Wak Labu Farm

Mohd Suleiman Othman

Showing posts with label PKP. Show all posts
Showing posts with label PKP. Show all posts

Monday, August 2, 2021

Tangkap semua, dakwa di mahkamah

ismaweb.net
Siti Hafidah
2/8/2021

Ambil tindakan sama seperti mana kes rakyat langgar SOP sebelum ini


BANGI, 23 Zulhijjah 1442H, Isnin – Sebagai pemimpin rakyat dan negara, kenapa tidak patuh prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang ditetapkan.

Demikian persoalan dilontarkan Naib Pengerusi Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA), Ustaz Masridzi Sat berikutan perarakan pembangkang di Dataran Merdeka pagi tadi.

Terdahulu, bagi menyuarakan bantahan susulan penangguhan Mesyuarat Khas Dewan Rakyat, puluhan Ahli Parlimen pembangkang berarak menuju Parlimen.

Perarakan bermula dari Dataran Merdeka selepas ucapan ringkas dibuat presiden beberapa parti pembangkang.

Bagaimanapun cubaan beberapa Ahli Parlimen untuk masuk ke laluan menuju Parlimen menerusi Bulatan Bank Negara dihalang polis Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU).

Kesal dengan kejadian terbabit, Ustaz Masridzi menggesa pihak berkuasa mengambil tindakan sama ke atas pihak berkenaan seperti mana yang telah dilakukan terhadap rakyat yang melanggar SOP sebelum ini.

Beliau merujuk kepada isu polis menahan reman 49 lelaki bagi membantu siasatan kes pelanggaran SOP kerana menjalankan solat sunat Aidiladha melebihi jumlah yang dibenarkan, di atas jalan berhampiran Surau Taman Pelangi, Juru.

“Dulu tegas sangat SOP sampai tahan, gari, dakwa, kompaun umat Islam yang sujud kepada Allah SWT di surau dan masjid.

“Saya dah ingatkan dulu jangan buat melampau kepada orang yang menyembah Allah SWT. Sekarang dah Allah SWT zahirkan himpunan yang jauh lebih besar dan ramai di Dataran Merdeka ini.

“Tangkaplah semuanya, gari dan dakwalah ke mahkamah,” katanya.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.
By Wak Labu Farm at August 02, 2021 No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Labels: Ahli Parlimen, PKP, SOP

Wednesday, June 30, 2021

Vaksin: Kerajaan fokus sektor industri beroperasi ketika PKP

mykmu.net
June 30, 2021

Sebaran :


Vaksin: Kerajaan fokus sektor industri beroperasi ketika PKP. Kerajaan ketika ini sedang memberi fokus untuk menyelesaikan proses vaksinasi, kepada sektor perindustrian yang beroperasi ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 dilaksanakan kerajaan.

Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) Khairy Jamaluddin berkata, kerajaan hanya akan melihat kepada sektor lain seperti pelancongan, selepas menyelesaikan proses vaksinasi kepada sektor itu.

“Kita fokus dulu kepada industri yang masih beroperasi waktu PKP. (Ketika ini) banyak kilang terpaksa beroperasi. Selepas itu baharu kita melihat kepada sektor-sektor yang lain.

“Mungkin bila dah sampai ke proses peralihan fasa kedua atau ketiga (Pelan Pemulihan Negara), saya akan bincang semula dengan Ketua Menteri (Datuk Seri Sulaiman Md Ali), mungkin kita akan lihat kepada sektor pelancongan pula seperti hospitaliti, hotel, penarik beca dan sebagainya,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa Petugas Khas Imunisasi COVID-19 (CITF) peringkat negeri Melaka, yang dipengerusikan Ketua Menteri Datuk Seri Sulaiman Md Ali di Seri Negeri di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Khairy yang juga Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) berkata, beliau menjangkakan PICK di Melaka akan selesai pada November depan, menerusi pertambahan pusat pemberian vaksin (PPV) dan penghantaran dos vaksin yang lebih banyak bermula Julai.

Antara PPV yang akan dibuka bermula Julai ini termasuklah di Yayasan Toh Puan Zarina, PPV pandu lalu di Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka, tiga PPV di hospital swasta dan 36 di klinik kesihatan, yang akan meningkatkan kapasiti pemberian vaksin kepada 13,000 dos sehari, berbanding purata 7,000 dos sehari ketika ini.

“Saya telah maklumkan kepada Ketua Menteri setakat hari ini, kita hanya hantar secara keseluruhan lebih kurang 200,000 dos vaksin sejak Februari lalu ke Melaka, tetapi untuk Julai sahaja kita akan hantar 368,000 dos.

“Kita cuba untuk menampung permintaan daripada Ketua Menteri, yang sangat prihatin kepada pembukaan semula sektor ekonomi Melaka, memandangkan Melaka banyak bergantung kepada sektor pelancongan, peruncitan dan sebagainya,” katanya.

 -Bernama
By Wak Labu Farm at June 30, 2021 No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Labels: Covid-19, PKP

Tuesday, June 29, 2021

Timb Speaker langgar SOP kenduri durian dalam dusun

by - Cinca 
on - 6/29/2021 09:11:00 Pm


PETALING JAYA: Polis akan menjalankan siasatan berhubung dakwaan Ahli Parlimen Batu Pahat, Mohd Rashid Hasnon bersama beberapa individu lain melanggar SOP perintah kawalan pergerakan (PKP) kerana menikmati durian di sebuah kebun dipercayai di Batu Pahat, Johor seperti yang tular di media sosial.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Ismail Dollah, berkata, satu laporan polis sudah dibuat berhubung video tular di media sosial itu dan kertas siasatan sudah dibuka.

“Siasatan dijalankan bawah Peraturan 18(1) Peraturan-peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2021,” katanya dalam kenyataan.

Ismail berkata, polis akan memanggil Ahli Parlimen itu dan beberapa individu lain yang terlibat dalam video berkenaan untuk membantu siasatan.

Katanya, orang ramai juga diminta tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mengganggu siasatan.

Sementara itu, menurut laporan Malaysiakini, Rashid yang juga timbalan speaker Dewan Rakyat menafikan dakwaan dia melanggar SOP PKP kerana menghadiri “kenduri durian” baru-baru ini.

Sebaliknya Rashid berkata, rakaman itu adalah video lama sebelum PKP, iaitu tahun lalu.

Bagaimanapun, beberapa warganet mendakwa video tersebut merupakan kejadian baharu berdasarkan gambar Rashid di satu majlis di Batu Pahat, Ahad lalu.

Rakaman video berdurasi 15 saat itu tular di Facebook dan mendapat kecaman warganet. 
– FMT

Read more: https://www.cinca.news/2021/06/timb-speaker-langgar-sop-kenduri-durian.html#ixzz6zBoqq6m6
By Wak Labu Farm at June 29, 2021 No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Labels: melanggar SOP, PKP, Timbalan Speaker

Sunday, June 13, 2021

PKP 3.0 hanya akan dikaji semula jika kes sudah turun bawah 4,000

inforakyat.net
13/06/2021 2:30 PM


Kerajaan akan menilai semula pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 sejak 1 Jun lalu jika jumlah jangkitan harian COVID-19 negara ini mencapai angka bawah 4,000 kes.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata perkara itu ditetapkan Kementerian Kesihatan (KKM) bagi memastikan risiko jangkitan harian seluruh negara dapat diturunkan.

“Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba dan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, memaklumkan apabila jumlah jangkitan harian negara turun kepada 4,000 barulah PKP 3.0 akan dikaji semula.

“Bukan bermakna kita tamatkan PKP 3.0, tetapi kita kaji semula dari segi pelaksanaan prosedur operasi standard (SOP) sama ada ia boleh dilonggarkan sedikit.

“Saya tak janji longgarkan (PKP 3.0) tetapi ia semua bergantung pada nasihat KKM menerusi penilaian risiko yang dibuat,” katanya.

Ismail Sabri mengulas saranan pakar kesihatan dan persatuan perniagaan supaya kerajaan tetapkan angka petunjuk atau indikator untuk tentukan tempoh pelaksanaan PKP 3.0 boleh ditamatkan.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas meninjau Hospital Medan di Hospital Sultanah Aminah (HSA), di sini, hari ini.

