Showing posts with label Civid-19. Show all posts
Showing posts with label Civid-19. Show all posts

Sunday, November 15, 2020

Kes baru Covid-19 terus lepasi 4 angka

MT Reporters
-November 15, 2020 6:27 PM

PETALING JAYA: Sebanyak 1,208 kes baru Covid-19 direkodkan dalam tempoh 24 jam lalu, sementara 1,013 kes sembuh.

Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata, ia menjadikan kes positif setakat ini sebanyak 47,417 kes dengan kes aktif 12,323 kes.

“Dukacita dimaklumkan terdapat 3 kes kematian dilaporkan hari ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Saturday, November 14, 2020

1,114 kes baharu Covid-19, 2 kematian hari ini

MyMetro
Muhaamad Hafis Nawawi
mhafis@hmetro.com.my
DR Noor Hisham (gambar fail). FOTO Bernama

Kuala Lumpur: Penularan Covid-19 dalam negara merekodkan 1,114 kes hari ini, menjadikan jumlah kumulatif penularan wabak itu sebanyak 46,209 kes dengan kebolehjangkitan meningkat kepada 12,131 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, Sabah mencatatkan 391 kes iaitu 35.1 peratus daripada keseluruhan kes positif Covid-19 hari ini.

"Negeri Sembilan pula merekodkan 371 kes (33.3 peratus) daripada keseluruhan kes positif harian, yang sebahagian besarnya daripada Kluster Cergas iaitu sebanyak 363 kes.

"Negeri-negeri di Lembah Klang mencatatkan sebanyak 217 kes positif hari ini dengan 145 kes adalah daripada kluster-kluster (sedia ada)," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, setakat ini ada 103 pesakit positif Covid-19 yang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan 43 kes memerlukan bantuan pernafasan.

"Daripada maklumat terkini yang dilaporkan ke Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC), dukacita dimaklumkan ada dua kematian berkaitan Covid-19 menjadikan jumlah keseluruhan (dalam negara) 306 kes kematian," katanya.

Terdahulu, Dr Noor Hisham berkata, Malaysia mencatatkan bilangan kes pulih Covid-19 sebanyak 803 kes hari ini, menjadikan jumlah kumulatif kes pulih sepenuhnya adalah 33,772 kes atau 73.1 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.

Katanya, Sabah mencatatkan kes sembuh tertinggi iaitu 358 kes diikuti 
Selangor (209), 
Pulau Pinang (42), 
Perak (42), 
Sarawak (15), 
Kedah (4), 
Terengganu (4), 
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya (3) dan 
Melaka (1).

Saturday, November 7, 2020

Covid-19 kekal 4 angka, 1,168 kes hari ini

Faiz Zainudin
-November 7, 2020 6:20 PM


PUTRAJAYA: Jangkitan Covid-19 kekal 4 angka dengan mencatatkan 1,168 kes dan 3 kematian dalam tempoh 24 jam lalu.

Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata, semua jangkitan hari ini melibatkan penularan tempatan dan tiada kes import.

Sebanyak 1029 kes sembuh dilaporkan hari ini.

Katanya, Sabah mencatatkan 616 kes daripada keseluruhan jangkitan hari ini diikuti Selangor 247 kes.

“Sebanyak 229 kes (19.6%) dilaporkan berkaitan kluster di Pusat Tahanan Sementara (PTS) dan penjara.

“Ini melibatkan kluster PTS Tawau 121 kes, kluster Penjara Sandakan (91), kluster Penjara Kepayan (8), kluster Tembok (6), dan kluster Penjara Seberang Perai (3),” katanya pada sidang media hari ini.

Hisham berkata, negeri lain mencatatkan jangkitan baru ialah:-
1. Labuan 104 kes,
2. Negeri Sembilan (68),
3. Perak (37),
4. Kuala Lumpur (28),
5. Sarawak (25),
6. Pulau Pinang (18),
7. Kedah (15),
8. Johor (5),
9. Terengganu (3) 
10. Melaka (2).

Empat negeri tidak mempunyai kes baharu iaitu Kelantan, Pahang, Perlis dan Putrajaya.

Katanya, 5 negeri yang masih bawah perintah kawalan pergerakan bersyarat (PKPB) menyumbang 995 kes atau 85.2% daripada keseluruhan kes hari ini.

Sebanyak 3 kematian dicatatkan hari ini menjadikan keseluruhan 282 kes.

Sehingga kini, seramai 11,666 pesakit Covid-19 masih dirawat di seluruh negara dengan 87 ditempatkan di unit rawatan rapi dan 32 daripadanya memerlukan bantuan pernafasan.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-