Hassan Abdul Karim
Diterbitkan: Mar 17, 2025
KATA MP l Saya pernah dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong untuk menjadi anggota Jawatankuasa Mengenai Rasuah (JKMR) bagi memantau perjalanan SPRM.
Saya lihat banyak perkara yang aneh yang dilakukan oleh SPRM dalam hal proses penyiasatannya terhadap mantan perdana menteri kesembilan Ismail Sabri Yaakob. Siasatan belum selesai tetapi perdana menteri kesembilan itu telah awal-awal lagi dianggap suspek.

Hassan Abdul Karim
Kalau suspek bermakna SPRM telah menangkap Ismail Sabri. Tetapi dia belum lagi ditahan.Orang yang dipanggil untuk siasatan digelar OYDS iaitu orang yang disaman bukan ditangkap.
Jika SPRM berkata kepada Ismail Sabri anda ditangkap maka barulah dia dipanggil suspek.
Apabila dituduh di mahkamah maka dipanggil OKT - orang kena tuduh.
Pendedahan bahan bukti atau evidence lazimnya dibuat ketika perbicaraan. Tetapi dalam kes Ismail Sabri siasatan belum selesai tetapi bahan bukti telah dipamerkan pada sidang media. Apa tujuannya?

Azam Baki
Investigation papers atau kertas siasatan belum lagi SPRM hantar ke pejabat pendakwa raya, tetapi Ismail Sabri telah dibicarakan di media massa dan media sosial. Apa juga tujuannya?Inikah modus operandi baru? Bukan trial in court of justice tetapi trial by media oleh agensi kerajaan?
Saya menyokong penuh usaha kerajaan Madani pimpinan Perdana Menteri Anwar Ibrahim untuk memerangi rasuah.
Dalam nafas yang sama sebagai ahli parlimen yang pernah menduduki JKMR saya penuh yakin atas keupayaan SPRM untuk melaksanakan tugasnya secara professional.
Tetapi di dalam penyiasatan yang dijalankan oleh SPRM ke atas Ismail Sabri sekarang ini terserlah kepincangan yang nyata yang melanggar etika professional sebuah agensi penguatkuasa.

Ismail Sabri Yaakob
Saya berharap dalam usaha kita semua termasuk SPRM untuk membanteras rasuah maka SPRM sebagai sebuah agensi penguatkuasa yang bidang tugasnya untuk melakukan siasatan sahaja jangan terbawa-bawa untuk melaksanakan pendakwaan pula yang terletak di bawah bidang kuasa pendakwa raya.HASSAN ABDUL KARIM ialah ahli Parlimen Pasir Gudang dari PKR.
Tulisan ini tidak semestinya mencerminkan pendirian Malaysiakini.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.