Yang turut hadir, Dr Adham; Menteri Besar, Datuk Hasni Mohammad, Dr Noor Hisham dan Ketua Pengarah Perkhidmatan Kesihatan Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Leftenan Jeneral Datuk Dr Zulkeffeli Mat Jusoh.

Mengulas lanjut, Ismail Sabri berkata, KKM akan menilai risiko dan menasihati Majlis Keselamatan Negara (MKN) dalam mesyuarat khas MKN apabila jangkitan harian turun kepada 4,000 kes.

Katanya, beliau berharap menjelang minggu hadapan jumlah jangkitan harian akan menurun di bawah 4,000 kes sehari berikutan pelaksanaan PKP 3.0.

“Ini kerana impak PKP 3.0 yang kita laksanakan sejak 1 Jun lalu hanya akan kita nampak hasilnya selepas esok atau dalam tempoh 14 hari pelaksanaannya.

“Kita berdoa supaya lepas esok kes menurun sehingga 4,000 supaya kita boleh kaji semula PKP 3.0.

“Bukan untuk tamatkan PKP 3.0 tetapi kaji semula SOP yang diperketatkan,” katanya.

Berita penuh : https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2021/06/827264/pkp-30-dikaji-jika-kes-harian-turun-bawah-4000
By Wak Labu Farm at June 13, 2021 No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Labels: Covid-19, KKM, PKP

Friday, June 11, 2021

PKP disambung dua minggu hingga 28 Jun

malaysiakini.com
Diterbitkan 11 Jun 2021, 6:29 pm
Dikemaskini 7:24 pm

Sekatan penuh di bawah perintah kawalan pergerakan (PKP) atau 'total lockdown' yang sepatutnya berakhir 14 Jun ini disambung untuk tempoh dua minggu lagi, berkuat kuasa pada 15 Jun sehingga 28 Jun 2021.

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Ismail Sabri Yaakob berkata keputusan ini dibuat setelah mengambil kira jumlah kes harian yang masih tinggi, iaitu melebihi 5,000 kes sehari dengan purata kes baru sehingga semalam ialah 6,871.

"Senarai positif, negatif dan Prosedur Operasi Standard (SOP) bagi setiap aktiviti perkilangan, perniagaan dan industri masih kekal seperti mana diumumkan sebelum ini," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Ismail berkata ketetapan itu dibuat selepas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) membentang dan mencadangkan dalam Sidang Khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin, hari ini, supaya PKP 3.0 disambung.

Pada 28 Mei lalu, Pejabat Perdana Menteri mengumumkan sekatan penuh melalui tiga fasa untuk mengekang wabak Covid-19 yang semakin meningkat.

Fasa satu bermula 1 Jun lalu dengan 'total lockdown' selama 14 hari.

Sekiranya fasa pertama berjaya, fasa kedua akan menyaksikan pembukaan semula sektor ekonomi tertentu yang tidak melibatkan perhimpunan besar dan di mana jarak fizikal dapat diamalkan.

Fasa pertama sepatutnya berlangsung 14 hari dari 1 Jun hingga 14 Jun, sementara fasa kedua sepatutnya berlangsung empat minggu setelah fasa pertama berakhir.

Fasa ketiga akan serupa dengan perintah kawalan pergerakan yang berlaku sebelum 'lockdown' dikuatkuasakan.

Namun, kata PMO ketika itu, keputusan untuk peralihan satu fasa kepada fasa lain tertakluk kepada penilaian risiko oleh Kementerian Kesihatan yang dibuat berdasarkan perkembangan dalam jumlah kes harian dan kemampuan hospital di seluruh negara untuk merawat pesakit Covid-19.

Sementara itu, Ismail hari ini berkata kerajaan juga akan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di beberapa lokaliti di Kedah dan Sabah selama dua minggu bermula Ahad ini bagi membendung penularan Covid-19 di lokaliti berkenaan.

Ismail berkata pelaksanaan PKPD itu melibatkan Kampus Universiti Utara Malaysia (UUM), Sintok, Kedah, Kampung Kadazan, Tawau, dua perkampungan dalam daerah Kota Kinabalu, Kampung Lobou 1 dan Kampung Bukit Permai serta Taman Villa Felca Nambazan, Penampang, Sabah.

"Pelaksanaan PKPD ini untuk menyekat pergerakan dan penularanjangkitan Covid-19 dari kawasan berisiko keluar dari lokaliti tersebut.

"SOP bagi kesemua PKPD adalah sama seperti yang diumumkan sebelum ini. Maklumat lanjut boleh diakses di laman sesawang MKN di www.mkn.gov.my ," katanya.

Sementara itu, beberapa lokaliti akan ditamatkan PKPD pada tengah malam esok iaitu 19 daripada 21 Mukim dalam daerah Kuala Terengganu, tiga taman perumahan di Sabak Bernam, empat Rumah Panjang Ulu Sungai Sebakong dan Sungai Duan, Mukah, Sarawak, Taman Sinar Harapan, Tampoi, Johor dan tiga lokaliti di Tawau, Sabah iaitu Kampung Pasir Putih Blok B, Projek Perumahan Rakyat (PPR) Taman Sri Balung dan Kampung Baru Pasir Putih.

Manakala PKPD di Mukim Bukit Besar dan Mukim Serada akan ditamatkan pada tengah malam 13 Jun.

Sementara PKPD di Rumah Panjang Undum anak Anchih, Sungai Duan dijadualkan tamat pada 16 Jun 2021.
By Wak Labu Farm at June 11, 2021 No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Labels: Covid-19, KKM, PKP, SOP, total lockdown

Friday, June 4, 2021

Kongres Nasional PKR buka tirai

malaysiakini.com
Diterbitkan 4 Jun 2021, 9:39 am
Dikemaskini 9:43 am

Kongres Nasional Tahunan Parti Keadilan Rakyat (PKR) 2020 yang berlangsung selama tiga hari membuka tirai persidangannya hari ini secara maya sepenuhnya susulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 yang dilaksanakan kerajaan bagi mengekang penularan pandemik Covid-19.

Ia sekali gus menjadi persidangan yang pertama kali diadakan sedemikian sepanjang penubuhan parti berkenaan yang kini menginjak usia 22 tahun.

Kongres tahunan berkenaan dimulai dengan persidangan Wanita dengan ucapan oleh Penasihat PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan diikuti ucapan dasar Ketua Wanita Fuziah Salleh.

Ia kemudian disusuli persidangan Angkatan Muda Keadilan (AMK) pada Sabtu dan ucapan dasar oleh Ketua AMK Akmal Nasrullah Mohd Nasir.

Kedua-dua persidangan Wanita dan AMK juga akan mengadakan pemilihan 50 perwakilan setiap sayap untuk ke Kongres Nasional.

Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Ahli Parlimen Port Dickson dijangka menyampaikan ucapan dasar pada Ahad iaitu hari terakhir kongres tahunan berkenaan berlangsung.

Anwar dalam ucapan yang dimuat naik menerusi Facebook rasminya semalam bersempena dengan kongres itu menyifatkan persidangan kali ini unik memandangkan ia berlangsung sepenuhnya dalam talian.

“Saya berdoa kepada Allah mudah-mudahkan kita berkongres dalam keadaan baik dan selamat serta (mendapat) penyertaan yang membanggakan,” katanya.

Kongres berkenaan yang akan disertai seramai 2,400 perwakilan dan pimpinan PKR menerusi aplikasi Zoom dari kediaman masing-masing, sebelum ini dijadualkan berlangsung di Shah Alam, Selangor secara hibrid yang menggabungkan kehadiran secara fizikal dan juga secara maya.

Namun, disebabkan pelaksanaan PKP dan disusuli dengan sekatan pergerakan penuh selama 14 hari bermula Selasa lepas yang dilaksanakan bertujuan melandaikan keluk Covid-19, kongres berkenaan terpaksa diubah format kepada secara dalam talian sepenuhnya.

