Showing posts with label Anwar. Show all posts
Showing posts with label Anwar. Show all posts

Friday, March 3, 2023

Nasib ekonomi Melayu era Kerajaan Anwar-Zahid

harakahdaily.net
March 3, 2023
KETIKA era PERIKATAN NASIONAL, pada 2022 kerajaan telah membelanjakan sebanyak RM77.3 bilion subsidi untuk rakyat kembali hidup selepas era pandemik dan kesan ekonomi global (perang Rusia-Ukraine).

Namun, Kerajaan Anwar-Zahid hanya memperuntukkan RM64 bilion untuk subsidi bagi tahun 2023. Nasib kita orang Malaysia tokoh rakyat yang dahulunya berceramah serata Malaysia mahu membela rakyat, kini telah mengurangkan jumlah subsidi di era pentadbiran mereka. Sedangkan jelas 2023 ini tahun yang sukar.

Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DoSM), ekonomi Malaysia dijangka mula menyederhana berikutan daripada kesan ketidakstabilan ekonomi global yang akan memberikan kesan secara tidak langsung kepada ekonomi Malaysia.

Pada masa yang sama Kerajaan Anwar-Zahid ini juga berpendirian tegas untuk tidak membenarkan pengeluaran wang Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) termasuk secara bersasar.

Ini adalah kerja jahat dan menekan. Rakyat di bawah sedang sengsara untuk makan dan melunaskan komitmen bulanan mereka demi meneruskan hidup, alih-alih Anwar-Zahid yang sedang bersenang lenang di kerusi empuk Putrajaya menyekat duit milik rakyat yang sedang hidup dengan penuh kesusahan ini.

Penjawat awam juga jadi mangsa. Sebelum PRU mereka janji untuk naikkan gaji rakyat dengan intervensi kuasa kerajaan namun kini disuruh pula Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) untuk bersabar kerana tidak menaikkan gaji akan kakitangan penjawat awam yang menjadi nadi kepada keberhasilan gerak kerja dasar kerajaan pada hari ini.

Sedangkan kos sara hidup rakyat terus meningkat. Namun Kerajaan Anwar-Zahid ini hanya pejam mata melihat rakyat sengsara.

Ada di antara peneroka FELDA yang hampir tidak terkira hutang mereka kepada FELDA. Namun ‘Abah’ (PM8) hadir melegakan jiwa mereka. Dihapusnya oleh beliau akan hutang-hutang mereka sebanyak RM8.3 bilion melalui kuasa politik yang beliau ada.

Namun, Anwar-Zahid dengan kuasa politik yang mereka dapat melalui ‘Deal of Century Cikgu’ telah menghentikan inisiatif ini.

Inilah nasib kita khususnya orang Melayu di era Anwar-Zahid. Umno hanya dijadikan alas kaki untuk mereka membentuk kerajaan untuk bersenang lenang, bukan untuk membangun ekonomi Melayu.

MUHAMMAD HANIF JAMALUDDIN
Timbalan Ketua Pemuda
Dewan Pemuda PAS Selangor

 – HARAKAHDAILY 3/3/2023

Monday, January 30, 2023

Nepotisme dan Kronisme: Bad Governance!

agendaily.com
29/01/2023
PKR.
Pro-bono (tidak berbayar) atau berbayar bukan isu utama.

Isu utamanya ialah nepotisme. Melantik ahli keluarga sendiri memegang jawatan penting dalam Kerajaan.

Jawatan yang ada kuasa (walaupun bukan eksekutif) untuk mempengaruhi dasar-dasar Kerajaan dan menasihati bapa kandung sendiri? Ini lagi teruk dari zaman Tingkat 4 Pak Lah ni.

Adakah ini yang dimaksudkan dengan tatakelola kerajaan yang baik? Melantik anak sendiri sebagai Penasihat PM? Inikah pengisian konsep Malaysia Madani? Padanlah.

Memang betul orang kata PKR-parti keluarga dan rakan. Keluarga Anwar dulu tau… Anwar Perdana Menteri (PM), Wan Azizah Ahli Parlimen (MP), Nurul Izzah Penasihat PM.

Anwar PM, Anwar Menteri Kewangan, anaknya Nurul Izzah Penasihat Ekonomi dan Kewangan kepada PM.

Mana integriti? Ini salah guna kuasa. PKR ingat mereka menang besar pada Pilihan Raya Umum (PRU) boleh buat apa depa suka?

Ke hulu ke hilir sebut tatakelola kerajaan yang baik, good governance, kemudian lantik anak sendiri jaga Kementerian Kewangan (MOF).

Teringat pesan Tun Dr Mahathir Mohamad, kronisme, nepotisme, semua ni memang game (permainan) Anwar.

Ulasan Abdul Aziz Sheikh Osman

*Tulisan ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya menggambarkan pendirian Agenda Daily. Segala risiko akibat penyiaran artikel ini menjadi tanggungjawab penulis sendiri.

Thursday, December 1, 2022

Keputusan bersama PH khianat orang Melayu, ahli UMNO

satuberita.my
By SatuBerita
-December 1, 2022
Datuk Seri Shahidan Kassim Gambar fail BERNAMA

Oleh BADLISHAH MAT

LANGKAH Barisan Nasional (BN) dan UMNO bersama-sama membentuk kerajaan diketuai Pakatan Harapan (PH) mengecewakan akar umbi UMNO dan orang Melayu.

Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim berkata, tindakan itu juga mengkhianati keputusan Majlis Kerja Tertinggi (MKT) serta Perhimpunan Agung UMNO (PAU) yang tegas menyatakan tiada kerjasama akan dijalinkan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan DAP.

“Saya hendak beritahu bahawa banyak orang (pemimpin UMNO) telah dihukum, saya sendiri telah diboo ketika PAU kerana pada pandangan mereka saya melawan arus.

“Tetapi kita dapati bahawa No Anwar dan No DAP adalah (keputusan yang dibuat) didalam PAU yang telah diputuskan dan telah diluluskan di peringkat MKT.

“Saya nak bertanyakan di mana peringkat (yang mengatakan) tidak (kepada keputusan ini), (yang) mengatakan bahawa Yes Anwar, Yes DAP, ini mengecewakan orang UMNO dan orang Melayu yang menyokong UMNO,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui semasa menemani calon Perikatan Nasional (PN) Parlimen Padang Serai, Datuk Azman Nasrudin berkempen di pasar malam Sungai Karangan, Kulim.

Shahidan mengulas kenyataan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi yang menegaskan penolakan parti itu untuk bekerjasama dengan PKR, DAP dan Bersatu adalah ketika berdepan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) dan bukannya selepas itu.

Pengerusi BN itu berkata, dalam konteks semasa, tindakan bersama-sama PH membentuk kerajaan adalah langkah membuat perubahan politik yang lebih sederhana.

Sementara itu, Shahidan yang juga bekas Menteri Wilayah Persekutuan berkata, kekecewaan dalam kalangan akar umbi UMNO dan orang Melayu itu juga akan membawa kepada sokongan jitu kepada PN yang dilihat sebagai wadah terbaik penyatuan ummah.

Mengulas mengenai peluang PN menang di Padang Serai, Shahidan menyatakan bahawa gelombang yang berlaku di Perlis, Kedah, Kelantan, Terengganu dan negeri-negeri yang menyokong gabungan itu akan berterusan dan mampu membawa kemenangan besar di kerusi itu.

Monday, November 28, 2022

Zahid gembira, penyokong sengsara

satuberita.my
By Admin
-November 28, 2022

Oleh TOK CHEY

REAKSI wajah Zahid Hamidi selepas tertubuhnya kerajaan BN-PH jelas menunjukkan Presiden UMNO itu gembira apabila segala percaturan yang dilakukan sebelum ini berjaya mengangkat cikgunya, Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri.

Segala sumpah, segala ucapan ‘No Anwar No DAP’ yang diucapkannya di merata tempat termasuk Perhimpunan Agung UMNO berjaya memperdaya penyokong yang naif untuk mempercayai segala yang dikatakan oleh Zahid itu.

