Showing posts with label DYMM Yang di-Pertuan Agong. Show all posts
Showing posts with label DYMM Yang di-Pertuan Agong. Show all posts

Monday, March 11, 2019

Apa niat Utusan? soal Lim

News | Diterbitkan Hari ini 6:59 petang 


Ahli Parlimen Kepong, Lim Lip Eng berang selepas menjadi sasaran oleh Utusan Malaysia kerana tidak berpakaian istiadat khas berwarna putih pada istiadat pembukaan penggal kedua majlis Parlimen ke-14 hari ini.

Laporan itu memaparkan gambar Lim yang berpakian sut hitam bersama wakil rakyat lain berpakaian istiadat khas berwarna putih. Turut menjadi sasaran adalah ahli Parlimen Cheras Tan Kok Wai dan ahli Parlimen Keningau Jeffrey Kitingan.

“Nasib baiklah wajah mereka dikenali, jadi tidak ada yang tersalah anggap mereka sebagai wartawan atau pegawai menteri.

“Perkara sebegini bukanlah baharu, malah pernah terjadi sebelum ini pada Istiadat Pembukaan Penggal Ketiga Parlimen ke-13 lalu apabila sebilangan ahli Parlimen yang ketika itu memakai pakaian hitam.

“Namun, ketika itu khabarnya mereka protes terhadap kerajaan. Aneh juga kerana sebilangan mereka kini berada dalam parti yang membentuk kerajaan, mahu protes apa?

“Lebih elok jika ahli Parlimen semuanya seragam memakai pakaian istiadat sebagai tanda hormat menyambut keberangkatan tiba Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong,” petik laporan Utusan itu.

Menurut akhbar berkaitan Umno itu, pihaknya akan cuba mendapatkan respon ahli Parlimen yang terlibat.

Mengulas dakwaan itu, Lim membuat hantaran di Facebook bahawa Utusan hanya menyenaraikan dirinya dan dua yang lain, tetapi tidak menyebut mengenai ahli Parlimen Marang Abdul Hadi Awang, ahli Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah dan ahli Parlimen Lenggong Shamsul Anuar Nasarah.

“Bukannya saya tak pernah pakai baju istiadat. Yang disenaraikan oleh Utusan Online(ialah) Tan Kok Wai, Lim Lip Eng dan Jeffrey Kitingan.

“Yang tidak disenaraikan oleh Utusan (ialah) Hadi Awang, Tengku Razaleigh dan Shamsul Anuar dan ramai lagi.

“Apa niat Utusan?” soal Lim.

Ketika dihubungi untuk butiran lanjut, Lim berkata beliau tidak memakai pakaian istiadat itu kerosakan di bahagian kolar dan tidak sempat membaikinya untuk majlis hari ini.

[Baca berita penuh]

Thursday, January 10, 2019

Wasiat Raja Melayu Yang Perlu Difahami Oleh Rakyat Malaysia

BERITAHEADLINE
By MT Webmaster
Last updated Jan 10, 2019
SD Salleh
Generasi baru dan kaum yang bukan Melayu kebanyakannya tidak mengetahui akan wujudnya wasiat Raja-Raja Melayu. Samada mereka kurang pendedahan terhadap sejarah ataupun mereka sengaja tidak mahu ambil tahu kewujudannya. Inilah punca wujudnya individu yang mengutuk dan menghina DYMM Yang di-Pertuan Agong dan orang Melayu.

Wasiat Raja-Raja Melayu ini hasil daripada kehendak Raja-Raja Melayu untuk mengekalkan kesinambungan sejarah, kedaulatan dan kuasa politik Melayu. Ianya dipersetujui dan disampaikan oleh sembilan Raja Negeri Melayu kepada Rakyat Melayu, yang merupakan rakyat asal, semasa pembentukan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu pada 5 Ogos 1957 sebelum Merdeka.
Antara yang terkandung didalam wasiat Raja Melayu seperti : –
“Kami kekalkan dan kami jamin Kerajaan dan Kedaulatan Raja-Raja Melayu memerintah negara ini”
“Kami isytiharkan Islam ialah Agama Persekutuan”
“Kami tetapkan bahasa kebangsaan ialah Bahasa Melayu”
Di dalam video ini, DYMM Sultan Perak juga menyebut:

“Wasiat sembilan Raja Melayu itu terdiri dari empat Negeri Melayu Bersekutu dan lima Negeri Melayu Tidak Bersekutu, disampaikan sebelum Merdeka kepada Rakyat Melayu yang merupakan RAKYAT ASAL.”

“Rakyat Melayu yang merupakan Rakyat Asal” adalah perkataan yang tidak disenangi oleh sesetengah pihak. Sampaikan ada pihak mengatakan bahawa bumiputera khususnya orang Melayu ini adalah pendatang yang sama seperti Cina dan India. Adakah mereka ini tidak tahu atau buat-buat tidak tahu tentang perkara ini.

Raja-Raja Melayu bertindak sebagai penjaga yang mempertahankan wasiat ini. Walau sekali pun kerajaan bertukar tangan, orang Cina menguasai negara ini dan mereka mempunyai majoriti dua-pertiga didalam parlimen, tetapi apa yang terkandung di dalam wasiat itu tidak boleh diubah dan disentuh. Agong akan tetap menjadi ketua negara. Islam adalah agama rasmi dan Bahasa Melayu adalah tetap Bahasa Kebangsaan.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-