enam negeri tahun lepas menunjukkan hanya 20% orang Melayu masih bersama parti itu.

“Yang mampu mengembalikan kekuatan ini adalah akar umbi di bahagian dan cawangan dengan terus mendekati komuniti setempat khususnya golongan muda,” tegasnya.

Katanya, Umno perlu menarik kembali pengundi teras terutama kelompok berusia 18 tahun yang menurutnya ‘sukar untuk dikesan’.

“Golongan muda ini amat bergantung kepada media sosial dan platform ini harus dikuasai sepenuhnya oleh jentera parti,” katanya.

Ismail turut menyentuh tentang kehadiran para perwakilan pada mesyuarat tahun ini, yang berpakaian serba merah iaitu warna rasmi parti.

“Sesungguhnya tonggak kekuatan Umno adalah di bahagian dan cawangan,” tegasnya.
Rephrase with Ginger (Ctrl+Alt+E)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-