Showing posts with label Dr Daroyah Alwi. Show all posts
Showing posts with label Dr Daroyah Alwi. Show all posts

Tuesday, June 16, 2020

Daroyah: Anwar hanya 'rubber stamp' untuk keputusan mesyuarat PKR


Salah satu sebab yang mendorong Dr Daroyah Alwi keluar dari PKR adalah kerana menganggap presiden parti itu Anwar Ibrahim sebagai "rubber stamp" (individu yang memberi kelulusan muktamad) terhadap sebarang keputusan dalam mesyuarat PKR.

“Saya bukan keluar PKR kerana Anwar semata-mata, malah orang sekelilingnya dan barisan kepemimpinan atas parti ini yang lain.

"Mereka seolah-olah membuat keputusan bagi pihak Anwar dengan membelakangi peraturan dan dasar parti.

“Saya melihat Anwar sekarang hanya menjadi 'rubber stamp' dan membuat keputusan dalam mana-mana mesyuarat penting PKR sekarang,” katanya menurut laman web PNBBC.

Daroyah merupakan Adun Sementa selama dua penggal dan timbalan speaker dewan undangan negeri Selangor.

Sabtu lalu, Daroyah meninggalkan PKR dan menyatakan dirinya sebagai ahli parlimen bebas.

Semasa pemilihan kepemimpinan parti pada 2018, Daroyah berada di dalam kem bekas timbalan presiden PKR Mohamed Azmin Ali dan terpilih sebagai timbalan ketua sayap Wanita PKR.

Dalam laporan PNBBC itu juga, Daroyah mengulas gesaan Menteri Besar Selangor Amirudin Shari terhadapnya untuk meletakkan jawatan selepas dilabel sebagai "pengkhianat".

Kata Daroyah, Amirudin perlu berlaku adil dan menggesa semua Adun dan ahli parlimen yang keluar PKR dan melompat parti meletakkan jawatan masing-masing sebagai wakil rakyat di kawasan terbabit.

“Ia termasuklah Azmin dan Muhammad Hilman Idham yang masing-masing meletak jawatan sebagai Ahli Parlimen Gombak dan Adun Gombak Setia.

“Saya memang sudah ‘berpatah arang’ (berputus asa) dan tidak akan sesekali kembali menyokong PKR sampai bila-bila jika parti berkenaan masih dipimpin oleh kepemimpinan sedia ada terutama dalam sayap wanita,” katanya.

Saturday, June 13, 2020

Daroyah berani maju bersama dalam perjuangan yang suci, kata Azmin

Home/Politik


“Syukur alhamdulillah, masih ada pemimpin yang kental prinsip perjuangannya seperti YB”

Itu reaksi bekas Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Azmin Ali selepas Ahli Dewan Undangan Negeri Sementa Dr. Daroyah Alwi meletakkan semua jawatan dalam PKR sekaligus meninggalkan parti itu.

Azmin berkata, tindakan Dr. Daroyah yang merupakan Ketua Wanita PKR Selangor meninggalkan parti itu disifatkan sebagai berani untuk maju bersama dalam perjuangan yang suci.

“Syabas YB @drdaroyahalwi! Ayuh kita teruskan perjuangan dan cita-cita tulen demi membela nasib rakyat.

“Saya yakin YB @drdaroyahalwi sebagai pemimpin tegar reformasi dan pemimpin yang mengasaskan gerakan reformasi khususnya di kalangan wanita lebih dua dekad lalu telah membuat keputusan dari dhamir yang luhur demi umat dan negara Malaysia,” kata Azmin di Twitternya.

Azmin turut mengucapkan terima kasih dan syabas kepada semua wanita yang turut bersama Dr. Daroyah meninggalkan PKR dan seterusnya bersama dalam gerakan yang baru.

Dr Daroyah bersama 13 lagi pimpinan Wanita PKR Selangor bertindak meninggalkan PKR hari ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri Sementa yang juga Timbalan Speaker DUN Selangor itu berkata, dia meninggalkan parti itu kerana tidak mempercayai kepimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Presiden PKR.

“Saya mengumumkan hari ini perletakan jawatan saya sebagai Ketua Wanita PKR Selangor berkuatkuasa hari ini 13 Jun 2020.

“Keputusan ini dibuat kerana saya sudah hilang rasa yakin dan percaya kepada Presiden dan pimpinan parti tentang hala tuju dan idealisme perjuangan parti ini.

“Hala tuju parti kini lebih kepada perpecahan dan pentaksubnya juga gagal menjalankan amanah yang diberi,” katanya lagi.

Daroyah berkata, ketika ini beliau akan menjadi ADUN Bebas dan mesra kepada kerajaan hari ini.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-