Penafian yang dibuat Zahid mengenai gerakan kerjasama mereka berdua seperti perbualan telefon dan akuan bersumpah sokongan terhadap Anwar berjaya mengaburi mata penyokong BN dan PH bahawa kedua-dua parti itu berprinsip sedangkan apa yang berlaku adalah sebaliknya.

Tekanan supaya Zahid meletakkan jawatan juga tidak berhasil apabila dia tidak tunduk dengan sebarang desakan daripada pemimpin-pemimpin utama UMNO seperti Khairy Jamaluddin, Annuar Musa dan ketua-ketua UMNO bahagian.

Malah dia berselindung di sebalik Pemilihan UMNO untuk terus kekal berkuasa sedangkan sebelum ini, platform itu ditangguhkan dan menghalang suara ahli UMNO untuk menentukan hala tuju parti itu.

Pada masa kini Zahid mungkin boleh berpuas hati dengan penipuan yang dilakukan, tetapi penyokongnya tidak sesekali lupa apa yang telah berlaku itu.

Ini kerana mereka yang berada di bawah telah menerima kesan langsung akibat sikap lunak UMNO terhadap PH yang merupakan musuh ketat sejak sekian lama.

Penyokong UMNO di peringkat akar umbi dikecam kerana kepimpinan parti menjalinkan kerjasama dengan PH yang dianggotai DAP.

Mereka jadi keliru dengan tindakan pemimpin atasan BN yang memanipulasi sokongan rakyat demi kepentingan sesetengah pihak.

Keadaan politik rakyat bawahan juga menjadi caca-merba kerana musuh yang ditentang sebelum ini kini rakan baik dan sudah ada beberapa kenyataan pemimpin UMNO yang mempertahankan DAP dan membuka ruang kemesraan.

Maklum balas yang Tok Chey terima, penyokong tidak akan percaya lagi apa yang keluar daripada mulut Zahid dan pemimpin kanan yang menyokong tindakan Ahli Parlimen Bagan Datuk itu berbaik dengan PH.

Mereka sudah serik diperdayakan dengan kata-kata pemimpin yang di depan cakap lain, di belakang mengatur strategi mengangkat musuh politik dalam kepimpinan nombor satu negara.

Buat masa ini, apa yang boleh dilakukan ialah mereka tunggu dan lihat apa yang boleh dilakukan oleh Anwar untuk membawa Malaysia ke arah lebih baik seperti mana yang dicanang-canangkan sebelum mendapat jawatan.

Sudah pasti ada tempoh masa yang diberikan dan selepas itu jika tiada apa perubahan dapat dilakukan, rakyat akan membuat bantahan mereka di peti undi pada PRU16.

Di samping itu, reaksi orang ramai yang Tok Chey lihat, rata-ratanya kecewa apabila PN tidak menjadi kerajaan kerana banyak harapan diletakkan kepada Muhyiddin Yassin untuk kembali memerintah.

Rakyat sebenarnya berharap banyak bantuan terus yang diyakini dapat mengurangkan beban kos sara hidup ketika ini seperti pengeluaran KWSP bersasar dan beberapa insentif dalam manifesto PN yang banyak mengutamakan kebajikan rakyat.

Namun, apa boleh buat kerana percaturan politik Zahid dan Anwar telah menaikkan kerajaan BN-PH yang Tok Chey lihat tidak akan mampu terbentuk jika kedua-dua pemimpin itu mengumumkan kerjasama sebelum PRU15.

Bagi Tok Chey, kita lihat sejauh mana ‘pernikahan BN-PH’ mampu bertahan dengan hasil pembentukan yang memperdayakan penyokong bawahan yang mudah dimanipulasi dengan pelbagai cara.

Di sebalik semua itu, rakyat menghormati prinsip yang dikekalkan kepimpinan PN setakat ini yang tidak menyertai kerajaan perpaduan Anwar dan akan bertindak sebagai pembangkang dalam menjadi semak imbang kepada kerajaan ketika ini.

Diharap pada masa sama, PN terus menerima momentum sokongan rakyat dan boleh membentuk kerajaan dengan majoriti dua pertiga pada PRU16. 

– SB

Monday, November 21, 2022

Zahid pakat dengan Anwar, Hishamuddin bantah, sanggup dipecat

agendaily.com
21/11/2022
Gambar pertemuan pimpinan PH dan BN yang tersebar di media sosial.

Bendahari Agung Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein rela dipecat daripada berpakat dengan Pakatan Harapan (PH) untuk membentuk kerajaan Persekutuan.

Beliau yang bertegas untuk tidak bekerjasama dengan PH dan DAP sejak sebelum ini lagi itu berkata pendirian itu tidak sesekali akan berubah malah beliau mempersilakan Presidennya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memecatnya kerana menentang pakatan itu.

“Seperti saya tegaskan kelmarin dan sebelum ini lagi, tetap menolak kerjasama dengan PH. Saya rela dipecat oleh parti namun tidak akan sesekali mengubah pendirian teguh ini.

“No Anwar, No DAP. Pihak yang merasakan boleh mengambil tindakan memecat saya kerana berpegang kepada pendirian ini, silakan,” katanya melalui kemas kini status di Facebook, hari ini.

Semalam Pengerusi Gabungan Parti Sarawak (GPS), Tan Sri Abang Johari Abang Openg dilaporkan memaklumkan gabungan itu bersetuju membentuk kerajaan Persekutuan menerusi kerjasama dengan tiga lagi gabungan iaitu Perikatan Nasional (BN) dan BN.

Bagaimanapun, hari ini media melaporkan Zahid bersama beberapa pimpinan BN mengadakan pertemuan dengan pimpinan PH termasuk Pengerusinya, Datuk Seri Anwar Ibrahim di ibu negara dipercayai bagi membincangkan hal pembentukan kerajaan itu.

Namun usaha Zahid itu ditentang beberapa pemimpin termasuk Hishamuddin dan beberapa pimpinan lain.

Semalam media melaporkan, kesemua 29 Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) kecuali Zahid didakwa menandatangani Akuan Bersumpah (SD) bagi menyokong Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri ke-10.

Sumber media melaporkan, SD tersebut dipercayai ditandatangani pada malam tadi dengan diuruskan oleh Hishammuddin yang juga Ahli Parlimen Sembrong itu.

Dalam pada itu, Ahmad Zahid dalam satu sidang media di ibu negara berkata, mana-mana Ahli Parlimen daripada BN yang menandatangani sebarang dokumen terutama SD untuk menamakan sesiapa sahaja sebagai Perdana Menteri adalah tidak sah.

Beliau berkata, ini kerana tindakan itu melanggar Perlembagaan parti.

Dalam pada itu, Menteri Komunikasi dan Multimedia sementara, Tan Sri Annuar Musa yang digugurkan dalam pencalonan pada PRU-15 lalu turut memuat naik beberapa kenyataan sindiran di akaun media sosialnya sejak beberapa hari lalu.

Terbaharu, beliau seolah-olah menyindir Zahid yang disifatkan merosakkan parti yang dibina bertahun-tahun lamanya demi menyelamatkan diri.

“Nak membina memakan masa bertahun-tahun oleh berjuta ahli. Nak meruntuhkan hanya memerlukan seorang desperado yang nak menjaga tengkuknya,” tulisnya.

Sunday, November 20, 2022

Laungan 'undur Zahid, No DAP, No Anwar' bergema di ibu pejabat Umno

hmetro.com.my
Mohd Nasaruddin Parzi
am@hmetro.com.my
AHLI Umno Bahagian Bukit Bintang berkumpul mendesak Ahmad Zahid Hamidi meletakkan jawatan di Menara Dato Onn. FOTO Aizuddin Saad

Kuala Lumpur: Laungan 'undur Zahid, No DAP, No Anwar' bergema di ibu pejabat Umno di Menara Dato' Onn di sini petang ini.

Ia disuarakan sendiri akar umbinya dari Umno Bahagian Bukit Bintang yang kecewa ekoran kekalahan Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15.

Jurucakap akar umbi Umno itu, Datuk Seri Dzulkarnain Taib berkata, Presiden Umno yang juga Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi wajar mengambil tanggungjawab atas keputusan buruk BN pada PRU kali ini.

