Showing posts with label Exco negeri Perak. Show all posts
Showing posts with label Exco negeri Perak. Show all posts

Tuesday, November 22, 2022

Exco Perak angkat sumpah, 7 PH, 3 BN

malaysiakini.com
Diterbitkan: Nov 22, 2022 12:45 PM

Sepuluh exco Perak daripada BN dan Pakatan Harapan (PH) mengangkat sumpah jawatan hari ini.

Tiga exco daripada BN manakala tujuh lagi daripada PH.

Selain Menteri Besar Saarani Mohamad, mereka ialah:

Mohd Zolkafly Harun (BN-Lintang)

Mohammad Nizar Jamaluddin (Harapan-Sungai Rapat)

A Sivanesan (Harapan-Sungkai)


Loh Sze Yee (Harapan-Jalong)Salbiah Mohamed (BN-Temengor)

Teh Kok Lim (Harapan-Aulong)

Sandrea Ng (Harapan-Teja)

Khairudin Abu Hanipah (BN-Belanja)

Mohd Azlan Helmi Helmi (Harapan-Tualang Sekah)

Woo Kah Leong (Harapan-Pasir Bedamar)


Exco PH terdiri daripada empat anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) DAP, dua PKR dan satu Amanah.

BN mempunyai lapan kerusi dalam Dewan Undangan Negeri (DUN), PH 24 dan dan Perikatan Nasional (PN) dengan 26 kerusi.

Perak adalah negeri pertama menyaksikan kerjasama PH dan BN. Negeri itu dipimpin oleh menteri besar daripada BN.

Friday, December 11, 2020

Lantikan Exco Perak dari PAS terserah kepada perkenan Sultan Perak, kata Saarani

Shaq Ismail
-December 11, 2020 12:46 PM
Menteri Besar Perak Saarani Mohamad memasuki pejabatnya secara rasmi di Bangunan Perak Darul Ridzuan di sini pagi tadi.

IPOH: Lantikan Exco daripada PAS dalam kerajaan negeri Perak hanya akan dimuktamadkan oleh Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah, kata Menteri Besar Perak Saarani Mohamad.

Beliau yang juga Ketua Umno negeri berkata pihaknya hanya boleh mencadangkan nama Exco mengikut kesesuaian tetapi hak untuk memperkenan lantikan itu terletak pada kuasa mutlak Sultan Perak.

“Kita akan penuhkan (jumlah Exco) sebagaimana sebelum ini dan bila sampai masanya pelantikan itu akan dibuat,” katanya kepada pemberita selepas secara rasmi memasuki pejabatnya di sini hari ini.

Saarani berkata, pihaknya juga tidak menolak kemungkinan akan membuat sedikit pengubahsuaian dan penambaikan mengikut kesesuaian semasa.

“Itu pun saya akan buat kajian semula sebab berasaskan kepada 9 bulan yang lalu sudah tentu kita akan membuat kajian tentang kesesuaian (Exco).

“Mungkin ada pengubahsuaian kepada portfolio dipegang bagi tujuan memperbaiki kalau ada kelemahan sepanjang tempoh 9 bulan yang lalu,” katanya.

Saarani berkata, beliau juga akan mengadakan mesyuarat pertama Exco Isnin ini diikuti perjumpaan bersama semua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) pada Selasa untuk taklimat belanjawan sebelum pembentangan dibuat pada Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Rabu.

Katanya, beliau sendiri akan membentangkan belanjawan kali ini serta membuat penggulungan berikutan lantikan Exco belum selesai sepenuhnya.

Semalam, majlis pelantikan lima Exco dibuat selepas majlis angkat sumpah menteri besar di Istana Iskandariah tanpa membabitkan wakil PAS.

Empat daripada mereka adalah dari Umno dan seorang, PPBM.

Pesuruhjaya PAS Perak, Razman Zakaria dalam kenyataannya yakin parti itu tidak akan ditinggalkan dalam pembentukan Exco Kerajaan negeri baharu.

Razman yakin semangat setiakawan dan penyatuan ummah yang terjalin antara PAS dan UMNO akan terus kekal.

Saarani menggantikan Ahmad Faizal Azumu dari PPBM yang terpaksa berundur setelah ditolak oleh ADUN Umno dan Pakatan Harapan dalam usul kepercayaan terhadapnya di Dewan Undangan Negeri minggu lalu.

Susulan itu, PAS mengambil ketetapan tidak akan menyertai pembentukan kerajaan baharu di Perak, namun kelmarin, menyatakan sokongan terhadap Saarani sebagai menteri besar baharu.

Monday, April 27, 2020

Langgar PKP: Timbalan menteri, exco Perak didakwa di mahkamah esok

FMT Reporters
-April 27, 2020 7:14 PM

Gambar tular menunjukkan Timbalan Menteri Kesihatan Dr Noor Azmi Ghazal dan exco negeri Razman Zakaria dan beberapa individu lain sedang makan tengah hari di sebuah madrasah di Lenggong, Perak mendapat reaksi pengguna internet yang mendakwa mereka melanggar PKP.

PETALING JAYA: Timbalan Menteri Kesihatan Dr Noor Azmi Ghazali dan anggota exco kerajaan negeri Perak Razman Zakaria akan didakwa di mahkamah esok kerana mengingkari perintah kawalan pergerakan (PKP), kata ketua Jabatan Siasatan Jenayah Polis Perak.

Anuar Othman berkata, 2 pemimpin itu akan didakwa di bawah Peraturan 6 (1) Peraturan-peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-langkah di dalam Kawasan Tempatan Jangkitan).

Kesalahan itu boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM1,000 atau penjara tidak melebihi 6 bulan atau kedua-duanya sekali.

Noor Azmi dan Razman akan didakwa di Mahkamah Majistret Gerik pagi esok.

Terdahulu, beberapa gambar beliau sedang makan tengah hari yang dimuat naik Noor Azmi di Facebook sempena lawatannya ke Maahad Tahfiz Quran Lid Dakwah Wal Imamah di Lenggong, Perak pada 17 April tular di media sosial dan status berkenaan mendapati reaksi warganet yang mendakwa beliau melanggar PKP yang dikuatkuasakan bagi menyekat penularan wabak Covid-19.

Noor Azmi bagaimanapun memohon maaf dan mengakui kesilapan berhubung kehadirannya itu selepas beliau memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Putrajaya.

Razman yang juga Adun Gunung Semanggol dan pesuruhjaya PAS Perak juga memohon maaf secara terbuka menerusi laman Facebooknya dan memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kerian.

Terdahulu Ketua Polis Perak Razarudin Husain dipetik sebagai berkata bahawa siasatan awal mendapati Noor Azmi sebelum itu meninjau kesiapsiagaan kakitangan Kementerian Kesihatan di Lenggong atas kapasitinya sebagai timbalan menteri kesihatan.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-