- Bernama
By Wak Labu Farm at June 04, 2021 No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Labels: Kongres Nasional PKR, PKP

Monday, May 31, 2021

Menteri, timbalan menteri sumbang tiga bulan gaji bantu perangi Covid-19

freemalaysiatoday.com
Faiz Zainudin
-May 31, 2021 9:45 PM

(Bernama pic)

PETALING JAYA: Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin mengumumkan gaji semua menteri dan timbalannya akan dipotong selama tiga bulan bermula Jun.

Katanya, jumlah itu akan dimasukan kedalam Akaun Amanah Bencana sebagai membiayai perbelanjaan berkaitan Covid.-19.

Katanya, sumbangan itu, kesinambungan yang diamalkan ketika pelaksanaan PKP 1.0 tahun lalu.

“Seperti yang telah diamalkan semasa PKP pertama tahun lalu, saya ingin memaklumkan tanda sokongan barisan menteri dan timbalan menteri dengan tidak mengambil gaji selama 3 bulan mulai Jun 2021.

“Gaji yang tidak diambil ini akan disumbangkan ke dalam Akaun Amanah Bencana sebagai membiayai perbelanjaan berkaitan Covid-19,”
katanya ketika berucap pada pengumuman pakej Pemerkasa Plus, susulan pelaksanaan penuh PKP 3.0.

Ketika pelaksanaan perintah kawalan pergerakan (PKP) tahun lalu, menteri dan timbalan menteri sudah memberikan dua bulan gaji kepada kerajaan untuk dimasukkan dalam dana Covid-19.

Semalam satu petisyen dilancarkan bagi meminta Muhyiddin, menteri, timbalan menteri, Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri untuk menyumbangka 50% daripada gaji bulanan mereka ke dalam dana Tabung Prihatin.

Petisyen itu kini sudah memperoleh hampir 40,000 tandatangan.Petisyen dilancarkan berikutan penutupan Parlimen dan
DUN akibat darurat, wakil rakyat tidak dapat melaksanakan tugas yang diamanahkan kepada mereka untuk memenuhi keperluan rakyat semasa wabak Covid-19.

Muhyiddin mengakui, langkah melaksanakan sekatan pergerakan penuh kali ini adalah keputusan yang sukar, namun terpaksa dilakukan

Tegasnya, kejayaan atau kegagalan keputusan yang dibuat itu terletak kepada rakyat dan ketentuan Ilahi.

“Kerajaan sudah menutup hampir semua sektor ekonomi dan sosial untuk mengurangkan pergerakan rakyat dan memutuskan rantaian jangkitan Covid-19,” katanya.

Katanya, atas dasar keprihatinan terhadap kebajikan rakyat, kerajaan akan berusaha sedaya-upaya bagi memastikan wujud keseimbangan antara kehidupan dan keperluan melindungi nyawa, di samping menjamin kesejahteraan rakyat sepanjang tempoh PKP penuh ini.
By Wak Labu Farm at May 31, 2021 No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Labels: Covid-19, gaji, menteri, PKP

Friday, May 28, 2021

Terkini !!! MKN pertimbang ‘Total Lockdown’ seluruh negara

gemilangdaily.com
28/05/2021 8:00 PM


Mesyuarat Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang bersidang awal hari ini telah memberi pertimbangan penuh untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) secara menyeluruh, seperti mana PKP 1.0 yang dijalankan pada tahun lepas.

Sumber memberitahu Astro AWANI, mereka yang terlibat dalam mesyuarat tersebut telah membincangkan dengan penuh teliti semua langkah dan pilihan yang dirasakan terbaik.

Menurutnya lagi, langkah sebesar itu perlu mengambil kira bukan sahaja keselamatan dan nyawa rakyat, tetapi juga demi meminimakan sebaik mungkin kesannya ke atas ekonomi negara, seperti mana pengajaran yang boleh diambil pada PKP pertama.

“Kebanyakan menteri setuju nak lockdown sebab kes terlampau tinggi. Tetapi sebelum ini beberapa pihak yang terlibat dalam mesyuarat itu merasakan perlu mengambil kira impak ke atas ekonomi, dan ini menyebabkan keputusan tidak dapat dicapai dengan cepat,” menurut sumber itu lagi.

Sejak dilanda gelombang ke tiga COVID-19 bermula Mac tahun ini, negara terus menyaksikan pertambahan kes COVID-19 secara mendadak, dengan 8,290 kes baharu dicatat.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dalam ciapan di Twitter sebentar tadi turut memaklumkan, Selangor terus kekal sebagai negeri tertinggi dengan 2,052 kes baharu.
Menurut beliau, negeri-negeri lain dengan kes tertinggi ialah Kelantan (851 kes), Kuala Lumpur (830 kes), Johor (762 kes) dan Sarawak (698 kes).

Dalam pada itu, Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam ciapan terbaharunya berkata, beliau mengambil maklum bilangan kes yang meningkat mendadak hari ini.
“Langkah yang perlu diambil dalam situasi begini bukanlah jalan paling mudah, tetapi jalan yang terbaik untuk keselamatan kita bersama.

“Saya dah bawa cadangan ini ke atas, doakan semoga ada sinar untuk semua,” katanya ringkas, tanpa memperincikan cadangan yang beliau maksudkan.

Sementara itu, seorang lagi sumber memaklumkan Perdana Menteri mungkin akan membuat pengumuman penting berhubung inisiatif terbaharu kerajaan dalam masa terdekat.

Berita Penuh :https://www.astroawani.com/berita-malaysia/mkn-pertimbang-secara-serius-total-lockdown-seluruh-negara-sumber-300357

Berita Penuh : https://www.gemilangdaily.com/terkini-mkn-pertimbang-total-lockdown-seluruh-negara/
By Wak Labu Farm at May 28, 2021 No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Labels: Covid-19, MKN, Pengarah Kesihatan, PKP

Saturday, May 22, 2021

Rakyat kecewa tiada ‘total lockdown’ diumum kerajaan

ismaweb.net
Athirah Huda Zalhe

Peniaga kecil merungut terkesan teruk jika pelaksanaan PKP berlanjutan


BANGI, 10 Syawal 1442H, Sabtu – Rakyat hari ini meluahkan rasa kecewa terhadap pengumuman kerajaan yang hanya memperketatkan prosedur operasi standard (SOP) sektor ekonomi dan sosial, meskipun didesak supaya ‘total lockdown’ dikuatkuasakan.

Malah, ada yang menganggap sidang media petang ini hanyalah sia-sia kerana tiada pengumuman baharu dimaklumkan, sebaliknya hanya ketetapan sedia ada dan diperketatkan.

Ini selepas Menteri Kanan Kluster Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hanya mengumumkan dua strategi diambil kerajaan untuk mengurangkan pergerakan rakyat sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0.

Dalam sidang media bersama Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah petang ini, Ismail berkata, kerajaan menetapkan untuk mengurangkan jumlah pekerja di pejabat serta menghadkan masa operasi sektor ekonomi.

Bagaimanapun, pengumuman itu ternyata menghampakan rata-rata rakyat yang mengikuti sidang media berkenaan secara langsung.

“Nampaknya kita akan bersambung lagi PKP 4.0, 5.0 dan seterusnya. Masih longgar sana sini, lockdown PKP 1.0 tidak akan berlaku,” kata Fazirul Mubin.

“Bila tak lockdown kes akan bertambah dan yang paling terkesan adalah staf hospital. Rasanya rakyat yang miskin majoriti setuju lockdown walaupun payah. Sekurang-kurangnya kita dapat mengawal keadaan,” kata Nurfadilah Dila.

Pada masa sama, sebahagian netizen juga menyifatkan SOP baharu yang diperketatkan tidak mempunyai perubahan drastik daripada sebelumnya, malah menjangkakan ia tidak memberi kesan kepada usaha mengurangkan kes jangkitan.

“Apa yang buat sekarang sikit pun tak berkesan, takkan tak nampak lagi? Terus total lockdown sajalah, kami penat PKP berulang kali. Peniaga kecil macam kami terkesan teruk tahu tak?,” tulis Chearefiz Arepit.

