Showing posts with label Bantuan Prihatin Nasional (BPN). Show all posts
Showing posts with label Bantuan Prihatin Nasional (BPN). Show all posts

Monday, April 6, 2020

8.3 juta rakyat mula terima Bantuan Prihatin Nasional hari ini



Seramai 8.3 juta isi rumah menerima peruntukan fasa pertama Bantuan Prihatin Nasional (BPN) berjumlah RM5.63 bilion secara berperingkat mulai hari ini.

Pembayaran BPN dilakukan dengan hasil kerjasama Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan Bank Simpanan Nasional (BSN) bagi membantu rakyat memerlukan.

Sehubungan itu, Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz, menasihatkan rakyat supaya berhati-hati dengan scammer yang mengambil peluang menipu orang awam yang memerlukan bantuan.

“Penerima disaran merujuk kepada sumber rasmi dan tidak memberikan maklumat kepada mana-mana pihak yang tidak dikenali,” katanya menerusi satu kenyataan kelmarin.

BPN yang merupakan bantuan secara one-off itu diumumkan dalam Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat bernilai RM250 bilion.

Terdapat empat kategori penerima bantuan menerusi BPN dengan kategori pertama adalah kira-kira 4 juta isi rumah berpendapatan bulanan RM4,000 dan ke bawah.

Mereka akan menerima bantuan RM1,600 dengan bayaran RM1,000 akan dibayar pada hari ini dan baki RM600 pada Mei.

Sementara itu, kategori kedua melibatkan hampir 1.1 juta isi rumah yang berpendapatan lebih RM4,000 hingga RM8,000.

Golongan tersebut akan menerima bayaran RM1,000 membabitkan bayaran RM500 hari ini dan baki RM500 bulan depan.

Seterusnya, kelompok ketiga adalah sekitar 3 juta individu bujang berusia 21 tahun ke atas dan berpendapatan bulanan RM2,000 dan ke bawah.

Mereka akan menerima RM800 dengan bayaran RM500 untuk fasa pertama dan baki RM300 pada fasa kedua bulan depan.

Bagi kategori keempat adalah 400,000 individu bujang berusia 21 tahun ke atas
yang berpendapatan bulanan lebih RM2,000 hingga RM4,000 yang menerima RM500 membabitkan bayaran sebanyak RM250 akan dibuat bermula hari ini dan baki RM250 pada Mei.

Saturday, April 4, 2020

8.3 juta isi rumah, individu terima BPN bernilai RM5.63 bilion bermula 6 April

Bernama
-April 4, 2020 4:32 PM
Menteri Kewangan Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz.

KUALA LUMPUR: Pembayaran fasa pertama Bantuan Prihatin Nasional (BPN) kepada 8.3 juta penerima isi rumah dan individu bujang akan dibuat secara berperingkat mulai 6 April, kata Menteri Kewangan Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz.

Dalam satu kenyataan hari ini beliau berkata, pembayaran fasa pertama itu membabitkan peruntukan sebanyak RM5.63 bilion.

“Dalam pengumuman awal, BPN dirancang untuk dibayar pada penghujung bulan April ini melibatkan jumlah keseluruhan sebanyak RM9.24 bilion, yang akan dibayar dalam 2 fasa,” katanya.

Beliau dalam pada itu menasihati orang ramai agar berhati-hati dengan “scammers” yang semakin berani mengambil peluang menipu orang awam, yang memerlukan bantuan pakej prihatin itu.

Tengku Zafrul berkata, penerima disaran merujuk kepada sumber rasmi dan tidak memberikan maklumat kepada mana-mana pihak yang tidak dikenali.

Beliau berkata, tempoh permohonan baru dan rayuan BPN dibuka sejak 1 April hingga 30 April ini.

Sementara itu bagi memastikan BPN sampai kepada mereka yang benar-benar layak, proses semakan atas permohonan baru dan rayuan akan dibuat dan bagi mereka yang diluluskan bayaran akan dibuat pada bulan Mei 2020.

Selain itu penerima BPN yang tidak mempunyai akaun bank, pembayaran akan dibuat secara tunai selepas tamat perintah kawalan pergerakan (PKP).

Penerima BPN di kawasan pedalaman Sabah dan Sarawak yang mempunyai akaun bank akan turut menerima pembayaran ini pada tempoh yang sama, seperti di Semenanjung Malaysia.

Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi Kementerian Kewangan melalui nombor-nombor telefon 03-88829089, 03-88829087, 03-88829191, 03-88824565, 03-88824566, dari pukul 9 pagi hingga 5 petang pada Ahad-Jumaat atau pautan bsh@treasury.gov.my pre2020@treasury.gov.my atau Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDNM) di talian 1-800 882 747, 03-8911 1000, pada hari dan tempoh operasi sama.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-