Showing posts with label Aceh. Show all posts
Showing posts with label Aceh. Show all posts

Monday, March 27, 2023

Aceh larang bukan mahram berbuka puasa bersama

Oleh KOSMO
27 Mac 2023
Penduduk menghadiri majlis berbuka puasa di Masjid Agung Islamic Center,
Lhokseumawe, Aceh. - ANTARA/Rahmad

BANDA ACEH – Pihak berkuasa wilayah Aceh, Indonesia mengeluarkan beberapa peraturan sempena memasuki bulan Ramadan tahun 1444 Hijrah, yang menerima pelbagai reaksi daripada masyarakat, lapor stesen penyiaran CNN Indonesia kelmarin.

Antara peraturan yang diteruskan dari tahun-tahun sebelum ini termasuk larangan ke atas restoran dan gerai daripada menjual pada waktu siang serta larangan operasi permainan snuker, karaoke dan kafe internet.

Selain itu, penduduk Aceh juga dilarang bermain permainan video online pada bulan Ramadan dan mereka digalakkan untuk memeriahkan aktiviti belia Islam seperti di sekolah-sekolah pondok.

Peraturan yang paling mendapat perhatian adalah pergaulan antara lelaki dan perempuan di mana pemerintah Aceh Barat melarang individu bukan mahram daripada membonceng motosikal bersama semasa bulan Ramadan.

Forum Komunikasi Kepimpinan Wilayah (Forkopimda) tempatan mendakwa peraturan itu dikeluarkan bagi mengelak orang ramai daripada melakukan maksiat yang boleh membatalkan puasa.

Sementara itu, menerusi pekeliling yang dikeluarkan oleh pemerintah wilayah Aceh Utara, individu bukan mahram juga dilarang duduk semeja ketika berbuka puasa.

Pemangku Ketua Pejabat Syariah Islamiah Aceh Utara, Hadaini berkata, larangan itu dipersetujui oleh Forkopimda tempatan justeru, pemilik kedai makan dinasihatkan supaya memaklumkan kepada pengunjung mengenai perkara tersebut.

“Pemilik kedai kopi, restoran dan kafe dilarang menempatkan pengunjung bukan mahram untuk berbuka puasa bersama di satu meja dan perlu menghentikan operasi 15 minit sebelum solat Isyak,” kata Hadaini. 

Agensi

Wednesday, July 18, 2018

Ujian bacaan al-Quran syarat bertanding pilihan raya

CALON parti pilihan raya umum Indonesia 2019 di Lhokseumawe, Aceh membaca al-Quran di hadapan tiga panel hakim kelmarin.

JAKARTA 17 JulaiSeramai enam calon di Lhokseumawe, Aceh mengambil ujian bacaan al-Quran semalam bagi memenuhi syarat untuk bertanding dalam pilihan raya umum pada tahun depan.

Jakarta Post dalam laporannya memetik anggota Suruhanjaya Pemilihan Bebas Lhokseumawe, Mulyadi sebagai berkata enam calon daripada Parti Kebangkitan Nasional (PKB), Parti Gerinda, Parti Garuda, Parti Demokrasi Perjuangan Indonesia (PDI-P), Parti Golkar dan Parti NasDem telah mengambil ujian terbabit semalam.

Tambah Mulyadi, lebih ramai calon bakal mengambil ujian tersebut pada hari ini dan esok.

Menurut Mulyadi lagi, calon akan dinilai berdasarkan adab, sebutan dan kejelasan sewaktu membaca al-Quran selain mereka dihakimi oleh para pegawai dari Institusi Pembangunan Bacaan al-Quran Lhokseumawe, Majlis Ulama serta Kementerian Hal Ehwal Agama.

Di bawah undang-undang 1999 berhubung status khas wilayah Aceh dan undang-undang Autonomi Khas 2001 untuk Aceh serta Papua, calon pilihan raya umum dan daerah dikehendaki mahir dalam bacaan al-Quran.

