Showing posts with label Datuk Haji Hadi Awang. Show all posts
Showing posts with label Datuk Haji Hadi Awang. Show all posts

Saturday, February 28, 2015

PAS diramal berpecah menjelang Jun 2015

FMT Reporters

Budaya ‘team’ tidak ada dalam PAS tetapi ia muncul selepas 1998 dan sekarang ini ia menjadi semakin membarah.


KOTA BHARU: PAS dijangka berpecah menjelang Muktamar 2015 pada Jun berikutan kemunculan kumpulan yang tidak sehaluan dengan kepimpinan ulama dalam parti itu.

Ketua Pegawai Operasi Pusat Penyelidikan PAS, Dr Mohd Zuhdi Marsuki berkata, ia merupakan penyelesaian terbaik kepada kemelut dalaman yang melanda parti itu sekarang.

Beliau berkata, kemelut dalaman PAS berputik sejak 1998 apabila wujud kumpulan tertentu yang berhasrat menjatuhkan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Menurutnya, pada 1998 PAS menjadi begitu terbuka menyebabkan kemasukan banyak kumpulan dari luar dan kumpulan berkenaan membentuk pasukan dalam PAS.

“Sebelum itu (1998) budaya ‘team’ tidak ada dalam PAS tetapi ia muncul selepas itu (1998) dan sekarang ini ia menjadi semakin membarah,” katanya kepada pemberita selepas Wacana Ilmiah: PAS: Semalam, Hari Ini dan Esok di Pengkalan Chepa.

Tanpa menyebut nama kumpulan atau individu terlibat, kata Mohd Zuhdi, kumpulan berkenaan akhirnya akan keluar daripada PAS untuk membentuk parti baru.

“Saya yakin selepas Muktamar Agung PAS 2015 ini akan berlaku dalam PAS iaitu akan ada dua kumpulan dengan satu daripadanya akan berpecah dari PAS dan tubuh parti baru, itulah penyelesaian yang akan menyebabkan PAS kembali kepada suasana harmoni,” jelas beliau.

Mengenai cabaran lain yang sedang dihadapi PAS, beliau memberitahu, PAS sekarang sedang berhadapan dengan wajah sebenar DAP, rakan sekutunya dalam pakatan pembangkang, terutama menentang pelaksanaan hukum hudud di Kelantan.

“Kita (PAS) perlu hadapi cabaran itu dengan jiwa besar iaitu kita masih melihat ada ruang untuk perkukuhkan hubungan dengan DAP dan PKR tetapi dengan harapan DAP dan PKR faham susur galur pembentukan masyarakat dan negara Malaysia,” ujarnya.

Saturday, January 24, 2015

Sedap cakap aje, mulut macam burit ayam.........

Di bawah ini adalah sebahagian dari kata-kata Setiausaha Pengelola DAP Anthony Loke.  Kata-kata ini boleh juga menggambarkan seolah-olah Hadi Awang kurang memahami tentang demografi bandar. 

Disini juga kita boleh membuat tanggapan bahawa pemimpin DAP ini anggap PAS tidak bijak dan perlu diajar tentang demografi bandar.

Wak cuma ada satu soalan sahaja untuk ditujukan khas kepada pemimpin DAP ini, sila nyatakan dimana letaknya bandar yang di kuasai DAP yang mempunyai majoriti penghuni nya dari kaum melayu?

Demografi bandar tidak lagi dikuasai Cina, DAP jawab Hadi
Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang tidak seharusnya mengaitkan isu kaum dalam isu pilihan raya pihak berkuasa tempatan (PBT) kerana tindakan sedemikian tidak masuk akal, memandangkan demografi penduduk bandar kini tidak lagi dikuasai Cina semata-mata, kata Setiausaha Pengelola DAP Anthony Loke.

Loke berkata, DAP berusaha mengembalikan kuasa demokrasi kepada akar umbi melalui pilihan raya PBT, dan Hadi tidak harus mendakwa hanya kaum Cina yang akan menerima kelebihan melalui pelaksanaan perkara itu.

"Ini tidak boleh kata akan didominasi oleh satu kaum, demografi kaum di bandar tidak lagi macam dulu. Ada pelbagai kaum, bukan Cina sahaja. Ada kawasan bandar majoriti orang Melayu.

"Tidak masuk akal bila pilihan raya PBT, Cina akan kuasai majoriti kerajaan tempatan, kita mahu hak itu dikembalikan kepada pembayar cukai dan rakyat," kata Loke kepada The Malaysian Insider.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-