Wak Labu Farm

Mohd Suleiman Othman

Showing posts with label Himpunan Pemuda Islam. Show all posts
Showing posts with label Himpunan Pemuda Islam. Show all posts

Thursday, February 23, 2023

Sekarang perarakan pamer pakaian hulubalang Islam pun tak boleh?

agendaily.com
23/02/2023
Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan, Datuk Abdullah Ya’kub.

Kerajaan gabungan Pakatan Harapan-Barisan Nasional (PH-BN) dikecam kerana dilihat sengaja mencari perkara yang bersifat negatif semata-mata, bagi memburuk-burukkan Perikatan Nasional (PN), khususnya PAS.

Terbaharu, perarakan yang mengenakan pakaian ala-hulubalang pada era kegemilangan Islam ketika program Himpunan Pemuda Islam Terengganu (HIMPIT) sengaja dijadikan isu oleh pihak tertentu, untuk memburuk-burukkan PAS.

Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan, Datuk Abdullah Ya’kub berkata perarakan dengan membawa replika senjata merupakan perkara biasa dalam masyarakat bagi menggambarkan seni era kegemilangan Islam.

Namun, katanya apa yang berlaku sekarang pihak tertentu cuba menggambarkan dari sudut negetif sehingga ia boleh mengelirukan masyarakat bukan Islam.

“Tindak tanduk pihak terbabit boleh mengundang pandangan buruk terhadap orang Islam. Sedangkan apa yang cuba digambarkan pemuda PAS memperlihatkan seni kepahlawanan Islam zaman lampau.

“Sepatutnya perarakan pakaian ala pahlawan Islam dibanggakan semua orang Muslim terutamanya generasi muda yang tidak terdedah dengan sejarah lama,” katanya menurut lidah rasmi PAS, Harakah.

Perarakan itu dimanipulasi oleh pihak tertentu, terutama mereka yang mesra dengan kerajaan PH-BN, bagi menggambarkan PAS cuba membangkitkan isu keganasan sehingga membimbangkan masyarakat.

Susulan itu, beberapa pihak termasuk Menteri Dalam Negeri kerajaan PH-BN, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dan polis mengeluarkan kenyataan memberi amaran supaya tiada pihak cuba mencetuskan huru-hara.

Mengulas lanjut, Abdullah berkata, pemakaian ala perang oleh pasukan menyertai perarakan hanya sekadar pertandingan pakaian beragam yang dianjurkan pelbagai pihak di seluruh negara sebelum ini.

“Tidak ada sebarang unsur yang boleh menggugat atau mencetus kebimbangan masyarakat kalau sekadar pertandinan pakaian kreatif,” katanya.

By Wak Labu Farm at February 23, 2023 No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Labels: HIMPIT, Himpunan Pemuda Islam, PAS, Perikatan Nasional (PN)

Tuesday, February 21, 2023

Adakah cinta kepada Islam jadi kesalahan zaman Malaysia Madani?

agendaily.com
21/02/2023
Ketua Penerangan PAS Pusat yang juga Ahli Parlimen Jerantut, Ir Khairil Nizam Khirudin.

Polis mengesahkan perarakan Himpunan Pemuda Islam Terengganu (HIMPIT) yang turut membawa replika senjata seperti pedang dan lembing adalah salah satu daripada acara yang dipertandingkan pada program itu iaitu reka cipta bertemakan pakaian, senjata replika dan warisan Islam.

Ketua Penerangan PAS Pusat, Ir Khairil Nizam Khirudin turut berterima masih kepada Ketua Polis Terengganu, Datuk Rohaimi Md Isa yang mengesahkan gambar yang tular di media sosial sebenarnya acara perarakan yang dipertandingkan.

Beliau berkata, kenyataan itu sekali gus menjawab tohmahan jahat seorang pemimpin muda sebuah parti komponen Pakatan Harapan (PH) di Kelantan yang mengkaitkan Cosplay Himpunan ‘HIMPIT’ di Terengganu sebagai unsur yang boleh disiasat mengikut Akta Bahan Kakisan dan Letupan Senjata Berbahaya 1958 dan juga ada yang mencadangkan ia dilihat dalam aspek ‘anti keganasan’.

“PAS menegaskan bahawa himpunan HIMPIT di Terengganu adalah satu Manifestasi Semangat Sayang Kepada Perjuangan Para Sahabat dan cinta kepada Islam dengan pakaian yang menjelmakan watak pejuang Islam di zaman para sahabat Rasullullah SAW.

“Apakah cinta kepada Islam agama sejahtera itu sudah salah di zaman pemerintahan Malaysia Madani?