“Aku tak dengar dia cakap pasal sektor perkilangan, sedangkan sektor itu banyak sumbang peningkatan kes. Yang ada 80 peratus kerja dari rumah sektor kerajaan, 40 peratus sektor swasta, premis perniagaan 8 pagi sampai 8 malam dan tambah sekatan,” kata Syukri Syuk.

Menerusi sidang media hari ini, Ismail memaklumkan bahawa operai perniagaan di seluruh negara dihadkan dari 8 pagi sehingga 8 malam sahaja mulai 25 Mei ini.

Malah, kerajaan juga bersetuju mengurangkan 50 peratus kapasiti penumpang dan kekerapan pengangkutan awam.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.
By Wak Labu Farm at May 22, 2021 No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Labels: Covid-19, PKP, SOP, total lockdown

Monday, May 10, 2021

PM umum PKP seluruh negara

FMT Reporters

-May 10, 2021 7:02 PM


PETALING JAYA: Perdana Menteri Muhyiddin Yassin mengumumkan perintah kawalan pergerakan (PKP) dikuatkuasakan di seluruh negara.

Muhyiddin berkata, larangan rentas daerah dan negeri serta larangan aktiviti sosial, sukan, dan pendidikan berkuatkuasa 10 Mei hingga 6 Jun, manakala larangan dan arahan lain berkuatkuasa 12 Mei hingga 7 Jun.

Sepanjang tempoh itu, semua sektor ekonomi dibenarkan beroperasi.

Pelajar yang akan menduduki peperiksaan antarabangsa bagaimanapun dikecualikan, manakala pusat asuhan kanak-kanak, tabika, taska dan tadika dibenarkan beroperasi mengikut SOP ditetapkan bagi membantu urusan kerja ibu bapa atau penjaga.

Sepanjang sambutan Aidilfitri pula, ziarah rumah ke rumah dan ziarah kubur tidak dibenarkan.

“Solat sunat Aidilfitri di masjid dan surau dibenarkan dengan kehadiran jemaah tidak melebihi 50 orang bagi masjid dan surau yang boleh memuatkan lebih 1,000 jemaah dan 20 orang bagi masjid dan surau yang boleh memuatkan kurang daripada 1,000 jemaah.

“Had bilangan jemaah yang sama terpakai bagi solat fardu dan solat Jumaat.

“Operasi rumah ibadat bukan Islam juga akan diperketatkan dan SOP bagi rumah ibadat bukan Islam ditetapkan oleh Kementerian Perpaduan,” katanya dalam kenyataan.

Bagi kenderaan, bilangan orang dalam kenderaan persendirian, teksi dan e-hailing dihadkan kepada tiga orang sahaja termasuk pemandu.

Katanya, SOP terperinci bagi semua larangan dan arahan yang terkandung dalam PKP ini akan diumumkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Dalam pada itu, Perdana Menteri berkata kerajaan akan terus menggunakan sistem amaran awal Hotspot Identification for Dynamic Engagement (HIDE) untuk memantau premis dan kawasan hotspot Covid-19 serta mengambil tindakan susulan seperti yang telah diputuskan.

“Saya berharap semua rakyat terus berdisiplin dan mematuhi SOP bagi memutuskan rantaian jangkitan Covid-19. Yang terbaik ialah duduk di rumah atau ‘stay at home’ untuk bersama-sama melandaikan lengkuk jangkitan Covid-19.

“Kita telah berjaya melandaikan lengkuk jangkitan Covid-19 dalam gelombang pertama dan kedua penularan wabak ini. Saya ingin mengingatkan gelombang ketiga yang sedang kita hadapi ini lebih ganas dan kritikal. Kita masih belum menang,” katanya.
By Wak Labu Farm at May 10, 2021 No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Labels: Aidilfitri, MKN, PKP, SOP

Thursday, February 25, 2021

Berani langgar PKP? Bersedia ‘hadap’ denda RM10,000

mykmu.net
February 25, 2021

Gambar Hiasan

PETALING JAYA:
Individu yang melanggar peraturan ditetapkan perintah kawalan pergerakan (PKP) kini boleh didenda sehingga RM10,000.

Ini berdasarkan Ordinan Darurat (Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit)(Pindaan) 2021 yang baharu, diterbitkan di laman web Warta Persekutuan, hari ini.

Ordinan berkenaan turut menyatakan syarikat yang melanggar peraturan PKP boleh dikenakan denda maksimum sehingga RM50,000.

Ordinan itu akan berkuat kuasa mulai 11 Mac.

Ordinan berkenaan turut merangkumi pindaan terhadap penalti umum mengikut Seksyen 24, dengan menyatakan mana-mana orang yang melakukan kesalahan di bawah Akta itu, “yang tiada penalti diperuntukkan dengan nyata” boleh didenda sehingga RM100,000 atau dipenjara maksimum tujuh tahun.

Selain itu, ia turut menyatakan orang yang diberi kuasa boleh mengarahkan pesakit Covid-19 atau kontak rapat untuk memakai alat pengesanan seperti gelang tangan atau peranti lain.

Ordinan itu turut menjadikan kesalahan untuk merosakkan peranti berkenaan.

Selain itu, bagi syarikat yang menyalahi PKP, wakilnya boleh didakwa di mahkamah.Enable GingerCannot connect to Ginger Check your internet connection
or reload the browser
Disable in this text fieldEditEdit in GingerEdit in Ginger×
By Wak Labu Farm at February 25, 2021 No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Labels: 000, denda RM10, PKP

Sunday, February 14, 2021

Polis panggil Annuar susulan dakwaan langgar SOP

freemalaysiatoday.com
Jason Thomas
-February 14, 2021 5:18 PM


PETALING JAYA: Polis akan memanggil Menteri Wilayah Persekutuan Annuar Musa untuk memberikan keterangan mengenai dakwaan melanggar prosedur operasi standard (SOP) perintah kawalan pergerakan (PKP) selepas gambar beliau bersama enam yang lain duduk di dua meja jamuan tular di media sosial.

“Kertas siasatan sudah dibuka,” kata Ketua Polis Kuala Lumpur Saiful Azly Kamaruddin kepada FMT.

Beliau berkata, laporan itu dibuat di Cheras di mana kejadian berkenaan berlaku.

“Ya… Sudah tentu,” katanya ketika ditanya adakah Annuar akan dipanggil untuk disoal siasat.

Bawah peraturan PKP, hanya dua orang saja dibenarkan duduk di setiap meja di premis ketika makan.

BERITA LANJUT MENYUSULEnable GingerCannot connect to Ginger Check your internet connection
or reload the browser
Disable in this text fieldEditEdit in GingerEdit in Ginger×
By Wak Labu Farm at February 14, 2021 No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Labels: Annuar Musa, PKP, SOP

Monday, February 1, 2021

PKP, Darurat Melawan Covid-19 Untuk Keselamatan Diri, Negara, Titah Agong

 BERITA

By MT Webmaster
On Jan 31, 2021

(Malaysia Now) – Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan darurat yang dilaksanakan untuk melawan Covid-19 demi kepentingan dan keselamatan rakyat serta negara, titah Yang di-Pertuan Agong.

“Agong menasihati rakyat supaya terus bertenang, tabah dan cekal menghadapi PKP serta pelaksanaan proklamasi darurat demi kepentingan dan keselamatan diri bersama serta negara,” kata Datuk Pengelola Bijaya Diraja Ahmad Fadil Shamsuddin dalam satu kenyataan petang ini.

“Memandangkan situasi wabak di negara ini berada di tahap kritikal, Agong menzahirkan harapan agar rakyat terus beristiqamah dalam kawalan kendiri dan berdisiplin mematuhi prosedur operasi strandard (SOP) yang ditetapkan oleh kerajaan”.

Kenyataan itu berkata, Sultan Abdullah amat memahami cabaran yang dihadapi, khususnya aktiviti ekonomi harian rakyat yang terjejas akibat penularan wabak Covid-19.

