Showing posts with label Facebook (FB). Show all posts
Showing posts with label Facebook (FB). Show all posts

Saturday, May 16, 2020

Polis 'buru' tiga pemilik FB

Muhaamad Hafis Nawawi
mhafis@hmetro.com.my
MyMetro

GAMBAR hiasan

POLIS sudah membuka kertas siasatan berhubung tiga pemilik akaun Facebook (FB) yang mengeluarkan kenyataan berbaur penghinaan dan hasutan terhadap Islam dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri.

Timbalan Pengarah (Siasatan/Perundangan) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Deputi Komisioner Mior Faridalathrash Wahid berkata, pihaknya sudah menerima laporan dibuat berhubung kenyataan menghina itu.

Menurutnya, setakat ini individu terbabit belum ditahan dan polis sedang mengesan mereka.

"Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948, Seksyen 505b Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Sementara itu, Exco Pemuda Umno, Muqharabbin Mokhtarrudin berkata, beliau tergerak hati untuk tampil membuat laporan polis selepas terbaca kenyataan dimuat naik mereka ketika menteri sedang membuat ucapan secara langsung berkaitan kebenaran solat Jumaat.

"Saya lihat komen mereka berbaur rasis dan menghina agama Islam dan laporan dibuat itu bukan bersifat politik sebaliknya tanggungjawab sebagai seorang Islam.

"Laporan polis itu dibuat dua hari lalu dan saya berharap polis serta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dapat mengambil tindakan tegas," katanya.

Katanya, beliau juga bukanlah rasis kepada kaum lain tetapi ingin negara ini hidup harmoni dan aman.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 16 Mei 2020 @ 5:55 PM

Monday, July 29, 2019

Hina Nabi: Didakwa Diri Pemilik Akaun FB Wendy Loong ‘Mamu Parpu’ Buat Laporan Polis

JULY 29, 2019


GEORGE TOWN:  Pemilik akaun Facebook ( FB) Mohsin Abdul Latif atau Mamu Parpu menafikan beliau adalah pemilik akaun FB Wendy Loong yang telah menghina Islam dan Nabi Muhammad SAW.

Menurutnya, dakwaan yang mula tersebar di laman sosial FB dan Whatsapp sejak semalam adalah tidak benar.

“Mereka menuduh IP Address Wendy Loong sama dengan IP Address saya, tanpa memberitahu apa IP Address Wendy Loong,” katanya.

“Lebih menyedihkan apabila ramai yang termakan fitnah ini termasuk peguam Siti Kassim dan Menteri Wilayah Persekutuan Khalid Samad,” katanya ketika dihubungi melalui aplikasi Whatsapp pagi Isnin.

Menurut Mohsin, dia antara individu pertama membuat laporan polis berhubung kenyataan berbentuk penghinaan Nabi Muhammad di FB milik Wendy Loong.

Susulan itu , Mohsin membuat laporan polis berhubung dakwaan dirinya adalah pemilik akaun FB Wendy Loong .

Laporan dibuat jam 3.30 pagi Isnin di Balai Polis Jalan Patani,Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut.

Sebelum ini, Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerima 483 laporan berhubung kenyataan berbentuk penghinaan terhadap Nabi Muhammad SAW oleh pemilik akaun Wendy Loong di Facebook.

Ketua Komunikasi Korporat PDRM, Datuk Asmawati Ahmad, berkata kenyataan berbentuk penghinaan dibuat pemilik akaun itu di Facebook – Kiub Batu Itu Berhala, yang dianggotai kumpulan tertutup lapor Astro Awani.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-