Showing posts with label Imigresen Malaysia. Show all posts
Showing posts with label Imigresen Malaysia. Show all posts

Sunday, July 2, 2023

Insiden KLIA: Notis penolakan pelancong China ikut prosedur

hmetro.com.my
Wartawan Harian Metro
am@hmetro.com.my
PELANCONG menjalani pemeriksaan pasport di Jabatan Imigresen Malaysia KLIA. FOTO Arkib NSTP
Kuala Lumpur: Penolakan kemasukan pelawat wanita dari China dikenali sebagai Wang Xu dijalankan mengikut prosedur serta selaras Arahan Tetap Ketua Pengarah Imigresen Bil. 09 Tahun 2017.

Memetik laporan sebuah portal, Penolong Penguasa Imigresen Syahmi Syafie Md Nazmil memaklumkan dakwaan budaya rasuah dalam kalangan pegawai di lapangan terbang adalah tidak berasas.

Menurutnya, semasa soal siasat, subjek tidak memenuhi syarat kemasukan pelancong kerana tidak memiliki tiket pulang ke negara asal serta gagal menyatakan dengan jelas penginapan semasa berada di Malaysia.

"Soal siasat serta komunikasi dengan subjek juga agak terbatas kerana subjek hanya boleh berbahasa Cina dan sukar memahami soalan yang diajukan," kata laporan itu.

Dalam pada itu, seorang wanita yang berkomunikasi dengan pegawai penguat kuasa melalui telefon bimbit subjek serta memperkenalkan diri sebagai Emma memberitahu wanita itu datang dengan tujuan menjaga anaknya.

Sementara itu, laporan memaklumkan kemasukan pelawat yang dikemas kini daftar penolakan masuk ke dalam sistem Sistem Imigresen Malaysia (MyIMMs) hanya boleh dibatalkan dengan kelulusan pengarah Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) atau Ketua Pengarah Imigresen sahaja.

Dalam pada itu, Syahmi juga mendakwa pegawai bertugas juga tidak diberikan peluang untuk memberi penjelasan atau membela diri meskipun dituduh meminta wang berjumlah RM3,000 melalui ejen untuk dilepaskan.

Terdahulu, Harian Metro melaporkan seorang menteri didakwa menceroboh masuk ke balai ketibaan antarabangsa KLIA bagi membebaskan pelawat China yang ditahan JIM, semalam.

Kejadian itu turut tular di media sosial apabila menteri terbabit dikatakan masuk ke ruangan itu tanpa memohon pas keselamatan.

Perbuatannya dipercayai bagi 'menyelamatkan' seorang wanita warga China yang dinafikan kemasukan ke negara ini sebaik tiba di lapangan terbang.

Sementara itu, Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) mengambil tindakan serta-merta dengan memulakan siasatan ke atas laporan berita itu.

Tuesday, December 31, 2019

Tiada rekod keluar pelancong: Satu sindiket terancang?

December 31, 2019


PAS bimbang dengan isu lambakan kemasukan pelancong China dan India ke dalam negara yang tidak mempunyai rekod keluar.

Perkara ini begitu serius dan boleh menjejaskan kedaulatan dan keselamatan negara.

Menurut Laporan Ketua Audit Negara 2018 Siri 2, sepanjang 2016 sehingga 2018, sebanyak 79,799 data ketibaan warga China dan 41,243 warga India melawat ke negara ini.

Namun, Sistem Imigresen Malaysia (MyIMMs) merekodkan sejumlah 76,258 (95.6 peratus) warga China dan 39,806 (96.5 peratus) warga India tidak mempunyai rekod keluar.

Pada 21 Ogos 2019, telah berlaku gangguan sistem rangkaian di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) selama tiga hari. Ia menjadi catatan hitam dalam sejarah negara.

Dalam tempoh tersebut, tular di media sosial segerombolan warga China masuk ke Malaysia atas tiket pelancong.

Perkara ini dilihat sebagai satu tindakan terancang apabila Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Airports Holding Berhad (MAHB) membuat laporan kepada Jabatan Imigresen dan PDRM supaya menyiasat kegagalan rangkaian di KLIA itu seperti satu tindakan berniat jahat.

Ia seperti mempunyai kaitan dengan sindiket kad pengenalan, passport dan sijil kelahiran palsu di Pulau Pinang yang menyebabkan lebih 20 suspek telah ditangkap termasuk seorang pegawai Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Pulau Pinang.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk T Narenasagaran, mengatakan pihaknya percaya sindiket ini bukan sahaja berlaku di Pulau Pinang malah di negeri-negeri lain dan percaya sudah lama beroperasi.

PAS menegaskan secara total agar pihak Menteri dan pihak berkuasa agar segera menyiasat sindiket kemasukan warga China dan India serta kaitannya dengan sindiket kad pengenalan palsu secara menyeluruh.

Jangan kerana kepentingan pihak tertentu untuk mempertahankan kuasa politik, kedaulatan dan keselamatan negara tergadai di tangan orang asing.

“Islam Memimpin Perpaduan”
“Muafakat Nasional Membina Malaysia Sejahtera”


KAMARUZAMAN MOHAMAD
Ketua Penerangan
Parti Islam Se-Malaysia (PAS
)
31 Disember 2019 | 4 Jamadilawal 1441

 – HARAKAHDAILY
    31/12/2019

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-