Monday, August 5, 2024

Zahid minta maaf terkhilaf laung ‘hidup Israel’

freemalaysiatoday.com
FMT Reporters
05 Aug 2024, 12:09 PM

Timbalan perdana menteri mengakui terlalu ghairah dan penuh semangat bersama ribuan rakyat Malaysia sehingga tersilap ketika berucap.
Zahid Hamidi berucap pada Himpunan Pembebasan Palestin di Axiata Arena malam tadi.

PETALING JAYA: Timbalan Perdana Menteri, Zahid Hamidi memohon maaf atas kekhilafan melaungkan
hidup Israel ketika berpidato di pentas utama Himpunan Pembebasan Palestin di Axiata Arena malam tadi.

Zahid mengakui terlalu ghairah dan penuh semangat bersama ribuan rakyat Malaysia sehingga tersilap dalam ucapan.

“Dalam keghairahan dan rasa penuh semangat tadi, saya memohon maaf atas kekhilafan saya dalam berbicara.

Namun, hati yang tulus ikhlas ini tetap membara untuk melaungkan ‘Bebas Palestin! Hidup Palestin! Merdeka Palestin!’, katanya di Facebook.

Menerusi klip video tular di media sosial, Zahid dilihat melaungkan
Hidup Israel yang disahut dengan laungan
Hidup Palestin oleh peserta himpunan.

Beliau turut terkhilaf dalam menyebut:
Rakyat Malaysia pelbagai agama dan kaum akan terus berikan sokongan kepada Israel.

Kira-kira 10,000 orang hadir dalam perhimpunan anjuran kerajaan malam tadi bagi menyuarakan rasa cinta terhadap kedamaian, keamanan dan menolak sekeras-kerasnya penindasan serta kezaliman rejim Zionis terhadap rakyat Palestin.

“Kami berkumpul bagi memperingati As-Syahid Al Mujahid Ismail Haniyeh yang telah dibunuh dengan kejam.

Namun, walau seorang Ismail Haniyeh gugur, ribuan mujahid lagi akan dilahirkan, kata Zahid.
Rephrase with Ginger (Ctrl+Alt+E)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-