"Mana-mana organisasi sekiranya gagal capai kemenangan, maka ia mesti digalas ke atas kepala partinya. Dalam hal ini Presiden Umno sendiri.

"Bukan kita tak sayangkan Ahmad Zahid dan parti, tapi beliau perlu ambil tanggungjawab sepenuhnya atas kekalahan ini. BN sudah kalah dalam dua PRU berturut-turut," katanya ditemui media di sini hari ini.

Beliau berkata, keputusan untuk berundur jika diambil Ahmad Zahid adalah lebih wajar dan lebih terhormat sebelum Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno memutuskan serta mengambil tindakan sewajarnya.

"Saya rasa ramai lagi Ketua Umno Bahagian dan ahli UMNO akar umbi akan mengikut langkah kita. Kita tak kisah dibuang parti. Kita mahu suarakan naluri dan isi hati kami," katanya.

Katanya, mereka juga tidak bersetuju dengan cadangan mahu supaya BN bergabung dengan Pakatan Harapan (PH) bagi membentuk kerajaan, susulan tiada gabungan meraih cukup 112 kerusi Parlimen.

Difahamkan, ada beberapa lagi kumpulan yang didakwa mewakili akar umbi Umno akan hadir ke ibu pejabat parti itu bagi menzahirkan hasrat sama hari ini.

BN mengalami kekalahan paling buruk sejak menyertai PRU selepas hanya menang di 30 kerusi Parlimen pada PRU-15, yang menutup tirai semalam.

Disiarkan pada: November 20, 2022

Thursday, May 19, 2022

Ahmad: Mahathir benci 'cash is king' tetapi amalkan 'kroni is king'

malaysiakini.com

Diterbitkan: May 19, 2022 11:44 AM
Setiausaha Agung Umno Ahmad Maslan hari ini memberikan tiga sebab mengapa rakyat sudah mula muak dan beranggapan pemimpin Pejuang Dr Mahathir Mohamad kini "kurang relevan".

Antaranya, kata Ahmad, adalah kata nista yang dilontarkan kepada Najib Razak kerana menyebut "cash is king, king is rakyat" atau "wang adalah raja, raja itu adalah rakyat" semasa perbahasan di televisyen baru-baru ini.

“(Mahathir) beliau patut ingat yang di zamannya, ‘crony is king’ dan bukan rakyat, rakyat, rakyat yang didahulukan.

“Ideologi ekonomi dalam memperkayakan segelintir kroni dengan anggapan yang lain akan mendapat faedahnya, sukar untuk menjadi.

“Hasilnya, kroni beliau yang sedikit itu menjadi kaya dan rakyat biasa, terutama sekali Melayu/Bumiputera masih kurang berjaya sehingga kini.

“Mahathir pernah mengatakan bahawa beliau tidak pernah ada kroni, cuma ada orang yang layak dan berkebolehan. Mustahil jika dalam 32 juta rakyat Malaysia yang ada, hanya kroni beliau sahaja yang berkebolehan,” kata Ahmad.

Kurang siuman

Pada 12 Mei lalu, Najib berdebat dengan ketua pembangkang Anwar Ibrahim berhubung kemelut kewangan yang melanda Sapura Energy Bhd.
Semasa debat berkenaan, Najib berkata cara terbaik untuk membantu golongan miskin adalah dengan memindahkan wang tunai terus ke akaun bank mereka, kerana “cash is king, king itu adalah rakyat,".

Empat hari kemudian, Mahathir mengkritik Najib sebagai "kurang siuman" kerana membuat kenyataan sedemikian.

Sebab kedua hujah Ahmad bahawa Mahathir "kurang relevan" adalah kerana bekas perdana menteri itu tidak mengutamakan dasar-dasar pro-rakyat seperti BR1M (pemberian tunai bersasar), Klinik 1Malaysia, Kedai 1Malaysia dan subsidi bantuan kepada penoreh getah, nelayan sert yang lain-lain.

Sebaliknya, kata Ahmad, Mahathir menganggap semua itu sebagai membazir dan memanjakan orang Melayu.
Sebagai perbandingan, Ahmad berkata kali kedua, tempoh Mahathir sebagai perdana menteri yang menganjurkan Kongres Maruah Melayu tidak menawarkan apa-apa yang konkrit kepada orang Melayu.

“Baru-baru ini beliau berkata ada banyak perancangan untuk membangunkan orang Melayu namun tidak sempat kerana telah dibuang dan ditolak jatuh dari jawatan perdana menteri.

“Beliau sudah lupa, bahawa beliau lah yang meletakkan jawatan dan mencetuskan konflik pentadbiran. Konflik ini telah menjatuhkan kerajaan yang diundi rakyat pada PRU-14,” katanya.

Dinamika politik

Akhirnya, sebab ketiga hujah Ahmad bahawa Mahathir menjadi "kurang relevan" adalah kerana dirinya tidak lagi dapat menguruskan dinamika politik Malaysia.

“Parti Pejuang adalah parti ketiga beliau (Mahathir) setelah Umno; keluar Umno, masuk Umno; keluar semula Umno tubuh Bersatu; keluar Bersatu, tubuh Pejuang.
“Ketika Bersatu di dalam Pakatan Harapan (PH), Mahathir gagal ‘mengawal’ Muhyiddin Yassin dan suatu perancangan ‘scheme of things’ berlaku yang menjadi rahsia umum itu.

“Mahathir juga gagal ‘mengawal’ (DAP dengan doktrin politik yang dapat memastikan parti itu menjaga kepentingan Melayu/Bumiputera dalam setiap dasar, tindakan dan tutur kata,” kata Ahmad lagi.

Monday, September 13, 2021

Siapa yang kotorkan nama UMNO dengan YESS Anwar YESS DAP ini?

mykmu.net
September 13, 2021
Oleh nurul Aisyah

Sebaran :
MASIHKAH kita ingat bagaimana Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim serta DAP dituduh akan mewujudkan satu penjajaran baharu membabitkan kerjasama antara ketiga-tiga parti itu.

Lantas momokan slogan dibuat sesetengah pemimpin Umno berhubung slogan menolak Anwar Ibrahim dan DAP sambil mengecam Zahid sebagai Presiden UMNO.

Bagai menepuk ke dalam dulang yang akhirnya terpercik ke muka sendiri. Rupa-rupanya pihak-pihak yang menuduh Zahid adalah mereka yang mencipta jajaran baru bersama Anwar dan DAP.

Sudah terpadam kini momokan slogan menolak Anwar Ibrahim dan DAP. Kini kononnya persefahaman yang dicapai dan akan dimuktamadkan secara rasmi petang ini di antara kerajaan Ismail Sabri dan Pakatan Harapan (PH).

PH dan Putrajaya dilaporkan bersetuju untuk menandatangani memorandum persefahaman (MOU) yang berisi beberapa butiran pembaharuan sebagai langkah membawa landskap baru politik negara. MOU berkenaan dijadual ditandatangani di parlimen petang nanti.

Ia juga dikatakan akan membawa kestabilan politik kepada kerajaan pimpinan Ismail Sabri Yaakob ketika perdana menteri terbabit kini didukung hanya 114 ahli parlimen. Jumlah minimum untuk mendapatkan majoriti berdasarkan kedudukan kerusi semasa Dewan Rakyat ialah 111.

Persoalannya, adakah beliau bertindak sedemikian demi takut mencipta sejarah PM tersingkat dalam pemerintahan negara sehingga terpaksa pula menjemput pembangkang yang juga gagal mentadbir negara selepas pru 14 untuk duduk bersama dalam majlis pemulihan negara yg dipengerusikan oleh muhyiddin yang sememangnya gagal dengan sangat teruk.

Untuk rekod slogan “No Anwar, no DAP” dikatakan dibangkitkan sesetengah pemimpin Umno ketika kerajaan Perikatan Nasional diketuai Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin berdepan ancaman kejatuhan.

Beberapa anggota kabinet mengatakan ada pemimpin tertinggi Umno didakwa sedang berpakat untuk bekerjasama dengan PH bagi menjatuhkan Muhyiddin. Namun ternyata tuduhan tersebut palsu. Malah mereka yang menuduhlah sebenarnya mencipta jajaran baru bersama Anwar dan DAP.

