Showing posts with label Dewan Undangan Negeri (DUN). Show all posts
Showing posts with label Dewan Undangan Negeri (DUN). Show all posts

Friday, April 7, 2023

Pelantikan 11 timbalan Exco Melaka membazir wang rakyat: ADUN PN

agendaily.com
07/04/2023
Pengerusi Perikatan Nasional Melaka, Dr Mohd Yadzil Yaakub.

Perikatan Nasional (PN) yang menjadi pembangkang di Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka menyifatkan pelantikan 11 timbalan Exco sebagai satu pembaziran wang rakyat.

Pengerusinya, Dr Mohd Yadzil Yaakub berkata pelantikan Timbalan Exco itu sudah pasti membabitkan perbelanjaan tambahan yang sepatutnya boleh disalurkan untuk agenda rakyat.

Beliau berkata, peruntukan kepada dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) pembangkang iaitu beliau sendiri di DUN Bemban dan Dr Mohd Aleef Yusof (Sungai Udang) lebih adil kepada rakyat berbanding perlantikan timbalan Exco, terutama Melaka sebagai negeri kecil.

“Kerajaan Melaka sendiri dari peringkat awal tidak mampu untuk menyediakan peruntukan hanya kepada dua ADUN pembangkang, tetapi melantik timbalan Exco menjadikan 21 orang daripada 28 jumlah ADUN, yang mustahil tanpa belanja tambahan.

“Keputusan ini menggambarkan kerajaan negeri yang terbentuk lebih mengutamakan keselesaan ADUN dalam blok kerajaan berbanding membawa agenda rakyat,” katanya menurut BH.

Dr Yadzil berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Ketua Menteri, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh malam tadi yang ‘mempelawa’ dirinya dan Dr Mohd Aleef menyertai kerajaan perpaduan menjelang sidang DUN pada Jun ini.

Beliau yang juga Ketua Badan Pimpinan Bersatu Melaka menegaskan beliau dan Dr Mohd Aleef akan kekal berada di blok pembangkang dalam memastikan semak dan imbang berkesan kepada kerajaan negeri.

“Bukan soal macam mana kami nak lawan tapi janganlah takut kepada kami, kepada pembangkang yang hanya berdua.

“Kami kekal dengan prinsip akan menjadi pembangkang yang berwibawa menjadi ‘check and balance’ kepada kerajaan Melaka serta akan mendengar suara hati rakyat dan memperjuangkan denyut nadi mereka,” katanya.

Dalam perkembangan sama, Dr Yadzil turut melontarkan beberapa persoalan termasuk keberkesanan 21 anggota Exco dalam menjana hasil berlipat ganda.

“Persoalan besar sekarang apakah kerajaan Melaka akan lebih efisien dengan 21 orang dalam barisan Exco? Apakah kerajaan mampu menjana hasil berlipat kali ganda dengan barisan Exco dan timbalannya yang ramai?.

“Apakah ketua menteri terpaksa melantik barisan Exco yang besar ini kerana gabungan kerajaan Madani di Melaka yang terbentuk tidak stabil?,” katanya lagi.

Malam tadi Ab Rauf Yusoh dilapor berkata, pihaknya menyasarkan kerajaan negeri pimpinannya sifar pembangkang menjelang pembentangan Enakmen Anti Lompat Parti di negeri itu.

Kenyataan itu dibuat pada sidang media pengumuman senarai timbalan Exco selepas beliau mempengerusikan mesyuarat Exco pertama, malam tadi selepas membentuk kerajaan Perpaduan menerusi pelantikan Exco negeri, Rabu lalu.

Thursday, December 3, 2015

Pas Perak sedia letak calon semua 59 kerusi DUN

IPOH 2 Dis. – Pas Perak sedia meletakkan calon di semua 59 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di negeri ini pada pilihan raya umum akan datang sekiranya senario politik masih me­nyaksikan PKR bekerjasama dengan DAP dan Parti Amanah Negara (Amanah).
RAZMAN ZAKARIA
Pesuruhjayanya, Razman Zakaria berkata, sebagai parti politik, pihaknya akan memulakan gerak kerja bagi menghadapi pilihan raya sekali gus tidak menolak kemungkinan wujudnya pertembungan tiga penjuru kelak.

“Kalau PKR kata dia hendak duduk bersama PAN, tetapi pada masa sama hendak bekerjasama dengan kita, dia tidak boleh makan dua belah. Dia kena pilih satu. Kita kena ada pendirian, biar sama-sama buat kerja, tidak mahu saat-saat akhir, ba­ru datang.

“Pakatan pembangkang sudah tiada namun, kita ada pakatan Pas bersama PKR. Kita sudah memanggil rakan kita (PKR Perak) untuk menyusun gerak kerja bersama tetapi tidak ada respons. Kita tidak boleh biarkan keadaan ini. Kalau ada pilihan raya kecil, kita harus bersedia di semua tempat,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Sementara itu, Razman berkata, pihaknya cukup terluka melihat PKR bersama-sama DAP dan PAN berkongsi pentas ceramah khususnya di kawasan yang dimenangi Pas.

“Oleh itu, kita terus menggerakkan kerja bermula saat ini dan menilai sejauh mana mereka menjadi ancaman kepada kita,” katanya.

Dalam pada itu, Razman berkata, Pas Perak juga telah menubuhkan jawatankuasa khas di bawah Lajnah Perpaduan Nasional yang berfungsi mengenal pasti kawasan DUN atau Parlimen yang berpotensi untuk ditandingi selain kesediaan mele­takkan calon bukan Islam.

Menurut beliau, jawatankuasa itu juga akan menentukan calon yang layak bertanding atas kriteria berpegang pada prinsip perjuangan iaitu tidak mudah ‘melompat’ parti apabila menerima sesuatu tawaran.

- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/politik/pas-perak-sedia-letak-calon-semua-59-kerusi-dun-1.164847#sthash.lkiIv8Kw.dpuf

Wednesday, March 4, 2015

Chempaka: 3 nama dicalonkan bukan anak Tok Guru

KOTA BHARU: PAS Kelantan akan mengumumkan nama calon pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (Dun) Chempaka pada 8 Mac ini.

Timbalan Pesuruhjaya I PAS negeri, Datuk Mohd Amar Abdullah berkata, tiga nama yang disenarai pendek telah dihantar kepada PAS Pusat untuk penilaian terakhir.

"Ketiga-tiga nama itu adalah anak tempatan Dun Chempaka. Mereka terdiri daripada golongan ulama dan profesional.

“Pengumuman nama calon mewakili PAS bagi mempertahankan Dun Chempaka akan dibuat di Pusat Tarbiah Islamiah (Putik),” katanya kepada media selepas mesyuarat Exco di di Kota Darulnaim hari ini.

PRK Dun Chempaka akan diadakan pada 22 Mac ini berikutan penyandangnya Allahyarham Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat meninggal dunia 12 Februari lepas akibat kanser prostat.

Penamaan calon pula akan diadakan pada 10 Mac ini. Tok Guru menang di Dun berkenaan dengan majoriti 6,500 undi.

Mohd Amar yang juga Timbalan Menteri Besar berkata, ketiga-tiga nama tersebut bukan anak Allahyarham Tok Guru. - HARAKAHDAILY

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-