Showing posts with label FRU. Show all posts
Showing posts with label FRU. Show all posts

Saturday, December 8, 2018

Liputan langsung Himpunan Syukur ICERD #812

MALAYSIADATELINE


The Star melaporkan kira-kira 5,000 pelajar di seluruh negara akan menyertai perhimpunan ini kerana tidak berpuas hati terhadap skim potongan gaji berjadual bagi bayaran semula pinjaman PTPTN.

“Kami tidak berpuas hati dengan perkembangan terkini di PTPTN,” kata presiden Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (Gamis), Muhammad Faizuddin Mohd Zai.

Portal itu juga melaporkan kebimbangan mengenai isu keselamatan dan penutupan jalan berikutan perhimpunan itu menyebabkan banyak perniagaan di kawasan itu ditutup hari ini.
Persatuan Kucing Merah yang turut berhimpun menyatakan hak mereka

1.33 petang: Unit Amal PAS mengerahkan 2,000 petugasnya untuk mengawal keadaan semasa perhimpunan itu, menurut Harakah Online.

Pengarah Unit Amal Mohd Nazree Mohd Aris berkata 400 daripada mereka akan mengawal lalu lintas di kawasan sekitar, 190 akan mengawasi keperluan perubatan manakala selebihnya akan mengendalikan keselamatan dan mencegah provokasi.
Perhimpunan di anjuran Ngo Melayu Islam dan disokong oleh Umno dan Pas di jangka dihadiri ribuan orang yang memenuhi jalan-jalan di Kuala Lumpur dan kemudian akan bergerak ke Dataran Merdeka.

Himpunan ini sebagai tanda kesyukuran keputusan kerajaan untuk tidak mengiktiraf Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD).

Mereka yang hadir berkumpul di tiga lokasi – pusat beli-belah Sogo, Masjid Jamek dan Masjid Negara. Mereka akan berarak ke Dataran Merdeka. Himpunan itu akan bermula pada jam 2 petang ini dan dijangka selesai pada jam 6 petang.

Sehingga kini, mengikut anggaran pihak polis yang berada di Masjid Negara, sekitar 4,000 penyokong hadir dalam perhimpunan anti-Icerd hari ini. Rata-rata yang hadir terdiri dari pelbagai peringkat umur, tua dan muda dengan memakai t-shirt berwarna putih atau dengan tulisan “Bantah Icerd”.

Pihak Unit Simpanan Persekutuan (FRU) dilihat bersiap sedia di Jalan Parlimen. Sekurang-kurangnya satu trak meriam air, sebuah bas dan lima trak yang penuh dengan anggota polis FRU dilihat ditempatkan di depan rumah kedai berhampiran kelab akhbar Jalan Parlimen.

Berita penuh https://malaysiadateline.com/liputan-langsung-himpunan-syukur-icerd-812/

Monday, November 26, 2018

Rusuhan di kuil: 17 lelaki ditahan

Bernama
Diterbitkan 26 Nov 2018, 10:44 malam 


Seramai 17 lelaki tempatan ditahan, setakat ini, bagi membantu siasatan kekecohan di kuil Sri Maha Mariamman di USJ 25, Putra Heights, Subang Jaya pagi tadi.

Ketua Polis Negara, Mohamad Fuzi Harun berkata polis juga telah mengenal pasti kesemua individu terlibat termasuk dalang dan siasatan lanjut masih diteruskan.

“Polis turut merampas senjata yang digunakan dalam kejadian itu seperti dua bilah pedang, dua batang kayu dan dua paip getah. Sebanyak 29 laporan polis telah diterima setakat ini berhubung kejadian itu.

“Segala aspek sedang disiasat dengan telus dan kita akan ambil tindakan tegas terhadap pihak terlibat,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor, malam ini.

Mohamad Fuzi menjelaskan daripada 17 yang ditahan itu, seramai enam daripada mereka mengalami kecederaan.

Beliau berkata seorang anggota polis berpangkat koperal dari Ibu Pejabat Polis Daerah Subang Jaya turut cedera ketika cuba meleraikan kekecohan.

Beliau menegaskan insiden ganas di kuil berkenaan tiada kena-mengena dengan perbalahan perkauman sebaliknya menjurus kepada isu pemindahan kuil dari lokasi asal ke lokasi baharu di Putra Heights yang terletak kira-kira tiga kilometer.

Justeru, Mohamad Fuzi meminta semua pihak supaya berhenti membuat spekulasi atau memberikan komen tidak bertanggungjawab yang boleh mengeruhkan keadaan.

Mengenai dakwaan pihak polis lewat tiba di tempat kejadian untuk membantu meleraikan kekecohan, beliau menyangkal dakwaan itu dan menegaskan bahawa anggota polis tiba di tempat kejadian 10 minit selepas menerima maklumat.

“Kita terima panggilan 2.40 pagi dan kita sampai di tempat kejadian 2.50 pagi dan Ketua Polis Daerah (Subang Jaya) sampai kira-kira 30 minit selepas menerima maklumat berhubung kekecohan itu.

