malaysiakini.com
Zikri Kamarulzaman
Diterbitkan: Jul 10, 2024 5:48 PM
Keputusan Yang di-Pertua Dewan Rakyat Johari Abdul untuk tidak mengosongkan kerusi yang dipegang enam bekas ahli Parlimen Bersatu boleh membawa kesan yang buruk kepada kerajaan.
Ini kerana peraturan yang digunakan Bersatu dalam usaha mengosongkan kerusi tersebut adalah sama dengan kaedah yang turut dilaksanakan DAP, Amanah dan Umno.
Dalam surat Johari kepada Bersatu yang dilihat Malaysiakini, dia menyatakan peraturan Bersatu - yang membatalkan keanggotaan ahli yang bertentangan dengan parti - bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan dan peraturan Parlimen yang menjamin kebebasan ahli Parlimen untuk bersuara, berbahas dan mengundi.
Keputusan itu menetapkan duluan yang boleh menjadikan peraturan serupa yang dikenakan parti lain juga tidak terpakai.
Justeru, sepertimana enam bekas ahli Parlimen Bersatu menukar sokongan kepada Perdana Menteri Anwar Ibrahim, ahli parlimen kerajaan juga boleh menarik balik sokongan mereka terhadap Anwar atau mengundi menolak rang undang-undang (RUU) yang dibawa kerajaan.
Secara teori, dengan sokongan enam ahli Parlimen itu, Anwar memiliki sokongan majoriti dua pertiga di Dewan Rakyat.
Namun, sejak kerajaan persekutuan ditubuhkan, ada dakwaan wujudnya kalangan ahli Parlimen dalam Umno dan BN yang tidak setuju dengan keputusan Ahmad Zahid Hamidi - iaitu pengerusi BN dan presiden Umno - untuk menyokong Anwar sebagai perdana Menteri.
Sementara keretakan dalam BN tidak memadai untuk menyebabkan Anwar hilang majoriti, ia berisiko menggugat keyakinan komponen lain dalam kerajaan, seperti Gabungan Parti Sarawak (GPS) dan Gabungan Rakyat Sabah (GRS), terhadap Anwar.
Duluan tidak baik
Satu lagi duluan yang dibuat Johari adalah mana-mana ahli Parlimen yang mungkin melanggar Akta Anti Lompat Parti, boleh menangguhkan keputusan terhadapnya dengan memfailkan tindakan mahkamah terhadap partinya.
Itu merupakan keputusan yang dibuat Johari ke atas Ahli Parlimen Labuan Suhaili Abdul Rahman.
Dalam suratnya, Johari berkata dia tidak mahu mengganggu proses mahkamah menerusi keputusan yang dibuatnya.
Selain Suhaili, lima lagi bekas ahli Parlimen Bersatu tersebut adalah Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal (Bukit Gantang), Zahari Kechik (Jeli), Mohd Azizi Abu Naim (Gua Musang), Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid (Kuala Kangsar) dan Dr Zulkafperi Hanafi (Tanjong Karang).
[Baca berita asal]
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-
-
bharian.com.my Rozdan Mazalan rozdan@bh.com.my PENJAGAAN kesihatan kepada pesakit diabetes wajar diberi keutamaan bagi mengelak risiko jan...
-
malaysiakini.com Diterbitkan Hari ini 5:58 pm Dikemaskini Hari ini 6:03 pm Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah menzah...
-
Oleh Wartawan BO 27/12/2017 Pemuda PAS bergotong royong membersihkan markaz baharu mereka KUALA TERENGGANU – PAS Kuala Terengganu be...
-
Pak Lah: Kit Siang bimbang ditolak di tempat sendiri 11:11AM Apr 6 2013 Tindakan beberapa pemimpin pembangkang termasuk penasihat DAP ...
-
malaysiakini.com Diterbitkan: Mar 22, 2023 6:22 PM Privacy Club Tun Razak memohon maaf kepada orang ramai susulan kontroversi melibatkan ac...
-
freemalaysiatoday.com FMT Reporters -May 8, 2022 9:45 PM Presiden Umno Zahid Hamidi perlu membaca dan menghayati semula apa yang disepakati...
-
Bernama May 6, 2017 Kesemua mereka yang ditahan berumur antara 21 dan 55 tahun itu ditahan di depan surau berkenaan pada pukul 1 pagi ini. ...
-
Bernama - September 27, 2018 8:01 AM Anwar berkata, baik dalam kalangan orang Islam, Kristian, Hindu dan Buddha, semua berpakat dalam p...
-
ULASAN Al-Abror Mohd Yusuf | Diterbitkan 17 Sep 2018, 12:15 tengah hari PULASAN | Jika kerajaan Pakatan Harapan (HARAPAN) mencadang...
-
bharian.com.my Oleh Mohd Anwar Patho Rohman wananwar@bh.com.my Januari 8, 2023 Gambar fail, Perhimpunan Agung UMNO. - Foto Arkib NSTP M...
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.