Showing posts with label Timbalan Menteri Kesihatan. Show all posts
Showing posts with label Timbalan Menteri Kesihatan. Show all posts

Tuesday, April 28, 2020

Dr Noor Azmi, Razman didenda ingkar PKP

MyMetro
Utama
Wartawan Harian Metro

DR Noor Azmi dihadapkan ke Mahkamah Majistret atas kesalahan melanggar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). 
FOTO Sharul Hafiz Zam

TIMBALAN Menteri Kesihatan Datuk Dr Noor Azmi dan Exco kerajaan negeri Perak Razman Zakaria masing-masing didenda RM1,000 oleh Mahkamah Majistret Grik, hari ini kerana ingkar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Sebelum ini, gambar Dr Noor Azmi bersama Razman dan beberapa individu lain tular di media sosial menghadiri jamuan di sebuah maahad tahfiz di Lenggong ketika PKP bagi mengekang penularan Covid-19 dilaksanakan.

Difahamkan, beliau ketika itu membuat lawatan rasmi ke Klinik Kesihatan Lenggong untuk meninjau situasi semasa petugas kesihatan bagi menangani wabak Covid-19.

Bagaimanapun, hantaran gambar di akaun rasmi Facebook Dr Noor Azmi kemudian dipadamkan selepas warganet mendakwa mereka melanggar PKP.

Razman yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gunung Semanggol turut membuat hantaran gambar di akaun Facebook miliknya memaklumkan mereka menjamu hidangan kampung.

Bagaimanapun, kedua-dua individu terbabit kemudian memohon maaf di atas perbuatan mereka.

Berita lanjut menyusul

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 28 April 2020 @ 10:53 AM

Monday, April 27, 2020

Langgar PKP: Timbalan menteri, exco Perak didakwa di mahkamah esok

FMT Reporters
-April 27, 2020 7:14 PM

Gambar tular menunjukkan Timbalan Menteri Kesihatan Dr Noor Azmi Ghazal dan exco negeri Razman Zakaria dan beberapa individu lain sedang makan tengah hari di sebuah madrasah di Lenggong, Perak mendapat reaksi pengguna internet yang mendakwa mereka melanggar PKP.

PETALING JAYA: Timbalan Menteri Kesihatan Dr Noor Azmi Ghazali dan anggota exco kerajaan negeri Perak Razman Zakaria akan didakwa di mahkamah esok kerana mengingkari perintah kawalan pergerakan (PKP), kata ketua Jabatan Siasatan Jenayah Polis Perak.

Anuar Othman berkata, 2 pemimpin itu akan didakwa di bawah Peraturan 6 (1) Peraturan-peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-langkah di dalam Kawasan Tempatan Jangkitan).

Kesalahan itu boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM1,000 atau penjara tidak melebihi 6 bulan atau kedua-duanya sekali.

Noor Azmi dan Razman akan didakwa di Mahkamah Majistret Gerik pagi esok.

Terdahulu, beberapa gambar beliau sedang makan tengah hari yang dimuat naik Noor Azmi di Facebook sempena lawatannya ke Maahad Tahfiz Quran Lid Dakwah Wal Imamah di Lenggong, Perak pada 17 April tular di media sosial dan status berkenaan mendapati reaksi warganet yang mendakwa beliau melanggar PKP yang dikuatkuasakan bagi menyekat penularan wabak Covid-19.

Noor Azmi bagaimanapun memohon maaf dan mengakui kesilapan berhubung kehadirannya itu selepas beliau memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Putrajaya.

Razman yang juga Adun Gunung Semanggol dan pesuruhjaya PAS Perak juga memohon maaf secara terbuka menerusi laman Facebooknya dan memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kerian.

Terdahulu Ketua Polis Perak Razarudin Husain dipetik sebagai berkata bahawa siasatan awal mendapati Noor Azmi sebelum itu meninjau kesiapsiagaan kakitangan Kementerian Kesihatan di Lenggong atas kapasitinya sebagai timbalan menteri kesihatan.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-