Showing posts with label Anwar Ibtahim. Show all posts
Showing posts with label Anwar Ibtahim. Show all posts

Monday, February 14, 2022

Anwar sifatkan Muda sebagai 'rakan baru'

malaysiakini.com
Fion Yap
Diterbitkan: Feb 14, 2022 8:34 PM

PRN JOHOR | Presiden PKR, Anwar Ibrahim hari ini secara terbuka menggelar parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) sebagai "rakan" walaupun timbul pergeseran antara kedua-dua parti itu baru-baru ini.

Pada majlis pelancaran kempen pilihan raya Pakatan Harapan (PH) di Johor Bahru hari ini, Anwar memulakan ucapannya dengan menyifatkan Muda sebagai "rakan baru".

"Saya harap jentera parti masing-masing melihat ke depan, meninggalkan pengalaman yang menyinggung sebelum ni. Pastikan hala tuju kita jelas memartabatkan rakyat, kembalikan mandat rakyat untuk mengalahkan kerajaan BN," katanya.

Presiden Muda, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dalam ucapannya mengakui ada "kejanggalan" sebelum ini kerana terdapat tanggapan bahawa parti itu akan berentap menentang parti pembangkang lain.

Syed Saddiq berkata, Muda dibentuk untuk merombak struktur kepimpinan di Putrajaya dan oleh itu perlu bekerjasama dengan parti lain.

"Dalam kita ingin merangka hala tuju negara penting untuk kita kenali siapa lawan dan siapa kawan.

"Mana kita boleh bekerjasama patut kita kerjasama, mana tidak boleh, kurangkan pertindihan kerana tanggungjawab hakiki adalah memastikan lepas hari mengundi kerajaan yang ditubuhkan adalah kerajaan di kalangan pimpinan pembangkang bukan Umno BN," katanya.

Meskipun bukan komponen rasmi dalam PH, Muda telah menjalin kerjasama secara individu dengan PKR, DAP dan Amanah.

Bagaimanapun, rundingan berkenaan menimbulkan rasa tidak puas hati terutama di kalangan PKR dan Amanah.

Sementara itu, Anwar berkata PH perlu menentang BN di Johor kerana kerajaan negeri Johor tidak tertakluk kepada perjanjian kepercayaan dan perbekalan (CSA) yang dimeterai antara PH dan Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob.

Anwar mengakui bahawa walaupun Ismail Sabri telah memenuhi sebahagian daripada perjanjian itu, ia bergantung kepada kelulusan undang-undang anti-lompat parti pada sidang parlimen akan datang.

"Tidak mungkin MOU tu bertahan sekiranya jika tak dilulus dalam parlimen sesi yang akan datang, maka itu titik tolaknya.

“Kalau setuju rundingan boleh teruskan kalau tidak terbatal dengan sendiri MOU itu," katanya.

Thursday, February 25, 2021

UMNO Pecah Jika Najib Jalin Kerjasama Dengan Anwar, DAP

BERITA
By MT Webmaster On Feb 25, 2021


(Utusan) – Perpecahan dalam UMNO semakin nyata apabila ada pihak tertentu yang mahu bekerjasama dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan DAP.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Timbalan Ketua UMNO Bahagian Putrajaya, Tun Faisal Ismail Aziz berkata, ini terbukti dengan kenyataan terbuka bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bahawa tidak mustahil UMNO boleh bekerjasama dengan pihak atau parti yang telah dilabel sebagai musuh politik, seperti DAP dan PKR.

Jelas beliau, walaupun Ahli Parlimen Pekan itu menafikan ‘kerjasama dengan musuh itu’ bukan kerjasama dengan Anwar dan DAP, maka beliau boleh memberi fokus dan meningkatkan kerjasama dengan rakan dalam Perikatan Nasional (PN) iaitu Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan Pas.

“Perpecahan dalam UMNO ini semakin nyata apabila ada pihak tertentu telah memberi sokongan kepada Anwar dan berulang kali mahu membuat jajaran politik baharu dengan merosakkan agenda penyatuan ummah.

“Usaha individu-individu yang mahukan jajaran politik baharu inilah punca perpecahan dalam UMNO dan yang membuatkan agenda penyatuan ummah tergendala dan tidak lancar,” katanya di sini semalam.

Dalam temu bual khas bersama Astro Awani kelmarin, Najib menyatakan sedemikian dan memberitahu parti yang pernah beliau pimpin selama sembilan tahun itu sememangnya mengamalkan pendirian terbuka kepada semua pilihan, namun ia haruslah mendapat persetujuan pemimpin dan akar umbi.

Bagaimanapun dalam catatan Facebook Najib menjelaskan, apa langkah untuk bekerjasama dan siapa yang mahu berpakat, perlu dipersetujui dan diterima majoriti ahli-ahli dan pemimpin-pemimpin UMNO-BN dan wajar dikaji demi masa depan parti dan juga demi kepentingan bangsa, agama dan negara.

Dalam pada itu Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Subang, Mohd. Alfie Zainal Abidin berkata, parti boleh membuat usul tergempar mempertahankan dasar ‘No DAP, No Anwar’ pada perhimpunan agung UMNO yang akan diadakan tidak lama lagi dan di situ suara sebenar UMNO.

Namun beliau yakin Najib tahu proses parti dan mungkin sedang cuba untuk mempengaruhi ahli UMNO mengubah ketetapan Majlis Tertinggi (MT).

“Buat masa ini ketetapan parti ialah ‘No DAP, No Anwar’. Namun perkara ini boleh diubah dengan persetujuan MT.

“Saya yakin majoriti MT akan menolak sebarang kerjasama dengan DAP dan Anwar. Apa yang Najib cadangkan itu ialah pendapat peribadi dia. Saya juga yakin UMNO akan mengutamakan kesatuan kerajaan Melayu Islam dan akan cuba sedaya upaya mempertahankannya selagi parti tidak dibuli oleh rakan parti yang lain,” katanya.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-