UMNO juga perlu mendedahkan adakah MKT membuat sebarang permintaan khas kepada Ismail Sabri sebelum persefahaman itu dicapai. Rakyat dan ahli UMNO mahu tahu perkara tersebut agar mereka boleh membuat perbandingan dengan lebih jelas.

Apakah syarat MKT dan adakah jajaran baru bersama Anwar dan DAP ini adalah peninggalan ‘amanat’ Muhyiddin yang diteruskan oleh Ismail Sabri?

Dulu Annuar Musa, Menteri Komunikasi dan Multimedia, giat menimbulkan slogan “No Anwar, no DAP”. Kini beliau pula yang turut hadir sebagai wakil kerajaan dalam jajaran baru bersama Anwar dan DAP.

Untuk makluman, sebelum ini UMNO menegaskan pendirian parti itu menolak sebarang kerjasama dengan PKR, DAP dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Zahid tetap dengan pendirian dalam menghadapi PRU-15. UMNO tetap dengan keputusan Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO… ‘No BERSATU, No Anwar, No DAP’. Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan dasar Presiden UMNO pada Perhimpunan Agung UMNO 2020 (PAU 2020) di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTC KL).

Hingga kini perkara tersebut tidak berubah. Yang berubah hanyalah mereka yang menuduh Zahid mahu bekerjasama dengan DAP kini mereka yang mencipta jajaran baru bersama Anwar dan DAP.

Wednesday, June 23, 2021

Perpecahan Umno kepada 3 ‘puak’ makin nyata, kata penganalisis

freemalaysiatoday.com
Faiz Zainudin
-June 23, 2021 3:45 PM

Seorang penganalisis politik berkata Umno mungkin akan berdepan kekalahan sekali lagi dalam Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang sekiranya kepimpinan dalam parti itu tidak diubah. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Perpecahan dalam Umno kepada tiga “puak” semakin jelas dan tidak lagi dapat dinafikan, kata penganalisis politik.

Ini susulan pendedahan Ahli Parlimen Padang Rengas Nazri Aziz bahawa beliau sendiri yang berusaha mengumpulkan surat akuan bersumpah (SD) Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) yang tidak yakin dengan Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi, malah memberi mandat kepada Hishammuddin Hussein untuk menjadi jurucakap jika dipanggil menghadap Yang di-Pertuan Agong.

Bekas pensyarah Universiti Sains Malaysia, Ahmad Atory Hussain berkata, tiga kumpulan yang berpecah itu membabitkan kluster mahkamah, puak penyokong Hishammuddin bersama 16 Ahli Parlimen, dan kelompok yang menyokong penasihat Umno, Tengku Razaleigh Hamzah, lebih popular dipanggil Ku Li.

Tambahnya, gerakan mengumpul SD oleh Nazri juga adalah sebagai satu tekanan terbuka kepada Zahid supaya berundur daripada jawatannya dalam parti.

“Tindakan Nazri itu dianggap wajar kerana yang salah adalah Zahid sendiri yang melakukan tindakan menulis surat menyokong Anwar sebagai perdana menteri tanpa berunding dengan Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno.

“Beliau buat kerja secara berahsia walaupun nafi dirinya terlibat,” katanya kepada FMT.

Tambahnya, tindakan Zahid menyokong Anwar itu turut dibantah Ku Li yang menyarankan tindakan disiplin diambil terhadapnya.

“Lembaga disiplin tidak sepatutnya amalkan layanan dua darjat seperti dalam filem ‘Musang Berjanggut’ kerana ahli dan MKT Umno tentu marah dengan perbuatan Zahid,” kata Atory.

Gerakan dibuat Nazri itu, tambahnya, juga adalah usaha menafikan percubaan mengangkat Anwar sebagai Perdana Menteri.

“Tindakan Nazri ini sebaliknya menyelamatkan hayat politik Muhyiddin Yassin sebagai PM buat sementara waktu sehingga beliau memohon Agong bubarkan Parlimen,” katanya.

Salawati Mat Basir dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pula berpendapat, tekanan terbaru ke atas Zahid itu menampakkan dengan ketara beliau tidak lagi relevan menerajui Umno apabila satu persatu isu timbul.

“Sepatutnya Zahid berundur dengan cara baik, sebab beliau tidak lagi relevan untuk pimpin Umno, tapi puak-puak lama masih lagi mempertahankan beliau atas sebab tertentu.

“Kalau tidak diubah kepimpinan dalam Umno, PRU (pilihan raya umum) nanti Umno mungkin akan berdepan sekali lagi kekalahan,” kata Salawati.

Sementara itu, bekas ahli akademik Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Azmi Hassan pula berkata, tindakan Nazri mengangkat Hishammuddin agak lemah berbanding usaha Zahid menyokong Anwar kerana Hishammuddin tidak mempunyai sokongan padu dalam parti.

Beliau turut mengakui, berlaku perpecahan dalam Umno untuk menentang Zahid.

“Tapi bagi saya, salah satunya kemungkinan kenapa berlaku perpecahan adalah kerana kepimpinan Zahid sendiri dikatakan agak goyah.

“Keprihatinan atau ketegasan Zahid itu ditagih sebenarnya, sebab itu ramai yang berani menongkah secara terang-terangan untuk melawan beliau,” katanya.

Azmi melihat tindakan Zahid memilih bekerjasama dengan Anwar adalah lebih kepada strategi politik kerana Presiden PKR itu lebih popular berbanding pemimpin lain.

“Cuma (apabila) ia dilakukan di sebalik tabir, masalahnya kerana mereka tahu sensitiviti ahli Umno. Penyokong Umno kuat menolak Anwar, ini menyebabkan usaha kerjasama itu tidak boleh dilakukan secara terbuka.

“Bagaimanapun, sama ada strategi Zahid-Anwar ini berjaya atau tidak, bergantung kepada bagaimana mereka melalui rintangan ini,” katanya.

Dalam pada itu, penganalisis politik dari Universiti Utara Malaysia (UUM) Azizuddin Mohd Sani tidak melihat ahli Umno begitu mudah menghukum Zahid walaupun pelbagai tekanan diberikan.

“Saya tidak nampak ahli-ahli Umno nak hukum Presiden, status quo kekal,” katanya.

Sebelum ini, Nazri mendakwa 25 Ahli Parlimen BN tidak yakin dengan ketelusan Zahid untuk menjadi wakil mereka menghadap Agong.

Ini kerana mereka kecewa dengan tindakan Zahid yang dikatakan mengemukakan surat sokongan Ahli Parlimen Umno kepada Anwar sebagai perdana menteri baharu sewaktu menghadap Agong pada September tahun lalu, katanya, menurut Sinar Harian.

Nazri berkata, tindakan Zahid sebelum ini menimbulkan curiga mereka dan khuatir beliau (Zahid) akan mengulanginya.

“Berikutan itu kami bersetuju memberi mandat kepada Hishammuddin untuk menjadi jurucakap Ahli Parlimen BN bagi memberi penegasan sebenar bahawa kami tidak pernah dan tidak akan menyokong Anwar sebagai perdana menteri,” tambahnya.

Nazri menafikan SD itu bertujuan untuk menjatuhkan Muhyiddin Yassin atau menukar kerajaan.

Monday, April 5, 2021

Umno Di Ambang Perpecahan Besar Sejak Skandal 1MDB

 BERITA

By MT Webmaster 
On Apr 5, 2021


“Dia sebut ‘No Anwar, No DAP’ dalam ucapan itu hanya untuk memuaskan hati perwakilan. Yang sebenarnya dia hanya mahu ‘No Bersatu’,” kata pembantu kepada pemimpin veteran Umno kepada MalaysiaNow.

(Malaysia Now) – MalaysiaNow difahamkan Umno kini sedang berada di ambang perpecahan besar sejak beberapa pimpinannya dipecat daripada parti itu pada 2016, membelakangi keputusan sebulat suara perwakilan dalam perhimpunan agung parti itu baru-baru ini.

Sebuah gerakan melibatkan pimpinan kanan parti itu sedang diusahakan bagi menggulingkan Ahmad Zahid Hamidi sebagai presiden dengan memastikan pemilihan parti tidak ditangguhkan.