“Angka pertumbuhan ekonomi hanya akan bermakna apabila rakyat mempunyai sumber pendapatan yang mencukupi, kediaman yang selesa, pendidikan yang sempurna, kesihatan yang baik, alam sekitar yang lestari dan keselamatan yang sentiasa terpelihara untuk menjalani kehidupan yang bahagia dan sejahtera.

“Sehubungan dengan itu, Agong menasihati rakyat menunaikan tanggungjawab sosial dan nilai-nilai murni terhadap komuniti setempat bagi memastikan keharmonian kekal terpelihara dan kekal berpanjangan”.

Dalam satu forum baru-baru ini pemimpin daripada Umno, DAP dan PKR dilihat sebulat suara mempersoalkan legitimasi Perdana Menteri Muhyiddin Yassin dan nasihatnya kepada Agong untuk mengisytiharkan darurat.

Dalam program yang disiarkan secara dalam talian itu, Kamal Amir, seorang veteran Umno yang pernah menjadi exco Pemuda pada 1980-an, Abdul Aziz Bari dari DAP dan Abdullah Sani dari PKR bertegas Parlimen mesti bersidang semasa darurat supaya Muhyiddin dapat membuktikan beliau mempunyai sokongan sebagai perdana menteri.

Aziz adalah antara tiga Adun Pakatan Harapan (PH) yang memfailkan tindakan undang-undang bagi mencabar keputusan Muhyiddin menasihatkan Agong untuk mengisytiharkan darurat.

Bagaimanapun pada Oktober lepas, pensyarah undang-undang yang menjadi ahli politik itu berkata, keputusan Agong adalah muktamad selepas Sultan Abdullah enggan menggunakan kuasanya untuk mengisytiharkan darurat ketika mula-mula dicadangkan.
By Wak Labu Farm at February 01, 2021 No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Labels: Covid-19, darurat, PKP, Yang Di-Pertuan Agong

Thursday, January 21, 2021

Usul putus hubungan dengan PPBM perlu terus bergema, bukti Umno perjuang prinsip, kata penganalisis

freemalaysiatoday.com
Adam Abu Bakar
-January 21, 2021 7:30 AM

Penganalisis berkata, tidak dinafikan ada akar umbi Umno yang percaya perisytiharan darurat oleh Perdana Menteri Muhyiddin Yassin bertujuan untuk melemahkan parti itu.

PETALING JAYA: Umno perlu terus membawa suara akar umbi parti, walaupun perhimpunan agungnya yang dijadual pada 30 dan 31 Jan ini ditangguhkan susulan perisytiharan darurat.

Awang Azman Pawi dari Universiti Malaya berkata, usul memutuskan hubungan dengan PPBM seperti dibangkitkan akar umbi dan dipersetujui untuk dibawa ke perhimpunan agung parti perlu diteruskan, malah perlu bergema lebih kuat.

“Sekiranya Umno mahu terus relevan, mereka perlu memperjuangkan prinsip dan bertindak secara berterusan meskipun Ordinan Darurat diwartakan dan perhimpunan agung ditangguh.

“Suara Umno perlu bergema lebih kuat, bukan sahaja di peringkat parti, tetapi meliputi badan bukan kerajaan (NGO) yang pro Umno, aktivis dan pemimpin serta institusi Umno itu sendiri supaya impaknya dilihat besar,” katanya kepada FMT.
Awang Azman Pawi.
Penangguhan perhimpunan agung Umno 2020 yang menjadi titik penentu hubungan parti itu dengan PPBM diumumkan Setiausaha Agung Ahmad Maslan selaras dengan perisytiharan darurat dan perintah kawalan pergerakan (PKP) 2.0 yang diumumkan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin.

Keputusan pelaksanaan darurat dan PKP itu dilihat oleh sesetengah penganalisis menyebabkan Umno “mati langkah”.

Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO yang bermesyuarat sebelum ini dilaporkan telah memperhalusi semua usul yang dibangkitkan oleh 189 bahagian parti itu yang bersidang di seluruh negara .

Antara usul utama dibangkitkan majoriti besar Umno bahagian ialah memutuskan hubungan dengan PPBM semasa menghadapi pilihan raya umum akan datang, selain mempertahankan hubungan kerjasama dengan PAS dalam Muafakat Nasional (MN).

Awang Azman berkata, nama baik Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi tidak akan terjejas dalam isu desakan memutuskan hubungan dengan PPBM yang dipimpin oleh Muhyiddin selaku presiden, disebalik perisytiharan darurat yang berkuat kuasa sehingga Ogos.

“Jika diingat kembali, Majlis Kerja Tertinggi Umno sebelum ini juga pernah memutuskan bukan sahaja untuk menarik kerjasama dengan PPBM, tetapi mempertimbangkan keluar dari PN sekiranya kerjasama itu tidak menguntungkan BN,” katanya.

Beliau berkata, tidak dinafikan akan ada akar umbi Umno yang berpandangan perisytiharan darurat bertujuan untuk melemahkan parti itu, walaupun kerajaan menegaskan ia bertujuan memerangi penularan wabak Covid-19 .

Dalam pada itu, bekas ahli akademik Azmi Hassan berkata, dalam keadaan darurat tidak seharusnya aktiviti politik bersifat ekstrem diteruskan walaupun akar umbi Umno sendiri sudah menzahirkan kehendak dan keputusan untuk memutuskan hubungan engan PPBM
.
Azmi Hassan.
“Dalam keadaan sekarang, ketika pandemik di luar kawalan, kepimpinan Umno perlu pamerkan teladan dengan mengekalkan status quo.

“Walaupun kepimpinan Umno ambil keputusan tarik balik sokongan kepada PN, ia tidak akan mengubah senario politik kerana status darurat,” katanya.

Azmi berkata, pemimpin Umno yang sering menggesa supaya parti itu “bercerai” dengan PPBM perlu berehat seketika sementara menunggu sehingga darurat tamat sebelum mengambil sebarang tindakan lain.

“Tekanan kepada PN akan membuatkan pemimpin PPBM mengambil keputusan drastik. Jangan lupa, pengisytiharan darurat oleh perdana menteri adalah ekoran desakan supaya Parlimen dibubarkan sebelum ini.

“Pemimpin Umno perlu pamerkan contoh yang baik untuk redakan suhu politik,” katanya.
By Wak Labu Farm at January 21, 2021 No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Labels: Ahmad Zahid Hamidi, PKP, PPBM, UMNO

Wednesday, January 13, 2021

PKP mungkin 4 minggu, kata KP Kesihatan

Nora Mahpar
freemalaysiatoday.com
-January 13, 2021 7:31 PM

Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata pelaksanaan PKP diharap mampu menurunkan kes positif harian kurang dari 500 dalam tempoh empat hingga lima minggu dari sekarang.

PUTRAJAYA: Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata perintah kawalan pergerakan (PKP) selama dua minggu yang bermula hari ini akan dilaksanakan sekurang-kurangnya empat minggu.

Beliau berkata, kerajaan sedar kesan ekonomi susulan pelaksanaan kawalan pergerakan itu namun penularan virus berkenaan hanya dapat dikawal jika semua individu kekal di rumah untuk tempoh dua minggu PKP.

“Kita sudah laksanakan PKP bersyarat bermula 14 Okt hingga kini tetapi kita rasa ia tidak sesuai dan perlu gunakan kaedah yang lebih drastik.

“Oleh itu, kita nasihatkan untuk laksanakan PKP bagi tempoh dua minggu atau jika perlu selama empat minggu,” katanya pada sidang media

Penguatkuasaan semula PKP melibatkan Pulau Pinang, Selangor, Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Putrajaya serta Labuan), Melaka, Johor dan Sabah untuk tempoh 14 hari hingga 26 Januari ini,

Susulan peningkatan kes positif setiap hari terutama di enam negeri PKP, beliau berkata, KKM kini sedang dalam perbincangan dengan pihak hospital swasta untuk bekerjasama membendung penularan Covid-19 menerusi penggunaan kapasiti dan kemudahan hospital berkenaan sebagai usaha menampung kekurangan petugas kesihatan dan kemudahan di hospital kerajaan.