“(Dakwaan) itu tidak tepat sama sekali, kita ada rekod, kita ada catatan diari dan urutan perkembangan. Harap jangan buat spekulasi tidak bertempat, mereka tidak tahu situasi sebenar kerana kita yang kawal keadaan,” katanya dengan tegas.

Mengenai dakwaan pemilik tapak kuil iaitu syarikat pemaju One City Development Sdn. Bhd., yang menafikan ia menjadi dalang kejadian itu, Mohamad Fuzi berkata pihaknya sedang menyiasat mengenainya dan terlalu awal untuk membuat kesimpulan.

Jelas beliau, proses pemindahan kuil ini bukan kali pertama diadakan malah pada tahun ini sudah tiga kali ia dilakukan dan yang terakhir pada empat minggu lalu, usaha seumpamanya diadakan namun gagal kerana berlaku kekecohan.

Menurut Mohamad Fuzi, polis tidak campur tangan dan hanya berperanan untuk mengawal keselamatan.

“Sepatutnya pukul 6 pagi tadi FRU (Pasukan Simpanan Persekutuan) dan anggota dari IPD Serdang sepatutnya berkawal di kuil tersebut bagi pelaksanaan proses pemindahan ke tapak kuil baharu, tetapi kekecohan berlaku lebih awal,” katanya.

[Berita lanjut menyusul]

Polis sahkan rusuhan di kuil tiada kaitan unsur perkauman

Diterbitkan 26 Nov 2018, 11:44 pagi


Polis hari ini menolak dakwaan bahawa kejadian rusuhan di tapak Kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25, Putra Heights, di Subang Jaya, awal pagi ini ada kaitan dengan isu perkauman.

Sebaliknya, kata Ketua Polis Selangor, Datuk Mazlan Mansor, pergaduhan itu berpunca akibat pertikaman lidah antara dua kumpulan berhubung arahan memindahkan kuil tersebut yang dikeluarkan mahkamah sebelum ini.

“Dalam kejadian kira-kira pukul 2.45 pagi itu, berlaku kekecohan antara sekumpulan 50 lelaki yang berada dalam pekarangan kuil tersebut dengan sekumpulan lagi lelaki yang berada di luar kuil.

“Sebanyak 18 kenderaan termasuk dua motosikal terbakar manakala sebuah kereta peronda polis turut dibaling batu oleh perusuh,” katanya yang dipetik oleh portal Utusan Online semasa sidang akhbar di Ibu pejabat Polis Daerah Subang Jaya.

Mazlan juga memaklumkan, polis sudah menahan dua lelaki berusia lingkungan 30-an selepas dipercayai terlibat dalam rusuhan tersebut.

Katanya, kedua-dua lelaki terbabit ditahan di Hospital Serdang ketika menjalani rawatan akibat kecederaan dialami selepas rusuhan itu.

“Kita juga telah menempatkan sebanyak lebih 700 pegawai dan anggota termasuk dari pasukan Unit Simpanan Persekutuan (FRU) untuk bersedia di kawasan kuil itu.

“Buat masa ini, keadaan terkawal dan kita minta semua pihak bertenang dan jangan timbulkan sebarang kenyataan yang boleh mengeruhkan keadaan, bagi kita siasat dulu,” katanya.

Malaysiakini, pagi tadi melaporkan keganasan meletus di luar kuil Seafield Sri Maha Mariamman di USJ 25, Subang Jaya subuh hari ini dan paling kurang sebuah lori pikap diterbalikkan khalayak yang marah.

Sunday, August 30, 2015

Ketua Polis KL puji peserta BERSIH 4

Anne Muhammad Hari ini, 5:44 pm Hari ini, 5:48 pm
Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Tajuddin Md Isa memuji peserta BERSIH 4 yang disiplin dan mematuhi arahan pihak berkuasa untuk tidak masuk ke Dataran Merdeka termasuk membuat sebarang kekacauan.

Katanya, keadaan masih terkawal tanpa sebarang tangkapan dilakukan di Kuala Lumpur membabitkan peserta perhimpunan itu.

"Setakat ini okay. Peserta ramai dan keadaan terkawal. Peserta BERSIH dilihat berdisiplin dan patuh pada arahan.

"Tidak ada sebarang tangkapan di Kuala Lumpur," katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

Menurutnya, sehingga kini anggota polis yang dikerah untuk mengawal sebahagian tempat di Kuala Lumpur mencukupi.

"Kita dah rancang dan memang anggota yang mengawal mencukupi," katanya sambil menganggarkan seramai 26,000 peserta turun ke jalan raya masuk hari kedua hari ini.

Ditanya ada mengeluarkan arahan untuk menggunakan trak FRU atau kelengkapan lain berkata:

"Tidak ada arahan untuk guna kelengkapan lain termasuk FRU. Kita akan pantau, lihat perkembangan semasa,"katanya.

Sementara itu mengikut tinjauan Malaysiakini, kira-kira 8 trak FRU dan 10 trak polis ditempatkan parkir di Ibu Pejabat polis Daerah Kuala Lumpur.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-