Showing posts with label Ahmad Masland. Show all posts
Showing posts with label Ahmad Masland. Show all posts

Tuesday, June 28, 2022

Ahmad Maslan perjelas kenapa perlu pertahan Ahmad Zahid

bharian.com.my
Oleh Mohd Iskandar Ibrahim 
mohd_iskandar@bh.com.my
- Jun 28, 2022 @ 1:27pm

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan

KUALA LUMPUR: Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan terus mempertahankan kedudukan Presiden parti Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dengan menyenaraikan pelbagai kejayaan di bawah kepimpinannya.

Ahmad turut mengajak ahli dan penyokong merenung perjuangan pimpinan Ahmad Zahid termasuk kemenangan dalam tujuh pilihan raya kecil (PRK) serta pilihan raya negeri (PRN) di Melaka dan Johor, kejayaan mengambil alih Perak, rakan karib BN di Sarawak (GPS) menang 76 daripada 82 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan paling besar apabila desakan 15 Ahli Parlimen sehingga Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menjadi Perdana Menteri.

Susulan pendedahan bekas ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT), Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman semalam sehingga membawa kepada krisis dalaman parti, Ahmad menerusi ciapan di Twitter berkata, apa yang penting dalam kepimpinan ialah hasil kejayaan yang diperoleh.

"Dalam perjuangan yang penting adalah hasilnya. Apakah hasil perjuangan diketuai Presiden dibantu Timbalan Presiden (Datuk Seri Mohamad Hasan) dan ahli MKT yang ada setakat ini.

"Semoga pasukan yang ada ini berjaya membawa UMNO dan Barisan Nasional (BN) memenangi semula Malaysia untuk manfaat rakyat dengan majoriti dua pertiga," ciapnya.

Tajuddin pada sidang media khas semalam, mendesak Ahmad Zahid melepaskan jawatan secara terhormat kerana tidak layak memimpin UMNO.

Beliau yang digugurkan daripada jawatan ahli MKT UMNO juga mendakwa, Ahmad Zahid sebenarnya mengepalai gerakan menandatangani akuan bersumpah (SD) bagi menyokong Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk diangkat sebagai Perdana Menteri.

Ahli Parlimen Pasir Salak itu turut mendedahkan ada gerakan pada Mei 2020 diketuai Timbalan Presiden UMNO dan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk mendesak Ahmad Zahid melepaskan jawatannya.

Thursday, May 19, 2022

Ahmad: Mahathir benci 'cash is king' tetapi amalkan 'kroni is king'

malaysiakini.com

Diterbitkan: May 19, 2022 11:44 AM
Setiausaha Agung Umno Ahmad Maslan hari ini memberikan tiga sebab mengapa rakyat sudah mula muak dan beranggapan pemimpin Pejuang Dr Mahathir Mohamad kini "kurang relevan".

Antaranya, kata Ahmad, adalah kata nista yang dilontarkan kepada Najib Razak kerana menyebut "cash is king, king is rakyat" atau "wang adalah raja, raja itu adalah rakyat" semasa perbahasan di televisyen baru-baru ini.

“(Mahathir) beliau patut ingat yang di zamannya, ‘crony is king’ dan bukan rakyat, rakyat, rakyat yang didahulukan.

“Ideologi ekonomi dalam memperkayakan segelintir kroni dengan anggapan yang lain akan mendapat faedahnya, sukar untuk menjadi.

“Hasilnya, kroni beliau yang sedikit itu menjadi kaya dan rakyat biasa, terutama sekali Melayu/Bumiputera masih kurang berjaya sehingga kini.

“Mahathir pernah mengatakan bahawa beliau tidak pernah ada kroni, cuma ada orang yang layak dan berkebolehan. Mustahil jika dalam 32 juta rakyat Malaysia yang ada, hanya kroni beliau sahaja yang berkebolehan,” kata Ahmad.

Kurang siuman

Pada 12 Mei lalu, Najib berdebat dengan ketua pembangkang Anwar Ibrahim berhubung kemelut kewangan yang melanda Sapura Energy Bhd.
Semasa debat berkenaan, Najib berkata cara terbaik untuk membantu golongan miskin adalah dengan memindahkan wang tunai terus ke akaun bank mereka, kerana “cash is king, king itu adalah rakyat,".

Empat hari kemudian, Mahathir mengkritik Najib sebagai "kurang siuman" kerana membuat kenyataan sedemikian.

Sebab kedua hujah Ahmad bahawa Mahathir "kurang relevan" adalah kerana bekas perdana menteri itu tidak mengutamakan dasar-dasar pro-rakyat seperti BR1M (pemberian tunai bersasar), Klinik 1Malaysia, Kedai 1Malaysia dan subsidi bantuan kepada penoreh getah, nelayan sert yang lain-lain.

Sebaliknya, kata Ahmad, Mahathir menganggap semua itu sebagai membazir dan memanjakan orang Melayu.
Sebagai perbandingan, Ahmad berkata kali kedua, tempoh Mahathir sebagai perdana menteri yang menganjurkan Kongres Maruah Melayu tidak menawarkan apa-apa yang konkrit kepada orang Melayu.

“Baru-baru ini beliau berkata ada banyak perancangan untuk membangunkan orang Melayu namun tidak sempat kerana telah dibuang dan ditolak jatuh dari jawatan perdana menteri.

“Beliau sudah lupa, bahawa beliau lah yang meletakkan jawatan dan mencetuskan konflik pentadbiran. Konflik ini telah menjatuhkan kerajaan yang diundi rakyat pada PRU-14,” katanya.

Dinamika politik

Akhirnya, sebab ketiga hujah Ahmad bahawa Mahathir menjadi "kurang relevan" adalah kerana dirinya tidak lagi dapat menguruskan dinamika politik Malaysia.

“Parti Pejuang adalah parti ketiga beliau (Mahathir) setelah Umno; keluar Umno, masuk Umno; keluar semula Umno tubuh Bersatu; keluar Bersatu, tubuh Pejuang.
“Ketika Bersatu di dalam Pakatan Harapan (PH), Mahathir gagal ‘mengawal’ Muhyiddin Yassin dan suatu perancangan ‘scheme of things’ berlaku yang menjadi rahsia umum itu.

“Mahathir juga gagal ‘mengawal’ (DAP dengan doktrin politik yang dapat memastikan parti itu menjaga kepentingan Melayu/Bumiputera dalam setiap dasar, tindakan dan tutur kata,” kata Ahmad lagi.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-