“Penggunaan unit rawatan rapi (ICU) dan ventilator kini dua kali ganda berbanding bulan sebelumnya. Kita juga kekurangan petugas untuk menjaga wad ICU yang semakin hari bertambah jumlah pesakit,” katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata, pelaksanaan PKP diharap mampu menurunkan kes positif harian kurang dari 500 dalam tempoh empat hingga lima minggu dari sekarang.

“Berdasarkan unjuran KKM, kita boleh landaikan kes Covid-19 seawal Mei ini jika semua rakyat patuh SOP dan duduk di rumah selama dua minggu ini,” katanya.

Mengimbas permulaan gelombang ketiga hujung Sept lalu, Hisham berkata, jangkitan tinggi ketika itu melibatkan 63% warga asing manakala hanya 37% dikesan dalam kalangan warganegara.

“Namun, sekarang sudah berubah apabila 71% warganegara dijangkiti virus itu manakala bakinya adalah warga asing,” katanya sambil menambah program saringan bersasar yang giat dijalankan terhadap pekerja warga asing antara penyumbang utama penurunan penularan dalam kalangan mereka.

Sehingga kini, seramai 142,009 pekerja warga asing sudah menjalani ujian saringan Covid-19 dan daripada jumlah itu hanya 2,086 kes positif.

“Angka itu menunjukkan hanya 2% mereka yang dijangkiti dan jangkitan dalam kalangan mereka masih terkawal,” katanya.
By Wak Labu Farm at January 13, 2021 No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Labels: Covid-19, Ketua Pengarah Kesihatan, Malaysia, PKP

Monday, January 11, 2021

Rentas negeri tidak lagi dibenarkan di seluruh negara

mykmu.net
January 11, 2021


PETALING JAYA: Perdana Menteri Muhyiddin Yassin berkata pergerakan rentas negeri tidak dibenarkan di seluruh negara bermula Rabu ini.

Beliau berkata, bagi kawasan perintah kawalan pergerakan (PKP), pergerakan rentas daerah juga tidak dibenarkan.

“Susulan larangan pergerakan merentas negeri dan daerah ini, operasi sekatan jalan raya (SJR) akan mula berkuatkuasa pada 12.01 tengah malam, Rabu ini.

“Bagi negeri yang dilaksanakan PKP, pergerakan anda adalah terhad dalam 10km radius sahaja,” katanya dalam perutusan khas.

Dalam pada itu, Muhyiddin berkata bagi tujuan membeli barangan keperluan dari pasar raya atau kedai runcit berdekatan, hanya dua anggota isi rumah dibenarkan keluar dan berada dalam kenderaan sama.

Katanya, individu yang melanggar arahan itu boleh dikenakan kompaun maksimum RM1,000.

“Sepanjang pelaksanaan PKP kedai makan dan gerai penjaja dibenarkan beroperasi hanya untuk perkhidmatan ‘take away’ manakala bagi kawasan PKPB dan PKPP, kedua-duanya
dibenarkan beroperasi seperti biasa mengikut SOP ditetapkan.

“Perkhidmatan penghantaran makanan dibenarkan beroperasi,” katanya.

Muhyiddin berkata, pasar raya, perkhidmatan kesihatan termasuk klinik, hospital, farmasi dan bank dibenarkan beroperasi di kawasan PKP pada tahap berjaga-jaga.

Calon SPM

Beliau berkata, walaupun terdapat sekatan pergerakan yang ketat khususnya di negeri dikenakan PKP, pengecualian diberikan kepada pelajar dan calon peperiksaan utama termasuk peperiksaan SPM bagi sesi 2020 dan 2021.

“Mereka dibenarkan hadir ke sekolah dengan SOP yang ketat. Pihak Kementerian Pelajaran (KPM) akan memperincikan SOP ini,” katanya.

Katanya, bagi aktiviti keagamaan, hanya ahli jawatankuasa masjid atau rumah ibadat dibenarkan hadir di negeri yang dilaksanakan PKP dengan jumlah maksimum lima orang.

Perdana menteri berkata, bagi negeri dikenakan PKPP dan PKPB, aktiviti keagamaan masih dibenarkan dengan bilangan kehadiran minimum ditetapkan dalam SOP.

“Pihak berkuasa agama negeri disaran memberi penetapan bersesuaian dalam menetapkan jumlah kehadira dibenarkan,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Muhyiddin berkata Malaysia dijangka menerima bekalan vaksin Pfizer untuk fasa pertama pada hujung Februari ini.

Katanya, bagi mencapai imuniti kelompok, sebanyak 60 hingga 70% atau 20 hingga 23 juta populasi Malaysia perlu diberikan vaksin Covid-19.

“Buat masa ini, kerajaan telah pun menandatangani perjanjian awal dengan fasiliti Covax, syarikat Pfizer dan AstraZeneca bagi perolehan vaksin Covid-19 untuk mendapatkan jaminan bekalan vaksin sebanyak 40% liputan populasi.

“Kerajaan juga sedang dalam proses rundingan akhir dengan Sinovac, CanSino dan Gamaleya bagi mendapatkan jaminan bekalan vaksin bertambah melebihi 80% jumlah populasi negara atau 26.5 juta,” katanya.
By Wak Labu Farm at January 11, 2021 No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Labels: Covid-19, PKP, PKPB, PKPP, SOP

PKP mulai 13 Jan di 8 negeri, wilayah persekutuan

malaysiakini.com
Diterbitkan 11 Jan 2021, 6:19 pm

Kerajaan mengumumkan perintah kawalan pergerakan (PKP) untuk tempoh 14 hari bermula Rabu ini (13 Jan) dan akan berlangsung sehingga 26 Jan.

Perkara itu diumumkan oleh Perdana Menteri Muhyiddin Yassin dalam perutusan khas yang disiarkan secara langsung hari ini.

Jelas Muhyiddin, perintah itu melibatkan tiga peringkat pelaksanaan.

Peringkat pertama, PKP dikenakan ke atas enam buah negeri iaitu Pulau Pinang, Selangor, Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan), Melaka, Johor dan Sabah.

Peringkat kedua, PKP Bersyarat (PKP-B) ke atas enam buah negeri iaitu Pahang, Perak, Negeri Sembilan, Kedah, Terengganu dan Kelantan.

Peringkat ketiga pula, PKP Pemulihan (PKP-P) pula akan dilaksanakan bagi negeri Perlis dan Sarawak dan akan diteruskan sepanjang tempoh tersebut.

Bagaimanapun, kerajaan Sarawak hari ini meletakkan Kuching, Sibu dan Miri di bawah PKPB.

Rentas daerah, negeri dilarang

Muhyiddin turut mengumumkan bahawa semua perjalanan rentas daerah dan negeri di seluruh negara tidak dibenarkan.

Bagi peringkat pertama, yang melibatkan lima negeri dan tiga wilayah persekutuan, hanya perniagaan dalam senarai sektor ekonomi penting yang akan dibenarkan beroperasi.

"Bagi sektor ekonomi, kerajaan telah mengenal pasti lima sektor yang dibenarkan beroperasi dan dikategorikan sebagai sektor ekonomi perlu iaitu pengilangan dan pembuatan, pembinaan, perkhidmatan, perdagangan dan pengedaran, serta perladangan dan komoditi," kata Muhyiddin.

Sektor-sektor ini dibenarkan beroperasi kerana ia diperlukan untuk memastikan rantaian bekalan barang keperluan rakyat, katanya.

Namun, tambahnya, hanya 30 peratus kakitangan pentadbiran sektor ini akan dibenarkan beroperasi dari pejabat.

Dia juga menggesa mereka yang diizinkan untuk terus bekerja mematuhi prosedur operasi standard (SOP).

Dia menambah bahawa Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri akan memberikan perincian lebih lanjut mengenai jenis perkhidmatan yang dianggap sebagai sektor ekonomi penting.

Bagi negeri yang dilaksanakan PKP, pergerakan adalah terhad di dalam 10 kilometer radius sahaja.

Sementara bagi tujuan membeli barangan keperluan dari pasar raya atau kedai runcit yang berdekatan, hanya dua anggota isi rumah yang dibenarkan untuk keluar dan berada di dalam kenderaan yang sama.