“Kami melihat isu ini sengaja dilemparkan kepada PAS dalam usaha memburuk-burukkan imej parti ini selain membawa lagi satu dogma Islamofobia dalam masyarakat,” katanya dalam kenyataan semalam.

Sebelum ini, beberapa pihak khususnya pemimpin kerajaan PH-Barisan Nasional (PH-BN) menyerang PAS setelah gambar perarakan itu ditularkan media sosial dan media massa, sehingga Pengerusi PH Terengganu, Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad, membuat laporan polis.

Raja Kamarul Bahrin berkata tindakan kumpulan itu disifatkan sebagai ekstrem dan boleh menggugat keharmonian antara kaum bukan sahaja di Terengganu, malah di seluruh negara.

“Acara perarakan di jalanan secara terbuka dengan memakai pakaian perang dengan membawa peralatan berbentuk seperti pedang dan lembing adalah satu bentuk intimidasi yang boleh menimbulkan kerisauan orang ramai.

“Kami lihat Pas kini semakin berani menunjukkan sikap ekstrem mereka secara terangan-terangan tanpa memikirkan kesan terhadap perpaduan kaum di negara ini,” katanya.

Malah, memetik laporan Mkini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) kerajaan PH-BN, Datuk Mohd Na’im Mokhtar berkata perarakan dengan menggunakan simbol pahlawan Islam dengan senjata beri gambaran tidak baik kepada agama dan negara.

“Perarakan tersebut telah menimbulkan pelbagai persepsi dan juga kegelisahan masyarakat.

“Pada hemat saya, tindakan berarak dengan kaedah tersebut adalah tidak wajar dan boleh memberikan gambaran yang tidak baik kepada agama Islam dan negara,” kata Mohd Na’im.
By Wak Labu Farm at February 21, 2023 No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Labels: Himpunan Pemuda Islam, lembing, PAS, pedang, polis, replika
Older Posts Home
Subscribe to: Posts (Atom)

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-

  • Kesalahan Kiandee tak setara kes Hamzah, kata Muhyiddin
      Kesalahan Kiandee tak setara kes Hamzah, kata Muhyiddin Kesalahan Kiandee tak setara kes Hamzah, kata Muhyiddin 2 hours ago FMT Reporters ...
  • Kerajaan Ismail akan jatuh? (Suatu teori konspirasi)
    bebasnews.my By Zaini Hassan -31/08/2021 DALAM tempoh 30 jam selepas kabinet Ismail Sabri Yaakob mengangkat sumpah semalam (Isnin 30 Ogos),...
  • "The Black Rose 1.0"
    "31 DECEMBER 2012 Buku berkaitan penukaran akuan bersumpah Bala mula tersebar KUALA LUMPUR 31 Dis: Buku yang berkaitan dengan pe...
  • Pencacai2 UMNO yang sedang memendam rase.................
    Wak tak heran bile jenguk2 kad blog pencacai2 UMNO boleh di katekan semuenye ' nampak bersetuju ' dengan kerajaan BN menaikan har...
  • Pemimpin2 UMNO senyum dalam tangisan ....... menghadapi PRU 13.
    Wak tak heran kalu lihat pemimpin2 UMNO ni tersenyum, sebenar nye dalam senyuman tu ade lah tangisan........ Senario PRU 13 ni sangat be...
  • Apa bezanya pendapat orang Islam di India dan orang Islam di Malaysia berkenaan ISU KEPALA LEMBU DAN MASJID BABAR?
    What happened in Ayodhya? In 1992 a mosque in Ayodhya was torn down by angry Hindus who believed that Hindu...
  • Selesai krisis segera sebelum rakyat tolak MCA, BN: Najib
    "KULA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak hari ini menasihati MCA menyelesaikan kemelut politik mereka dengan segera sebelum rakyat mengambi...
  • Usahe sudah mule mendatangkan hasil................
    Wak cube tanam pokok ni cume untuk suke2 aje, nampak nye tanaman ni dah mule mengeluarkan hasil nye. Buah ni masih mude lagi dan rase ...
  • PAS kurang bijak jike gugurkan Mohamad Sabu...............
    Nik Amar perlu ukur baju di badan sendiri  Kedudukan penyandang jawatan timbalan presiden PAS Mohamad Sabu kini dilihat le...
  • Kepade sahabat2 dan kaum keluarge yang sebangse dan seketurunan dengan ku..............
    Wak heran juge bile semakin ramai terutamenye kaum mude mudi keturunan banjar sudah semakin melupekan asal usul diri mereke. Boleh dikatekan...