“Mereka percaya Zahid akan jadi macam Najib dalam pilihan raya umum akan datang,” kata sumber kepada MalaysiaNow merujuk kejatuhan bekas perdana menteri Najib Razak ketika pilihan raya umum 2018.

“Jalur yang memisahkan antara Zahid dan mereka yang mahu Umno cari sekutu-sekutu baru, adalah mereka yang terima naratif bahawa zaman sudah berubah dan parti dah tak boleh jadi macam dulu,” katanya.

Menurut sumber itu, Zahid hanya mendapat sokongan daripada dua individu dalam Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno.

“Mereka adalah Tajuddin Abdul Rahman dan Puad Zarkashi,” katanya.

Sumber menambah, ini dapat dilihat dalam kebanyakan mesyuarat MKT, hanya dua pemimpin ini secara jelas menyokong rancangan Zahid untuk memutuskan hubungan dengan gabungan Perikatan Nasional (PN).

Kumpulan yang mahu menyingkirkan Zahid mengatakan Umno tidak mempunyai pilihan selain bekerjasama dengan PN yang diketuai Muhyiddin Yassin, bekas timbalan presiden Umno yang dipecat kerana mengkritik penglibatan kerajaan dalam skandal 1MDB.

Perwakilan-perwakilan yang berucap dalam perhimpunan agung Umno baru-baru ini juga bergilir-gilir menghalakan serangan terhadap Muhyiddin dan Bersatu selain menyatakan sokongan terhadap Zahid yang mahu memutuskan hubungan dengan parti itu bagi menghadapi pilihan raya akan datang.

Sumber turut menambah perkataan seperi “selamatkan Umno” sering timbul dalam pertemuan-pertemuan tidak formal dalam kalangan pimpinan parti.

“Cara dia ‘conduct’ pun dia suruh semua orang berdiri baru putuskan keputusan untuk semua setuju menteri dalam Kabinet letak jawatan, jadi semua orang tak tau nak setuju atau tidak,” kata sumber merujuk ucapan penggulungan ringkas Zahid selama 10 minit di perhimpunan agung Umno baru-baru ini.

“Dia minta semua orang dalam dewan untuk bangun jika menyokong cadangannya. Ia menyebabkan kekeliruan ketika seluruh negara sedang memerhatikan mereka,” kata sumber yang menolak dakwaan Zahid dan Umno menteri daripada parti itu diberikan jawatan tidak penting dalam Kabinet.

Menurut sumber lagi, ramai pemimpin yang menolak dakwaan Zahid bahawa beliau masih memegang prinsip “No Awar, No DAP” ketika melakukan usaha kerjasama.

“Dia sebut ‘No Anwar, No DAP’ dalam ucapan itu hanya untuk memuaskan hati perwakilan. Yang sebenarnya dia hanya mahu ‘No Bersatu’,” kata pembantu kepada pemimpin veteran Umno kepada MalaysiaNow.

Zahid dan Najib yang mengetuai BN ketika gabungan itu kalah pada 2018 menjadi pengkritik lantang Muhyiddin dan kerajaan PN.

Muhyiddin dipecat dari Umno dan menubuhkan Bersatu. Parti baru itu kemudian bekerjasama dengan Pakatan Harapan (PH), gabungan politik yang kemudiannya berjaya menamatkan enam dekad pentadbiran Umno.

Selain itu, kedua-dua pemimpin Umno itu turut menyatakan sokongan kepada Presiden PKR Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri dalam usahanya mengambil alih Putrajaya dari Muhyiddin.

Sejak itu, beberapa pimpinan Umno yang diketuai mereka berdua dilihat semakin rapat dengan PKR.

Bulan lalu, Anwar dan Zahid turut mengeluarkan kenyataan yang hampir serupa mengesahkan lagi hubungan antara kedua-dua pemimpin parti itu.

Sementara itu, beberapa pimpinan Umno secara terbuka menggesa pemilihan parti diadakan kerana menurut mereka kepimpinan ketika ini tidak mampu berdepan pilihan raya.

Gesaan itu disuarakan oleh pimpinan Umno termasuk Khairy Jamaluddin, Reezal Merican Naina Merican dan Annuar Musa.

Baru-baru ini Khairy turut dilihat menyindir keputusan Umno untuk menangguhkan pemilihan parti sehingga selesai PRU.

Hal ini kerana menurutnya keputusan serupa pada 2018 juga tidak memberi manfaat kepada parti.

“Pada 2018 kita tangguhkan pemilihan parti selepas PRU, lingkup juga.” katanya.

Gerakan untuk menjatuhkan presiden Umno itu masih belum dapat dijangka sama ada ia akan betul-betul berjaya atau tidak.

Namun sejarah parti itu kebelakangan ini, usaha sedemikian sering bertemu kegagalan.

Ketika kemuncak skandal 1MDB pada 2015, ramai ketua bahagian Umno yang mengkritik isu itu dipecat daripada parti.

Pada 2016, Muhyiddin dan Mukhriz Mahathir pula dipecat kerana mengkritik pimpinan parti.

Anwar sendiri dipecat dari Umno pada 1998 kerana dilihat menentang bosnya ketika itu, Dr Mahathir Mohamad.

Sunday, March 28, 2021

Zahid dakwa tiada sebarang perbincangan dengan PKR, DAP, Bersatu

malaysiadateline.com
ARIF ATAN
March 28, 2021

Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata setakat ini, tidak ada perbincangan berkaitan dengan PKR, DAP dan Bersatu sama ada secara rasmi atau tidak rasmi.

Menerusi ucapan dasarnya pada Perhimpunan Agung UMNO 2020 (PAU 2020) di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTC KL) hari ini, Zahid menegaskan pendirian menolak sebarang kerjasama dengan mana-mana parti berkenaan pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Ahli Parlimen Bagan Datuk itu bahkan menegaskan Umno akan ke gelanggang PRU-15 dengan panji Barisan Nasional (BN).

“Perlu saya tegaskan di sini mengenai pendirian kita dalam menghadapi PRU-15. Kita tetap dengan keputusan Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno… ‘No Bersatu, No Anwar, No DAP’.

“Tidak ada perbincangan dengan mana-mana parti terbabit sama ada secara rasmi atau tidak rasmi. Kita tetap akan bertanding menggunakan panji-panji BN,” katanya.

Dalam masa sama, beliau berkata, Umno diasak dari luar dan dalam, malah usaha memecahbelahkan parti itu masih belum berhenti.

Sehubungan itu, Zahid menyeru ahli bersatu bagi menghapuskan tanggapan buruk terhadap parti yang menjadi tulang belakang BN tersebut.

“Usaha memecahbelahkan Umno dari luar masih belum berhenti. Adalah tanggungjawab kita semua untuk menjadi ‘lidi seikat’ yang mampu menyapu kotoran serta menghapuskan persepsi negatif terhadap Umno dan kita semua.

“Akar umbi parti serta rakyat amat mendambakan Umno dan BN menjadi dominan semula.

“Kepemimpinan pada pelbagai peringkat perlu meraikan harapan ini dengan respons positif ke arah menjadikan ia suatu realiti,” kata Zahid lagi.

Friday, January 8, 2021

'Tidak perlu jawatankuasa siasat dakwaan Annuar'

Oleh Noor Hidayah Tanzizi 
bhnews@bh.com.my
- Januari 8, 2021 @ 6:11pm

TAJUDDIN

PASIR SALAK: UMNO tidak melihat keperluan menubuhkan jawatankuasa khas menyiasat dakwaan bekas Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Tan Sri Annuar Musa, kononnya wujud sokongan secara hitam putih membabitkan pemimpin tertinggi UMNO terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman, berkata dakwaan itu adalah tuduhan palsu yang cuba memburukkan kepemimpinan UMNO.

Katanya, ia dilihat bertujuan menghasut dan menyalahkan kepemimpinan dengan melakukan perbuatan tidak mengikut dasar parti menolak Anwar dan DAP.