Mana-mana individu yang melanggar larangan ini boleh dikenakan kompaun maksimum RM1,000.

[Berita lanjut menyusul]
By Wak Labu Farm at January 11, 2021 No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Labels: Covid-19, PKP

Monday, November 9, 2020

Mahathir cadang potong 10 peratus gaji kumpulan berpendapatan tinggi

Oleh FAZLI RADZI
malaysiadateline.com
November 9, 2020 7:53 pm


Dr Mahathir Mohamad

Tun Dr Mahathir Mohamad mengingatkan golongan miskin terkesan teruk akibat pandemik Covid-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) menyebabkan ramai yang kehilangan pendapatan atau pekerjaan.

Justeru, bekas Perdana Menteri dua kali itu mencadangkan agar kumpulan berpendapatan tinggi dalam kerajaan dan sektor swasta melepaskan 10 peratus daripada gaji bulanan mereka bagi membantu golongan terjejas.

Ahli Parlimen Langkawi itu berkata potongan tersebut boleh digunakan untuk menyediakan makanan dan barang keperluan kepada mereka yang tidak bekerja atau hilang punca pendapatan.

“Shafie Apdal (bekas ketua menteri Sabah) mencadangkan potongan gaji menteri sebanyak 30 peratus.

“Itu jumlah yang besar. Saya fikir kumpulan berpendapatan tinggi dalam kerajaan dan sektor swasta harus melepaskan 10 peratus daripada gaji mereka.

“Ia adalah pengorbanan dan saya tidak fikir mereka akan tergugat jika ada had potongan yang munasabah, katakan RM20,000 sebulan,” jelasnya menerusi blognya hari ini.

Mahathir berkata, masih terdapat ruang untuk mengurangkan kos operasi dan pembangunan dalam Belanjawan 2021 dengan menyebut bahawa menteri dan ahli Parlimen diberikan pelbagai elaun.

Pengerusi Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) itu menggesa kerajaan agar mengubah suai cadangan Belanjawan 2021 untuk menjadikannya “lebih realistik”.

Beliau menyifatkan jangkaan pemulihan ekonomi dalam belanjawan dengan jumlah peruntukan terbesar dalam sejarah itu sebagai terlalu optimistik.

Sehubungan itu, Mahathir menegaskan beliau tidak perlu “dirasuah” supaya menyokong belanjawan yang dibentang Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz pada 6 November lalu itu.

“Kenyataannya ramai orang tidak gembira. Ini ditunjukkan pada reaksi mereka. Saya berharap belanjawan akan diubah suai untuk menjadikannya lebih realistik. Kami akan menyokongnya.

“Kami tidak perlu diberikan rasuah supaya menyokong. Kami tidak mahu menimbulkan krisis,” ujarnya yang menyatakan terpegun dengan jumlah besar belanjawan itu.

Mempersoal sama ada Malaysia mampu membiayainya, Mahathir berpendapat pendapatan dan cukai korporat tidak akan mencecah dua pertiga daripada angka biasa pada masa-masa biasa memandangkan kemerosotan teruk industri selain industri sarung tangan getah.

“Namun pencapaian Petronas dan industri pelancongan merosot teruk. Dua industri itu merupakan penyumbang utama kepada hasil kerajaan.

“Jangan menjangka bahawa industri baru akan dimulakan semula atau dilancarkan pada 1 Januari.

“Gambaran indah pemulihan akan berlaku sebaik sahaja pandemik Covid-19 berjaya diatasi tidak akan berlaku. Pandemik itu tidak akan berakhir pada Hari Tahun Baru,” tegas Mahathir lagi.
By Wak Labu Farm at November 09, 2020 No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Labels: Covid-19, Dr Mahathir Mohamad, PKP

Monday, June 8, 2020

100 hari: Keputusan tepat PM letak negara di landasan betul

Anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) mengawal pagar keselamatan sempadan Malaysia-Thailand menerusi Op Benteng. - NSTP/AMRAN HAMID

KUALA LUMPUR: Tindakan pantas menutup sempadan kepada negara lain dan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tepat pada masanya adalah faktor utama yang membantu Malaysia membendung penularan pandemik COVID-19.

Itu adalah antara keputusan paling penting dan terpuji diambil Tan Sri Muhyiddin Yassin selepas mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri kelapan, menggantikan Tun Dr Mahathir Mohamad.

Pengurus Penyelidikan Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (IDEAS) Malaysia, Lau Zheng Zhou, berkata keseluruhan pengendalian krisis pandemik oleh Muhyiddin memberi impak terus kepada keadaan ekonomi negara.

"Berbanding negara lain, ketepatan masa keputusan kerajaan melaksanakan PKP selain komunikasi awam yang sangat jelas dan tepat telah membantu kita meratakan lengkung COVID-19 lebih awal dan seterusnya dapat mengelakkan lebih banyak kematian.

"Ini sudah pastinya akan meletakkan kita di kedudukan kukuh untuk mencapai pemulihan," katanya kepada BERNAMA ketika diminta mengulas mengenai pentadbiran 100 hari Muhyiddin sebagai Perdana Menteri.

Muhyiddin, 72, mengangkat sumpah di hadapan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada 1 Mac lalu.

Zheng Zhou berkata, krisis itu memberi peluang bagi kerajaan melakukan pembaharuan struktur kepada ekonomi, terutamanya dalam bahagian seperti pergantungan kepada pekerja asing, kehadiran besar syarikat berkaitan kerajaan dalam sektor swasta dan juga penyertaan pekerja wanita yang agak rendah.

"Jika pembaharuan struktur dianggap memerlukan kos untuk dilaksanakan sebelum PKP, bayangkan betapa sukar melaksanakannya sekarang meskipun mempunyai modal dan sumber lain," katanya.

Katanya, fasa pemulihan ekonomi seterusnya akan menjadi ujian lebih besar kepada pentadbiran Muhyiddin.

"Pelaburan dan perdagangan telahpun lemah malahan sebelum PKP dan kemerosotan permintaan global hari ini mengehadkan lagi pilihan dasar kerajaan.

"Kerajaan juga akan berdepan dengan pilihan antara memilih langkah-langkah dasar jangka pendek bagi mengurangkan kadar pengangguran yang boleh membawa kesan politik yang penting dan pelaburan jangka panjang dalam prasarana digital dan hijau sebagai kaedah untuk membina daya tahan ekonomi," katanya.

Kerajaan setakat ini telah mengumumkan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat bernilai RM260 bilion diikuti Pelan Jana Semula Ekonomi Negara bernilai (PENJANA) bernilai RM35 bilion.

Zheng Zhou berharap Perdana Menteri akan menjadikan krisis pandemik ini sebagai peluang memasukkan perubahan iklim dan langkah kemampanan dalam penggubalan dasar ekonomi, atau meratakan lengkung iklim seperti yang disarankan pelbagai organisasi seperti Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Virus COVID-19 tersebar melangkaui sempadan negara dan terbukti memberi risiko kepada golongan lemah dan miskin dan ini kemungkinan akan berlaku bagi pelepasan gas rumah hijau.

"Gangguan kepada jaminan makanan, rantaian perdagangan dan bekalan juga akan berlaku sekiranya berlaku krisis berkaitan iklim yang memerlukan usaha bersama negara-negara dalam menanganinya.

"Harapnya, Muhyiddin akan membangunkan dasar yang membabitkan pengurusan krisis ekonomi, seelok-eloknya mengeluarkan kertas putih, dan menginstitusikan mekanisme agar ekonomi kita boleh lebih berdaya tahan pada masa hadapan," katanya.
 – BERNAMA
By Wak Labu Farm at June 08, 2020 No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Labels: Covid-19, Dr Mahathir Mohamad, Perdana Menteri Muhyiddin yassin, PKP

Friday, June 5, 2020

Kerajaan laksana pelan rangsangan terbaru RM35 bilion untuk pulih ekonomi

Mohamad Fadli
-June 5, 2020 4:00 PM
Perdana Menteri Muhyiddin Yassin.

