malaysiakini.com
Diterbitkan: Jul 27, 2024 9:16 AM
UMNO perlu menangani politik sentimen dan politik kebencian selain menekankan politik perkhidmatan, dalam usaha menarik kembali sokongan masyarakat Melayu terhadap parti itu.
Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata strategi itu, akan menjadi rahsia kebangkitan semula parti tersebut selaku wadah perjuangan utama masyarakat Melayu di negara ini.
Beliau berkata UMNO juga bukan parti bermusim yang hanya muncul apabila tiba pilihan raya, sebaliknya parti itu bergerak setiap masa.
“Dalam situasi sekarang politik sentimen dan politik kebencian mesti ditangani oleh jentera-jentera UMNO dan Barisan Nasional (BN) dan kita juga perlu fokus kepada politik pembangunan dan politik perkhidmatan. Ini mesti diteruskan.
“Parti lain menang kerana mainkan isu dan sentimen tetapi UMNO parti orang baik-baik. Jadi kalau kita mahu menang kita buat kerja cara orang menang,” katanya ketika berucap merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Tebrau di Dewan Muafakat Johor Taman Adda di Johor Bahru malam tadi.
Turut hadir Ketua UMNO Bahagian Tebrau Datuk Abdul Halim Suleiman yang juga Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Johor.
Bagaimanapun, Ahmad Zahid yang juga Pengerusi BN menggesa jentera untuk menggunakan pendekatan terkini dalam menyantuni pengundi khususnya menerusi pelbagai platform media sosial.
“Cara dulu sesuai dengan zaman dulu, cara sekarang perlu sesuai dengan zaman sekarang. Kita perlu jadi pempengaruh, perlu ada kandungan yang baik untuk dekati pengundi. Perkara ini boleh dibuat dengan bantuan sayap Pemuda dan Puteri. Ini tidak mustahil.
“Saya yakin dengan pendekatan ini kita mampu menang lebih 30 kerusi Parlimen dan juga pertahankan 40 kerusi Dewan Undangan Negeri Johor dalam pilihan raya akan datang. Saya sendiri akan turun padang dan bantu jentera UMNO,” kata Timbalan Perdana Menteri.
- Bernama
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-
-
Kesalahan Kiandee tak setara kes Hamzah, kata Muhyiddin Kesalahan Kiandee tak setara kes Hamzah, kata Muhyiddin 2 hours ago FMT Reporters ...
-
Wak hairan, kenape pemimpin2 Pakatan Rakyat tidak pernah menyedari mengape sebab2 nye parti itu tewas pade PRU13 yang lepas. Sebenar nye ...
-
bebasnews.my By Zaini Hassan -31/08/2021 DALAM tempoh 30 jam selepas kabinet Ismail Sabri Yaakob mengangkat sumpah semalam (Isnin 30 Ogos),...
-
Mungkin ade yang hairan kenape Wak tibe2 tertumpu ke Gelang Patah Johor. Sebab nye Wak bertumpu ke Gelang Patah kerane di sini boleh lah ...
-
News | Diterbitkan 13 Jul 2019, 11:58 malam Ketua Polis Negara Abdyul Hamid Bador memaklumkan pasukan itu telah menahan beberapa indiv...
-
Patutlah Sheikh Nuruddin Al Banjari Di Gam JAKIM.. Ini Sebabnya Pertubuhan Ahli Sunnah Wal Jamaah (ASWAJA) melahirkan rasa dukacita t...
-
Hidir Reduan dan Anne Muhammad Diterbitkan Hari ini 8:58 pagi Hari ketiga perbicaraan ke atas bekas perdana menteri Najib Razak dijadua...
-
Rusuhan di Singapura [gambar2] Ini kali pertama Singapura dilanda rusuhan selepas lebih 40 tahun... Kali terakhir adalah pada Mei 1969...
-
agendaily.com 07/11/2022 Manifesto Barisan Nasional tidak menyatakan usaha memerangi rasuah dan penyelewengan serta pelantikan tiga Timbalan...

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.