"Tak perlu layan dakwaan itu. Tiada keperluan (menubuhkan jawatankuasa khas), lagi pun tuduhan itu tidak betul. Tidak ada cadangan, usaha atau gerakan untuk menyokong Anwar atau DAP.

"Dia kata ada pemimpin UMNO berjumpa dengan pemimpin DAP dan Anwar, tidak boleh jumpa ke? Bukan bermakna bila jumpa kita mahu ada satu gerakan untuk menubuhkan pakatan kerjasama politik," katanya.

Beliau ditemui selepas melawat dan menyampaikan sumbangan kepada 100 keluarga yang terjejas banjir di Dewan Serbaguna Chikus di sini, malam tadi.

Semalam, beberapa pemimpin UMNO menggesa jawatankuasa khas ditubuhkan parti itu bagi menyiasat dakwaan dikemukakan Annuar dan kesahihan surat sokongan terhadap Anwar.

Timbalan Ketua UMNO Bahagian Setiawangsa, Datuk Mohd Irwan Rizal Mohd Ali Napiah, dilaporkan berkata, jawatankuasa khas itu penting bagi memastikan siasatan terperinci dilakukan terhadap dakwaan Annuar yang menyatakan parti itu bakal bekerjasama dengan Anwar dan DAP bagi membentuk kerajaan baharu.

Mengulas kemungkinan UMNO berdepan undi protes daripada pengundi sekiranya terus mendesak Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) diadakan dalam tempoh terdekat, Tajuddin yang juga Pengarah Pilihan Raya UMNO berkata, ia hanya andaian.

Katanya, pilihan raya perlu diadakan supaya rakyat boleh memberi mandat kepada kerajaan baharu yang lebih stabil.

"Mana mereka tahu ada protes ke tidak sebab belum sampai masa nak tahu siapa menyokong siapa, siapa nak protes siapa.

"Sekarang ini kerajaan tidak stabil, jadi nak mewujudkan kerajaan yang stabil lebih baik pergi kepada rakyat supaya rakyat memilih.

"Mandat baharu dan kestabilan ini penting, kerajaan tak stabil tiada yang mahu melabur dalam negara dan tiada peluang pekerjaan," katanya.

Monday, December 21, 2020

UMNO Selangor kerjasama dengan PAS, tolak Anwar, DAP

FMT Reporters
-December 20, 2020 11:03 PM
Pemimpin UMNO Selangor Noh Omar berkata, beliau mengadakan perbincangan dengan Presiden PAS Abdul Hadi Awang.

PETALING JAYA: Umno Selangor mengadakan perbincangan dengan PAS untuk memperkukuh kerjasama mereka sebagai persediaan menghadapi pilihan raya umum akan datang, selain menolak hubungan dengan pemimpin pembangkang Anwar Ibrahim dan DAP, kata pemimpin negeri parti itu hari ini.

Noh Omar berkata, pendirian itu sejajar dengan keputusan kepemimpinan parti mengenai dasar “No Anwar No DAP”.

“Di Selangor kita akan terus memperkukuh Muafakat Nasional (MN), manakala di peringkat Parlimen pula kita terus mempertahankan Perikatan Nasional (PN),” katanya seperti dilaporkan oleh akhbar Sinar Harian.

Beliau berkata, Presiden PAS Abdul Hadi Awang memberitahunya dalam pertemuan pada Khamis bahawa beliau terbuka dan positif berhubung kerjasama Umno-PAS di Selangor.

Hadi juga bersetuju untuk memastikan PAS mempertahankan kerajaan pusat pimpinan PN nasional, selain terus memperkukuhkan MN.

PAS dan PPBM merupakan sekutu dalam gabungan PN, yang membentuk kerajaan persekutuan dengan sokongan Ahli Parlimen Umno dan parti lain.

MN ditubuhkan oleh Umno dan PAS, yang kemudiannya menerima PPBM sebagai anggota tahun ini.

Thursday, December 5, 2019

Pelan Anwar tak menjadi, peluang jadi PM8 bakal ranap

December 5, 2019
EDITOR

DISANGKANYA langkah bertemu Azmin dan kem yang bersama Azmin bakal dilihat sebagai langkah yang mencerminkan kehebatan kepimpinannya.

Diplomat, pendamai, berjiwa besar.

Anwar perlu memungut sebanyak mungkin keuntungan. Beliau tidak boleh lagi terpalit dengan sebarang persepsi yang mencacatkan pandangan umum khasnya ahli-ahli PKR yang mula sangsi padanya.

Beliau bermatian mahu jadi PM ke-8. Cita-citanya berdekad yang tidak kesampaian.

Laluan untuknya ke sana perlulah terbuka luas dan selamat jangan lagi ada halangan atau rintangan apatah dari dalam PKR sendiri.

Lalu diusahakannya perjumpaan. Bagi beliau, Azmin dan rakan-rakan “pemberontak” datang berjumpanya bermakna mereka terpaksa tunduk dan iktiraf bahawa beliaulah Presiden dan pemimpin nombor satu PKR dan mereka.

Anwar yakin beliau menang kali ini. Tetapi tanpa beliau sedari dan sangka beberapa jam sebelum kumpulan berkenaan datang, meletus bertalu-talu di media sosial skandal baru yang dikatakan melibatkan beliau sendiri.

Seorang bekas pegawainya membuat pendedahan menerima gangguan seksual daripada Anwar. Pendedahan siap dengan perakuan bersumpah dan ini cukup memeranjatkan dan pasti mengaibkan.

Terus tanpa membuang masa para pegawai kanannya dalam mode “damage control” terbit dengan penafian dan mendakwa pertuduhaan itu satu rekaan.

Mengapa mereka pula yang nafi? Ini satu pertuduhan serius dan yang patut ulas adalah tuan punya badan sendiri. Itu pun jika mahu. Sepatutnya perkara ini diserah pada pihak Polis sahaja.

Apa pun yang makin cemas dan risau adalah Anwar. Siapa sangka pada saat beliau.mahu lonjakkan dirinya sebagai pemimpin hebat, berkaliber, ketua pendamai, tiba-tiba muncul cerita kotor ini.

PKR mula berkongres hari ini. Anwar sangka beliau telah menang dan berjaya lenturkan geng Azmin, rupanya tidak. Beliau pula semakin tertekan dan tidak mustahil episod baru ini bakal meranapkan masa depannya.

Azmin gembira tak terkata. Hasrat untuk rasmikan Kongres Wanita dan AMK kesampaian. Hasrat menunjukkan beliau lebih berpengaruh dalam PKR juga tercapai.

Azmin dijangka terus membawa agendanya agar Tun Dr Mahathir terus kekal sebagai PM hingga hujung penggal.

Azmin yang menjadi.

Anwar? Tepuk dahi dan kini perlu memasang baju besi. Silap-silap yang dikejar tak dapat yang dikendung berciciran dan tirai besi kembali melambai.

 – Buletin Asia

ROSLAN SHAHIR DATUK MOHD SHAHIR
Setiausaha Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor.

*Artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pandangan Buletin Asia*

Saturday, July 20, 2019

Azmin tak hadir pemukiman PKR

News | Diterbitkan Hari ini 10:10 malam 


Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali tidak hadir program pemukiman partinya di Port Dickson, Negeri Sembilan meskipun dijadualkan menyampaikan ucapan malam ini.

Sumber yang berada di resort Lexis Hibiscus, Port Dickson, tempat program diadakan memaklumkan perkara itu kepada Malaysiakini.

Azmin juga tidak hadir pada majlis perasmian pemukiman itu semalam yang disempurnakan Pengerusi PH Dr Mahathir Mohamad.

Setiausaha politik Azmin, Hilman Idham dipetik The Malaysian Insight mengesahkan ketidakhadiran Azmin malaim ini, namun enggan memberitahu sebabnya.

Perkembangan ini berlaku meski Anwar, yang juga merupakan ahli parlimen Port Dickson, dilihat cuba meredakan pergeserannya dengan timbalannya itu melalui kenyataan petang tadi.

Dalam kenyataan sebagai presiden PKR itu, Anwar berkata partinya menyambut baik penafian Azmin berhubung klip video seks itu.