Dalam perkembangan berlainan, polis Indonesia telah membunuh 11 orang penjenayah dan menembak 52 lagi suspek dalam usaha untuk mengurangkan ke­giatan jenayah di Jakarta menje­lang penganjuran Sukan Asia pada bulan depan.

Jurucakap Polis Jakarta, Pra­bowo Argo Yuwono seperti dipetik oleh Bangkok Post berkata, hampir 2,000 orang telah ditahan sejak operasi tersebut dijalankan sejak 2 Julai lalu.

“Polis tidak akan teragak-agak untuk mengambil langkah tegas termasuklah menembak suspek jika mereka cuba melawan ketika ditahan,” kata Prabowo Argo.

Sementara itu, pertubuhan hak asasi manusia, Human Rights Watch mengkritik tindakan itu yang disifatkan tidak akan menyelesaikan masalah keselamatan di Jakarta.

“Sukan Asia tidak boleh dijadikan alasan untuk menggunakan kekerasan berlebihan,” kata penyelidik pertubuhan tersebut dari Indonesia, Andreas Harsono. 

Friday, March 16, 2018

Aceh kaji pancung pembunuh

Agensi

ACEH melaksanakan hukuman sebat di khalayak ramai bagi kesalahan berkaitan zina dan judi.

Aceh:    Kerajaan autonomi Aceh dilapor sedang mengkaji hukuman pancung bagi kesalahan membunuh.

Media, termasuk media Indonesia melaporkan, Pengarah Pejabat Undang-Undang Syariah dan Hak Asasi Manusia Aceh, Syukri M Yusuf berkata, kerajaan Aceh sudah meminta pihaknya mengkaji pelaksanaan hukuman pancung itu.

Liputan6 melaporkan, Syukri berkata, selepas kajian yang akan dilakukan pada tahun ini, pihaknya akan menggubal undang-undang.

Syukri menegaskan hukum kisas itu perlu bagi mengurangkan kadar jenayah di Aceh, khususnya pembunuhan.

Menurutnya, jika hukum Syariah dilaksanakan secara konsisten, jenayah seperti pembunuhan akan menurun bahkan tiada lagi kerana ada ketakutan untuk melakukannya.

“Ketika orang takut membunuh, maka nyawa orang lain selamat, nyawa dia juga akan selamat,” katanya.

Aceh, satu-satunya wilayah di Indonesia melaksanakan undang-undang Syariah, termasuk sebat di khalayak ramai bagi kesalahan berkaitan zina dan judi.

Buat masa ini, hukuman bagi jenayah lain termasuk membunuh masih menggunakan undang-undang kebangsaan Indonesia.

Menurut Daily Mail, Syukri dilapor berkata, hukuman bagi kes bunuh yang diamalkan sekarang dianggap ringan dan pesalah biasanya melakukan kembali jenayah itu selepas dibebaskan dari penjara.

Saturday, June 13, 2015

Di Malaysia bila agak nya nak buat macam ni.........

3 pasangan kekasih dirotan di khalayak ramai di Aceh
Tiga pasangan kekasih dijatuhi hukuman rotan di hadapan khalayak ramai di tengah-tengah bandaraya Aceh. Foto AFP

BANDA ACEH 13 Jun:

Tiga pasangan kekasih dijatuhi hukuman rotan di hadapan khalayak ramai, di sini semalam selepas mereka ditangkap atas kesalahan berkhalwat.

Kira-kira 1,000 orang penduduk menyaksikan pelaksanaan hukuman yang dijalankan ke atas tiga orang lelaki dan perempuan berusia dalam lingkungan 18 ke 23 tahun itu di tengah-tengah bandaraya ini.

“Kami berharap mereka yang dikenakan hukuman tersebut sedar bahawa perbuatan mereka adalah salah di sisi agama dan berubah menjadi manusia yang lebih baik,” kata pegawai agama Acheh, Ridwan.

Read more: http://bm.therakyatpost.com/global/2015/06/13/3-pasangan-kekasih-dirotan-di-khalayak-ramai-di-aceh/#ixzz3cwuPmisA

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-