PUTRAJAYA: Kerajaan hari ini mengumumkan pelaksanaan Pelan Jana Semula Ekonomi atau Penjana bagi membantu memulihkan ekonomi negara daripada kesan wabak Covid-19 dan pelaksanaan perintah kawalan pergerakan (PKP) yang menyaksikan kegiatan ekonomi dan perniagaan hampir terhenti sejak pertengahan Mac lepas.

Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin berkata, kerajaan mengenal pasti 3 teras utama pelan tersebut iaitu perkasakan rakyat, melonjakkan perniagaan dan merangsang ekonomi.

“Secara keseluruhan 40 inisiatif bernilai RM35 bilion disediakan di bawah Penjana. RM10 bilion adalah suntikan fiskal daripada kerajaan,” katanya dalam perutusan khas di sini.

BERITA LANJUT MENYUSUL
By Wak Labu Farm at June 05, 2020 No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Labels: Covid-19, Pelan Jana Semula Ekonomi, Penjana, Perdana Menteri Muhyiddin yassin, PKP
Older Posts Home
Subscribe to: Posts (Atom)

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-

  • "The Black Rose 1.0"
    "31 DECEMBER 2012 Buku berkaitan penukaran akuan bersumpah Bala mula tersebar KUALA LUMPUR 31 Dis: Buku yang berkaitan dengan pe...
  • Pencacai2 UMNO yang sedang memendam rase.................
    Wak tak heran bile jenguk2 kad blog pencacai2 UMNO boleh di katekan semuenye ' nampak bersetuju ' dengan kerajaan BN menaikan har...
  • Kesalahan Kiandee tak setara kes Hamzah, kata Muhyiddin
      Kesalahan Kiandee tak setara kes Hamzah, kata Muhyiddin Kesalahan Kiandee tak setara kes Hamzah, kata Muhyiddin 2 hours ago FMT Reporters ...
  • Pekerje-pekerje dalam Perkhidmatan Awam semuanye tentu bersetuju dengan pendapat (Cuepacs)
    Wak tak heran kalu pekerje2 yang berade dalam Perkhidmatan Awam tu semue nye bersetuju juge dengan saranan Presidennye tu. Kate nye 'pen...
  • Kerajaan Ismail akan jatuh? (Suatu teori konspirasi)
    bebasnews.my By Zaini Hassan -31/08/2021 DALAM tempoh 30 jam selepas kabinet Ismail Sabri Yaakob mengangkat sumpah semalam (Isnin 30 Ogos),...
  • Senjate sulit UMNO - hentem peribadi pemimpin2 PR .............
    Wak tak heran kalu UMNO menyerang pemimpin2 PR terutame nye PAS dan PKR dengan tohmah dan fitnah mem buruk2 kan peribadi. Sebenar nye UMNO...
  • Kubu PAS semakin meruntuh terkena bedilan merian buluh UMNO~~~~~~~~~~
    Harapan PAS - 'PAS for All'. Ini lah slogan PAS yang sangat berkesan pada PRU12 yang lepas. Setelah meraih kemenangan banyak kerusi...
  • Menteri2 UMNO selalu keluarkan idea2 kurang bijak............?
    Wak tak heran kenape menteri2 UMNO ni selalu keluarkan iade2 yang kurang bijak. Pertame pemimpin2 UMNO tahu bahawe pencacai2, penyokong da...
  • PAS kurang bijak jike gugurkan Mohamad Sabu...............
    Nik Amar perlu ukur baju di badan sendiri  Kedudukan penyandang jawatan timbalan presiden PAS Mohamad Sabu kini dilihat le...
  • Malaysia sudah mule di beli oleh negeri Cina...........
    Wak tak heran jike di suatu hari nanti negeri Malaysia ni akan jadi milik Cine sepenuh nye........ Wak memang kagum dengan lagu UMNO yan...

Banjar Bloger

Banjar Bloger

Terima Kasih

Terima Kasih

Maut

Maut
Mati akan tiba pada bila2 masa saja...Tak kira tua atau muda.

Ingatan bagi diriku

Ingatan bagi diriku

My Blog List

  • KERENGGA
    Misteri disebalik ucapan selamat maju jaya Zahid selepas Hamzah dicalon jadi PM
    1 day ago
  • Dapur Tanpa Sempadan...
    RESIPI KEK PAUN OREN
    2 years ago
  • MiLo SuaM
    Anwar Ibrahim sudah terima suntikan vaksin
    5 years ago
  • Batu vs Kayu
    Perutusan Dari Tun Mahathir
    6 years ago
  • Biaqpila™
    LIVE AJL 34
    6 years ago
  • BlogList Malaysia
    Menteri DAP Rasis S. Kulasegaran Sila Letak Jawatan
    8 years ago
  • Pejuang Tok Gajah46
    Siti Hasmah: Esok adalah hari kritikal
    8 years ago
  • KELAB GREENBOC
    [VIDEO] Husam Dedah Komisyen Balak Diguna Beli Wisma Tok Guru
    8 years ago
  • Kasultanan Banjar
    Syahidin Penghulu Haji Rasyid
    13 years ago

ayam piru

ayam piru
dah cukup matang

muscovy duck

muscovy duck
itek serati

Wak Labu Farm

Wak Labu Farm
sejauh mata memandang

Search This Blog

About Me

My photo
Wak Labu Farm
View my complete profile
  • Home

yang berkunjung ke laman Blog Wak Labu Farm - https://wak-labu.blogspot.my Terima Kaseh

Translate

Blog Archive

Report Abuse

Subscribe To

Posts
Atom
Posts
All Comments
Atom
All Comments

Followers

Tumbuhan herba

Tumbuhan herba
keladi tikus

Sahabat Bloggers

  • AGEN DSAI....
    JOM BALIK UNDI JOHOR, UMNO MENANG NAJIB BEBAS?
    2 weeks ago
  • Journal Pak Abu
    Keupayaan berfikir dan memahami logik asas yang sedang merudum ke bawah
    3 months ago
  • Anak Sungai Derhaka
    The Ahmadi Bertentangan Dengan Syariat Islam - Mohd Na’im
    2 years ago
  • Anakbukitgantang in Putrajaya
    Malaysia jadi buah catur Amerika vs China
    7 years ago
  • tok gajah
    Siti Hasmah: Esok adalah hari kritikal
    8 years ago
  • Direktori Blog Politik Malaysia
    Ke manakah Menghilangnya Pengganas Komunis dan Keturunannya?
    8 years ago
  • Cenangau Daunkari
    MUAFAKAT PAKATAN HARAPAN
    8 years ago

Sahabat bloggers

  • TAZKIRAH
    Tazkirah di Facebook
    1 week ago
  • SEDAKA SEJAHTERA
    PROGRAM AGIHAN BUBUR LAMBUK SEKITAR PARLIMEN JERAI
    4 years ago
  • ! BUJANG SENANG !
    DUN Johor bubar Ahad ini?
    4 years ago
  • Na'im Nikmat @blog
    MASALAH GENERASI LEMBIK.
    4 years ago
  • JENTAYUABAKA
    KESIHATAN MENTAL: TV ASING TERPESONA PROGRAM MEMANUSIAKAN MANUSIAWI
    5 years ago
  • PANEH MIANG
    Just an amusing observation..
    7 years ago

Sahabat Bloggers

  • Pahang Daily Online
    Kerajaan Negeri Pahang Meminta Orang Ramai Waspada Dengan Sindiket Penipuan Urusan Permohonan Tanah Di Daerah Bentong
    9 hours ago
  • Apa Yang Tersirat
    MENGHINA TYT SABAH ADALAH JENAYAH.
    1 year ago
  • tumpang sekole...?
    KK Mart -- Why the anger towards the Chinese community...
    2 years ago
  • Wak Long@Man
    Agong lantik Muhyiddin sebagai PM
    6 years ago
  • Batu vs Kayu
    Perutusan Dari Tun Mahathir
    6 years ago
  • Biaqpila™
    LIVE AJL 34
    6 years ago
  • KedahLanie.info
    KedahLanie sudah berpindah ke rumah baru..ini linknya..
    8 years ago
Simple theme. Powered by Blogger.