Anwar juga berikrar bahawa tindakan tegas akan diambil terhadap anggota parti mereka sekiranya didapati terlibat dalam isu klip video seks berkenaan.

"Sambil mengambil maklum bahawa siasatan polis masih lagi berjalan, dan setakat kenyataan Ketua Polis Negara semalam, PKR menerima baik kenyataan bahawa Azmin tidak terlibat dalam satu video yang disebar baru-baru ini

"Berkenaan dakwaan terdapat ahli atau pemimpin parti politik yang terlibat dalam tindakan sebaran video tersebut, PKR tidak bertolak ansur dan akan mengambil tindakan tegas mengikut perlembagaan parti jika terdapat penglibatan mana-mana anggota PKR yang disabitkan kesalahan berlandaskan undang-undang," kata Anwar dalam kenyataan itu.

Anwar berkata demikian meski sebelum ini menyatakan bahawa Azmin perlu meletakkan jawatan sekiranya klip videos seks yang dikaitkan dengannya tulen.

Siasatan polis setakat ini sudah mengesahkan ketulenan klip video berkenaan, namun hasil proses pengecaman wajah adalah "negatif dan tidak dapat mengaitkan pelaku di dalam video tersebut dengan individu yang dimaksudkan".

Azmin dituduh merupakan salah seorang individu yang dipaparkan dalam klip video seks sejenis itu. Tuduhan itu dilontarkan oleh bekas ketua Pemuda PKR (AMK) Santubong, Hazir Abdullah Abdul Aziz.

Haziq mengaku dirinya merupakan salah seorang individu dalam klip video itu, sementara Azmin menyifatkan tuduhan terhadapnya adalah "plot jahat" dari dalam parti untuk menjatuhkan kerjaya politiknya.

Klip video seks berkenaan dilihat memecahkan PKR kepada dua kem iaitu kem Anwar dan kem Azmin.

[Berita lanjut menyusul]

Monday, February 25, 2019

Keanehan Watak-Watak Pencipta Tol Malaysia

oleh Ab Jalil Backer


Sangat aneh apabila Mahathir, Muhyiddin, Anwar, Wan Azizah, Azmin dan Daim memberi alasan baru 9 bulan menjadi kerajaan mustahil mereka boleh selesaikan masalah tol.

Naratif politik PH ialah masalah tol merupakan ciptaan UMNO-BN selama berpuluh tahun yang terpaksa mereka tanggung selama 9 bulan ini.

Apakah mereka tidak sedar masalah tol adalah ciptaan mereka.

Modul perniagaan tol dengan perjanjian berat sebelah ini tercipta ketika Mahathir, Anwar, Daim dan Muhyiddin menjadi pemimpin utama BN.

Hampir 80% perjanjian tol dilaksanakan ketika Tun Mahathir menjadi Perdana Menteri, Daim dan Anwar menguasai perancangan ekonomi negara pada 80 dan 90 an.

Azmin Ali pula Setiausaha Sulit Kanan Menteri Kewangan ketika itu. Wan Azizah pula adalah isteri Menteri Kewangan.

Yang merancang semua ini bukan penyokong BN dan ahli UMNO tetapi watak-watak utama dalam PH hari ini.

Jadi sangat aneh untuk watak-watak ini menyalahkan BN kerana merekalah yang merancang semua kekusutan ini.

Thursday, September 27, 2018

Zahid: Saya tak jumpa Anwar, tapi Mahathir 2 kali


Presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mendedahkan beliau mengadakan pertemuan kedua dengan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad baru-baru ini.

Perkara itu dimaklumkan dalam wawancara dengan beberapa akhbar yang disiarkan hari ini.

Zahid berkata pertemuan pertama berlangsung pada 7 Jun, sebulan selepas BN hilang kerajaan. Mesyuarat kedua pula melibatkan Zahid dan beberapa lagi pemimpin Umno.

Zahid telah mendapat restu anggota parlimen BN untuk mengintai peluang kerjasama dengan mana-mana parti supaya mereka dapat kembali ke dalam kerajaan.

Beliau berkata mesyuarat dengan Mahathir itu diusahakan kerana akar umbi Umno mahu beliau bertindak.

“Umno bebas bercakap dengan pihak lain, termasuk pihak yang tidak pernah bersama BN, yang pernah bersama BN atau yang tidak lagi bersama BN.

“Setakat ini, tiada keputusan sama ada kita akan bekerjasama dalam tempoh terdekat atau di masa depan.

“Kita harus buat pertimbangan politik kerana kita tidak mahu jadi pembangkang.

“Kesemua peluang politik mesti dinilai. Politik ini dinamik. Pintunya sentiasa terbuka. Dalam politik, tiada apa yang mustahil,” katanya.

Zahid bagaimanapun berkata beliau tidak pernah bertemu Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang disebut-sebut sebagai pengganti Mahathir, selepas pilihan raya 9 Mei.

“Anwar takut dengan saya kerana saya kini di pihak pembangkang,” katanya.

Zahid pernah menjadi orang kuat Anwar pada tahun-tahun 90-an dan menentang pemecatan Anwar sebagai timbalan perdana menteri oleh Mahathir pada 1998.

Beliau kemudian ditahan bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Selepas dibebaskan beliau kembali ke pangkuan Umno yang dipimpin Mahathir.

[Baca berita asal]

Friday, September 21, 2018

Undang-undang anti liwat tak adil, kata Anwar

NURUL FIRDAUS KHAIRI
21 SEPTEMBER 2018

Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim pada sidang media mengenai Pilihan Raya Kecil (PRK) Port Dickson di Ibu Pejabat PKR, hari ini. Foto - Bernama

PETALING JAYA - Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim mengkritik undang-undang menghukum seks hubungan sejenis, mengatakan ia saki-baki era penjajahan British.

Menurutnya, kritikan itu bukan hanya kuno, ia undang-undang penjajah British yang diperkenalkan di India dan diulang sama di Malaysia.

"Ia benar-benar tidak adil kerana seseorang boleh dituduh, dan tanpa bukti yang betul, seperti kes saya.

"Undang-undang itu mesti dipinda untuk memastikan keadilan, dan menambah orientasi seks seseorang tidak boleh dipersoal jika tidak dipaparkan di khalayak ramai," katanya dalam sesi temubual bersama Al Jazeera.

Calon PRK Parlimen Port Dickson itu berkata, undang-undang mesti dipinda untuk memastikan ada keadilan dalam prosesnya dan ini bukan soal orientasi seks.

Katanya, ia mengenai apa yang dilakukan atau paparkan secara terbuka yang bertentangan dengan norma majoriti rakyat, bukan hanya orang Islam tetapi juga Kristian, Hindu, pengikut Buddha di negara ini.

Dalam pada itu, Anwar turut ditanya mengenai hukuman rotan ke atas dua wanita yang disabit kesalahan cuba melakukan hubungan sejenis oleh Mahkamah Syariah Terengganu.

“Saya fikir ini jelas tak adil. Walaupun mereka menggunakan syariah sebagai asas, kita tidak boleh pertahan tindakan itu.

"Hukuman dera undang-undang Islam yang dicadangkan Pas itu berdasarkan tafsiran parti itu dan harus ditolak. Itu bukan hudud syariah, itu tafsiran mereka, atau beberapa aspek,” katanya.

Sebelum ini, beliau pernah dipenjarakan atas tuduhan liwat yang disifatkan bermotif politik.

[ARTIKEL BERKAITAN: Anwar bersalah, mahkamah tangguh sejam ]

[ARTIKEL BERKAITAN: 'Tuduhan liwat ke atas Anwar satu konspirasi' ]

Anwar dibebaskan dari penjara pada 16 Mei susulan satu pengampunan diraja selepas kemenangan PH selepas disabitkan bersalah meliwat bekas pembantu, Mohd Saiful Bukhari Azlan pada tahun 2008.

Liwat adalah jenayah di Malaysia, dan dihukum mengikut Seksyen 377 Kanun Keseksanaan yang melarang “persetubuhan luar tabii”. Seseorang yang disabit kesalahan boleh dikenakan hukuman sebat dan penjara sehingga 20 tahun.

