Oleh Mohd Iskandar Ibrahim
bhnews@bh.com.my
Januari 23, 2025 @ 11:15am
Pengerusi MTEM, Norysharin Hamidon, berkata ini kerana pihaknya percaya Industri Padi dan Beras (IPB) dan Padiberas Nasional Berhad (BERNAS) selaku pemegang amanah industri gagal melaksanakan fungsi mereka.
Katanya, suruhanjaya yang dicadangkan itu perlu menangani segera beberapa persoalan yang berupaya memgembalikan keyakinan kepada industri berkenaan.
"Antaranya peningkatan kos penghasilan padi yang amat ketara dan tidak seimbang dengan pendapatan pesawah yang masih di bawah paras kemiskinan tegar (lingkungan RM700 hingga RM1,200 sebulan) serta peningkatan kos termasuklah benih padi, racun, sewaan tanah, upah mengerjakan bendang dan banyak lagi.
"Cadangan harga beras baharu bagi mengimbangi kenaikan kos pengeluaran padi memandangkan harga kawalan beras tempatan pada RM2.60/kg sejak 2014 yang tidak munasabah.
"Begitu juga cadangan harga belian padi yang lebih adil disamping menuntut ketegasan suruhanjaya membendung kenaikan harga barang dan perkhidmatan oleh pihak yang cuba mengambil kesempatan," katanya menerusi kenyataan hari ini.
Norysharin berkata, suruhanjaya terbabit juga perlu menangani usaha mengekang monopoli dan sabotaj oleh kilang besar disamping menjamin pengeluaran benih berkualiti dan mencukupi mesti dipercepatkan serta ikhtiar menggunakan beras tempatan sebagai Beras Stokpail Negara demi mengurangkan kadar import beras.
Katanya, ikhtiar meningkatkan pendapatan dan kebajikan 200 ribu pesawah serta ahli keluarga mereka dengan sasaran pendapatan RM4,000 hingga RM5,000 sebulan boleh dijayakan melalui pertanian bersepadu, mengurangkan kos operasi dengan menggalakkan koperasi dan pertubuhan peladang kawasan membeli dan menyewa mesin pada kadar yang lebih murah, serta meneruskan program subsidi bersasar untuk menambah pendapatan pesawah.
"MTEM berpandangan, fungsi dan peranan asal Lembaga Padi dan Beras Negara (LPN) boleh dikembalikan bersandarkan kepada kejayaan terdahulu mereka, namun menyerahkan kepada kebijaksanaan suruhanjaya untuk membuat keputusan terbaik berlandaskan musyawarah.
"Suruhanjaya ini semestinya dianggotai pemegang taruh yang mewakili pelbagai kepentingan, khususnya dalam kalangan pesawah, pengilang kecil dan pengilang Melayu, pemborong, pakar industri dari kalangan akademia dan teknologis, agensi berkaitan serta tokoh yang tiada kepentingan," katanya.
Beliau berkata, MTEM khuatir sekiranya kerajaan tidak bertindak segera, Malaysia bakal berdepan kriris keterjaminan makanan yang parah menjelang tahun 2030.
Katanya, negara juga kemungkinan berdepan bantahan besar-besaran oleh rakyat sebagaimana yang terjadi di Perancis, Rusia dan China suatu ketika dahulu kesan daripada runtuhnya ekosistem keterjaminan makanan.
"MTEM yakin kepemimpinan Perdana Menteri berada pada kedudukan terbaik untuk merombak institusi padiberas negara supaya lebih telus, bersih, berkebajikan dan tidak akan sesekali membiarkan kedaulatan makanan negara diancam oleh pihak yang hanya mementingkan kebajikan perut mereka sendiri," katanya.
Gambar hiasan
PUTRAJAYA: Majlis Tindakan Ekonomi Melayu (MTEM) menggesa kerajaan menubuhkan suruhanjaya bebas bagi menangani kemelut tidak berkesudahan yang melanda industri padi beras negara.Pengerusi MTEM, Norysharin Hamidon, berkata ini kerana pihaknya percaya Industri Padi dan Beras (IPB) dan Padiberas Nasional Berhad (BERNAS) selaku pemegang amanah industri gagal melaksanakan fungsi mereka.
Katanya, suruhanjaya yang dicadangkan itu perlu menangani segera beberapa persoalan yang berupaya memgembalikan keyakinan kepada industri berkenaan.
"Antaranya peningkatan kos penghasilan padi yang amat ketara dan tidak seimbang dengan pendapatan pesawah yang masih di bawah paras kemiskinan tegar (lingkungan RM700 hingga RM1,200 sebulan) serta peningkatan kos termasuklah benih padi, racun, sewaan tanah, upah mengerjakan bendang dan banyak lagi.
"Cadangan harga beras baharu bagi mengimbangi kenaikan kos pengeluaran padi memandangkan harga kawalan beras tempatan pada RM2.60/kg sejak 2014 yang tidak munasabah.
"Begitu juga cadangan harga belian padi yang lebih adil disamping menuntut ketegasan suruhanjaya membendung kenaikan harga barang dan perkhidmatan oleh pihak yang cuba mengambil kesempatan," katanya menerusi kenyataan hari ini.
Norysharin berkata, suruhanjaya terbabit juga perlu menangani usaha mengekang monopoli dan sabotaj oleh kilang besar disamping menjamin pengeluaran benih berkualiti dan mencukupi mesti dipercepatkan serta ikhtiar menggunakan beras tempatan sebagai Beras Stokpail Negara demi mengurangkan kadar import beras.
Katanya, ikhtiar meningkatkan pendapatan dan kebajikan 200 ribu pesawah serta ahli keluarga mereka dengan sasaran pendapatan RM4,000 hingga RM5,000 sebulan boleh dijayakan melalui pertanian bersepadu, mengurangkan kos operasi dengan menggalakkan koperasi dan pertubuhan peladang kawasan membeli dan menyewa mesin pada kadar yang lebih murah, serta meneruskan program subsidi bersasar untuk menambah pendapatan pesawah.
"MTEM berpandangan, fungsi dan peranan asal Lembaga Padi dan Beras Negara (LPN) boleh dikembalikan bersandarkan kepada kejayaan terdahulu mereka, namun menyerahkan kepada kebijaksanaan suruhanjaya untuk membuat keputusan terbaik berlandaskan musyawarah.
"Suruhanjaya ini semestinya dianggotai pemegang taruh yang mewakili pelbagai kepentingan, khususnya dalam kalangan pesawah, pengilang kecil dan pengilang Melayu, pemborong, pakar industri dari kalangan akademia dan teknologis, agensi berkaitan serta tokoh yang tiada kepentingan," katanya.
Beliau berkata, MTEM khuatir sekiranya kerajaan tidak bertindak segera, Malaysia bakal berdepan kriris keterjaminan makanan yang parah menjelang tahun 2030.
Katanya, negara juga kemungkinan berdepan bantahan besar-besaran oleh rakyat sebagaimana yang terjadi di Perancis, Rusia dan China suatu ketika dahulu kesan daripada runtuhnya ekosistem keterjaminan makanan.
"MTEM yakin kepemimpinan Perdana Menteri berada pada kedudukan terbaik untuk merombak institusi padiberas negara supaya lebih telus, bersih, berkebajikan dan tidak akan sesekali membiarkan kedaulatan makanan negara diancam oleh pihak yang hanya mementingkan kebajikan perut mereka sendiri," katanya.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.