Di bawah ini adalah sebahagian dari kata-kata Setiausaha Pengelola DAP Anthony Loke. Kata-kata ini boleh juga menggambarkan seolah-olah Hadi Awang kurang memahami tentang demografi bandar.
Disini juga kita boleh membuat tanggapan bahawa pemimpin DAP ini anggap PAS tidak bijak dan perlu diajar tentang demografi bandar.
Wak cuma ada satu soalan sahaja untuk ditujukan khas kepada pemimpin DAP ini, sila nyatakan dimana letaknya bandar yang di kuasai DAP yang mempunyai majoriti penghuni nya dari kaum melayu?
Loke berkata, DAP berusaha mengembalikan kuasa demokrasi kepada akar umbi melalui pilihan raya PBT, dan Hadi tidak harus mendakwa hanya kaum Cina yang akan menerima kelebihan melalui pelaksanaan perkara itu.
"Ini tidak boleh kata akan didominasi oleh satu kaum, demografi kaum di bandar tidak lagi macam dulu. Ada pelbagai kaum, bukan Cina sahaja. Ada kawasan bandar majoriti orang Melayu.
"Tidak masuk akal bila pilihan raya PBT, Cina akan kuasai majoriti kerajaan tempatan, kita mahu hak itu dikembalikan kepada pembayar cukai dan rakyat," kata Loke kepada The Malaysian Insider.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.