Sunday, September 16, 2018

Pribumi Perlukan UMNO, Bukan Sebaliknya

oleh Ab Jalil Backer
September 16, 2018 rhg

Mahathir tidak mahu UMNO tetapi mahu ahli dan wakil rakyat UMNO.

Malangnya, Supremo Media Mahathir tidak tahu apa yang berlaku di belakang tabir dan menganggap UMNO yang terhegeh-hegeh hendak bekerjasama dengan Pribumi.

Dengan sekadar 13 kerusi, Pribumi tidak ke mana jika bukan kerana Mahathir. Tanpa Mahathir, Pribumi hanya parti cap ayam dalam sistem pentadbiran negara.

Justeru Mahathir dan Daim tiada pilihan kecuali menarik seramai mungkin wakil rakyat UMNO menyertai Pribumi.

Jika ini tidak berlaku dan Mahathir meninggal dunia, parti tersebut akan jadi sejarah sahaja. Mereka adalah parti minoriti di Parlimen dan Negeri.

Mahathir sedang memikirkan dua jalan sahaja; sama ada membawa masuk wakil rakyat UMNO atau mengadakan perjanjian baharu dengan Anwar.

Tanpa UMNO, Mahathir perlu mengadakan perjanjian menyerah kuasa kepada Anwar lebih awal dengan syarat Mukhriz dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri.

Namun Mahathir sedar perjanjian dengan Anwar sangat merbahaya. Beliau telah beberapa kali mengkhianati Anwar, mustahil Anwar tidak akan mengkhianati perjanjian tersebut.

Pasukan Mahathir akan melakukan pelbagai usaha nakal untuk memaksa wakil rakyat UMNO masuk Pribumi tanpa menjejaskan ego beliau. Ini termasuklah mengenakan siasatan berterusan ke atas bekas Menteri dan menyekat projek-projek yang sedang berjalan.

Cara Mahathir ialah beliau mahu ahli parlimen UMNO keluar parti dan menyertai pribumi.

Ini agak sukar berjaya kebanyakan wakil rakyat UMNO ada harga diri.

Presiden UMNO, Dato Seri Ahmad Zahid juga khabarnya telah menyatakan tidak akan membubarkan UMNO dan menyertai Pribumi dalam keadaan yang hina seperti kehendak Mahathir.

Beliau mahu jika ada keperluan kerjasama dengan sesiapa pun ia mesti dalam keadaan menjaga maruah UMNO, parti yang telah banyak berjasa ini.

Jika anda lihat ada wakil rakyat dan bekas Menteri membuat pelbagai kenyataan pelik dan mendedahkan hal-hal parti yang nampak seperti akan melemahkan UMNO, mereka mungkin sudah dihubungi.

Nota Kaki:

Bagi yang bercadang untuk melompat, anda fikir begini, apa akan jadi sebaik anda lompat, Mahathir mati. Muhyiddin pula sedang sakit. Pribumi tinggal 13 kerusi termasuk kerusi anda.

Dalam masa yang sama Anwar Ibrahim jadi Perdana Menteri. Di mana nasib parti Pribumi yang bakal diketuai oleh anak bekas PM yang berusaha memenjarakan Anwar selama berdekad-dekad lamanya.

Wednesday, September 20, 2017

Anwar atau Mahathir mungkin U - Turn kepada Umno?

WAN NORDIN WAN YAACOB
20 SEPTEMBER 2017
MAT Taib atau nama penuhnya Tan Sri Muhammad Bin Muhd Taib telah sah menyertai Umno semula.

Penyertaan semula dalam keadaan Umno begitu terdesak mendapatkan tokoh-tokoh, dan kembali menggunakan propaganda kemasukan ke dalam Umno sebagai strategi berdepan penurunan undi rakyat.

Maka gegak gempita sekali alam siber dan seluruh media online melaporkan kononnya Datuk Seri Najib Razak akan mengumumkan pembubaran Parlimen, hingga lawatan kerja Timbalannya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi pun disingkatkan.

Umpama "bullet" besar yang mahu dibidik Umno tatkala mengumumkan kemasukan semula Mat Taib atau Mike Tyson ini ke khemah lapuk Umno.

Rata rata netizen dan penggemar cerita hangat berteka teki, ada juga yang buat fitnah melulu kononnya Najib mahu umum kerjasama dengan PAS untuk merampas Selangor. Nakal dan jahat sekali fitnah di alam siber.

Tuduhan ini dinafi sekeras kerasnya oleh Pengarah Jabatan Pilihan Raya PAS Selangor, Roslan Shahir Datuk Mohd Shahir di laman Facebooknya dan kemudian mengecam tindakan mereka yang memfitnah itu.

Sementara beberapa lagi sanggahan juga dibuat atas tuduhan jahat itu.

Muhammad Taib dikenali suatu masa lalu dalam kes membawa jumlah wang yang besar ke luar negara dan kemudiannya "kantoi" .

Penyertaannya dalam PAS tidak pun menberi impak besar apatah lagi selepas itu beliau menyertai PKR bersama orang kuat Anwar Ibrahim iaitu Datuk Kamaruddin Jaffar yang pernah menjadi Pengarah Urusan Harakah dan Setiausaha Agung PAS.

Muhammad Taib juga diketahui agak rapat dengan Anwar Ibrahim, namun tidak serapat hubungan Anwar dengan Najib ketika dalam team Pemuda Umno suatu masa lalu.

Ini menjadi sejarah, dan pastinya Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi tahu hubungan baik Najib Anwar sementelahan Zahid juga berada dalam pasukan yang sama.

Begitu juga beberapa penghubung Anwar dengan Najib iaitu antaranya Datuk Johari Abdul orang kuat BTN suatu masa lalu dan tidak dinafikan Datuk Saifudin Nasution Ismail juga berperanan melalui abangnya yang menjadi orang kanan Najib iaitu Datuk Shahlan Ismail.

Ingat sahaja pelan rekonsilasi nasional yang disebutkan dibincang antara Najib dan Anwar sebelum Pilihan Raya Umum 13 lalu di dedahkan sendiri oleh bekas bekas saksi kejadian.

Usah lah menuduh PAS mahu ber "UG" dengan Umno tatkala PAS berulang kali menyatakan tidak akan bersama dengan Umno.

Malah apa yang diperhatikan Umno sebenarnya lebih dekat parti Bersatu, PKR dasarnya tidak jauh berbanding Umno.

Tidak mustahil dalam keadaan terdesak mendepani politik Tun Mahathir dalam menjelang PRU 14 ini, Anwar akan dikembalikan ke dalam Umno semula oleh rangkaian yang disebutkan tadi.

Apatah lagi ia strategi yang paling ampuh untuk melumpuhkan PKR yang kini berpecah belah angkara beberapa pemimpin tidak sehaluan.

Dan tidak mustahil bagi Najib yang terdesak mempertahankan survival politiknya dengan membebaskan Anwar dari penjara, kemudiannya menjadikan Anwar sekutu rapatnya dalam mendepani PRU 14.

Apatah lagi dalam keadaan Pakatan Harapan sudah punah Harapan bagi Anwar untuk memujuk PAS bersama.

Sedang Anwar tahu hakikat bahawa undi Melayu juga boleh datang dengan jumlah besar dari PAS.

Ataupun Mahathir sendiri akan kembali kepada Umno selepas melihat PH yang dipimpinnya berantakan tidak keruan hala tuju, dengan sikap DAP yang semakin dominan ditambah Bersatu yang kian hilang punca apabila ramai pengasasnya keluar parti seperti Datuk Hamidah Othman.

Ini sifir yang tidak boleh dinafikan kerana dalam politik apa juga boleh terjadi, apatah lagi Najib naik jadi PM ketika kempen Mahathir menjatuhkan Pak Lah berjaya dilaksana.

Hakikatnya PAS tidak berasa kehilangan Anwar ketika ini, apatah lagi kalau Mahathir ‘u turn’ kepada Umno.

Tetapi lebih terasa adalah penyokong Anwar dan Mahathir merasai kehilangan dan kekecewaan jika dua bekas orang kuat Umno kembali melutut ke dalam parti yang telah menjadikan mereka seteru politik.

 – HARAKAHDAILY 
    20/9/2017

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-