Banjar Bloger

Banjar Bloger

Terima Kasih

Terima Kasih

Maut

Maut
Mati akan tiba pada bila2 masa saja...Tak kira tua atau muda.

Ingatan bagi diriku

Ingatan bagi diriku

My Blog List

  • KERENGGA
    7 pelaburan TH rugi 100 peratus, tanggung rugi hampir RM13 bilion
    22 hours ago
  • Dapur Tanpa Sempadan...
    RESIPI KEK PAUN OREN
    2 years ago
  • MiLo SuaM
    Anwar Ibrahim sudah terima suntikan vaksin
    5 years ago
  • Batu vs Kayu
    Perutusan Dari Tun Mahathir
    6 years ago
  • Biaqpila™
    LIVE AJL 34
    6 years ago
  • BlogList Malaysia
    Menteri DAP Rasis S. Kulasegaran Sila Letak Jawatan
    8 years ago
  • Pejuang Tok Gajah46
    Siti Hasmah: Esok adalah hari kritikal
    8 years ago
  • KELAB GREENBOC
    [VIDEO] Husam Dedah Komisyen Balak Diguna Beli Wisma Tok Guru
    8 years ago
  • Kasultanan Banjar
    Syahidin Penghulu Haji Rasyid
    13 years ago

ayam piru

ayam piru
dah cukup matang

muscovy duck

muscovy duck
itek serati

Wak Labu Farm

Wak Labu Farm
sejauh mata memandang

Search This Blog

About Me

My photo
Wak Labu Farm
View my complete profile
  • Home

yang berkunjung ke laman Blog Wak Labu Farm - https://wak-labu.blogspot.my Terima Kaseh

Translate

Blog Archive

Report Abuse

Subscribe To

Posts
Atom
Posts
All Comments
Atom
All Comments

Followers

Tumbuhan herba

Tumbuhan herba
keladi tikus

Sahabat Bloggers

  • AGEN DSAI....
    JOM BALIK UNDI JOHOR, UMNO MENANG NAJIB BEBAS?
    4 weeks ago
  • Journal Pak Abu
    Keupayaan berfikir dan memahami logik asas yang sedang merudum ke bawah
    3 months ago
  • Anak Sungai Derhaka
    The Ahmadi Bertentangan Dengan Syariat Islam - Mohd Na’im
    2 years ago
  • Anakbukitgantang in Putrajaya
    Malaysia jadi buah catur Amerika vs China
    7 years ago
  • tok gajah
    Siti Hasmah: Esok adalah hari kritikal
    8 years ago
  • Direktori Blog Politik Malaysia
    Ke manakah Menghilangnya Pengganas Komunis dan Keturunannya?
    8 years ago
  • Cenangau Daunkari
    MUAFAKAT PAKATAN HARAPAN
    8 years ago

Sahabat bloggers

  • TAZKIRAH
    Tazkirah di Facebook
    3 weeks ago
  • SEDAKA SEJAHTERA
    PROGRAM AGIHAN BUBUR LAMBUK SEKITAR PARLIMEN JERAI
    4 years ago
  • ! BUJANG SENANG !
    DUN Johor bubar Ahad ini?
    4 years ago
  • Na'im Nikmat @blog
    MASALAH GENERASI LEMBIK.
    4 years ago
  • JENTAYUABAKA
    KESIHATAN MENTAL: TV ASING TERPESONA PROGRAM MEMANUSIAKAN MANUSIAWI
    5 years ago
  • PANEH MIANG
    Just an amusing observation..
    7 years ago

Sahabat Bloggers

  • Pahang Daily Online
    Kerajaan Perpaduan Di Pahang Masih Harmoni, PAS Tidak Perlu 'Gelojoh' Bawa Naratif Konon UMNO Tolak 'Penyatuan Ummah' Di Negeri Ini
    12 hours ago
  • Apa Yang Tersirat
    MENGHINA TYT SABAH ADALAH JENAYAH.
    1 year ago
  • tumpang sekole...?
    KK Mart -- Why the anger towards the Chinese community...
    2 years ago
  • Wak Long@Man
    Agong lantik Muhyiddin sebagai PM
    6 years ago
  • Batu vs Kayu
    Perutusan Dari Tun Mahathir
    6 years ago
  • Biaqpila™
    LIVE AJL 34
    6 years ago
  • KedahLanie.info
    KedahLanie sudah berpindah ke rumah baru..ini linknya..
    8 years ago
Simple theme. Powered by Blogger.