Showing posts with label JPBM. Show all posts
Showing posts with label JPBM. Show all posts

Tuesday, August 27, 2019

Bapa Adib peroleh kebenaran prosiding hina mahkamah ke atas Peguam Negara

MALAYSIADATELINE

Tommy Thomas

Keluarga Muhammad Adib Mohd Kassim memperoleh kebenaran daripada Mahkamah Koroner untuk memulakan prosiding komital (hina mahkamah) terhadap Peguam Negara, Tommy Thomas berhubung punca kematian anggota bomba dan penyelamat Malaysia (JPBM) itu.

Memetik laporan Sinarharianonline hari ini, Koroner, Rofiah Mohamad membuat keputusan itu selepas membenarkan permohonan ex- parte (sebelah pihak) yang difailkan oleh ayah Muhammad Adib, Mohd Kassim Abdul Hamid.

Mohd Kassim, 65, memfailkan permohonan itu pada 16 Julai lalu.

Terdahulu, Tommy didakwa membuat penghinaan terhadap mahkamah menerusi afidavit yang difailkan oleh Jabatan Peguam Negara pada 3 April lalu.

Tommy juga didakwa telah campur tangan salah dalam pelaksanaan keadilan (‘unlawful interference in the cause of justice’).

Ekoran campur tangan salah itu, Tommy didakwa telah menyebabkan prosiding inkues kematian Muhammad Adib tertangguh, sekaligus melengahkan keadilan daripada dicapai.

Mohd Kassim, juga mendakwa Tommy menindas peguam Syazlin Mansor daripada melakukan tugasannya sebagai Peguambela dan Peguamcara dan pegawai Mahkamah yang sah mewakili kepentingan bersama Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), JPBM dan keluarga Muhammad Adib.

Pada 15 April lalu, Jawatankuasa Bertindak Menyelamatkan Kuil Mariamman Seafield menarik balik rayuannya di Mahkamah Rayuan untuk menjadi pemerhati dalam inkuri tersebut setelah Tommy menyatakan kecederaan dialami Muhammad Adib bukanlah dipukul pada perenggan ke-5 dan 6 afidavit tersebut.

Muhammad Adib,24, parah dalam rusuhan Kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25, Subang Jaya pada 27 November tahun lalu dan meninggal dunia pada 17 Disember 2018 di Institut Jantung Negara selepas 21 hari dirawat.

Berita penuh https://malaysiadateline.com/bapa-adib-peroleh-kebenaran-prosiding-hina-mahkamah-ke-atas-peguam-negara/

Friday, November 30, 2018

Alhamdulillah, Adib mula sedar...

MyMetro
Hafidzul Hilmi Mohd Noor
hafidzul@nstp.com.my


KEADAAN anggota Bomba, Muhammad Adib Mohd Kassim, 24, yang parah dipukul dalam rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman, Subang Jaya, Selasa lalu mula sedar dan faham arahan yang diberikan.

Ketua Pegawai Eksekutif Institut Jantung Negara (IJN) Datuk Seri Dr Azhari Yakub berkata, keadaan Muhammad Adib masih dikategorikan sebagai kritikal namun stabil.

“Pagi tadi dia mula sedar dan faham arahan yang diberikan. Itu adalah tanda positif yang menunjukkan otak berfungsi.

“Bagi kecederaan organ, Muhammad Adib masih menggunakan mesin Extracorporeal Membrane Oxygenation (ECMO) yang membantu fungsi paru-paru,” katanya pada sidang media di IJN, Kuala Lumpur, hari ini.

Hadir sama, Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JPBM) Datuk Mohammad Hamdan Wahid dan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Mohamed Farid Md Rafik.

Dr Azhari berkata, pemeriksaan tekanan darah masih rendah bermaksud buah pinggang beliau rosak dan memerlukan rawatan dialisis.

“Kami menjangkakan beliau memerlukan penggunaan mesin ECMO kira-kira beberapa hari lagi.

“Kita harap masyarakat terus berdoa supaya keadaan Muhammad Adib terus bertambah baik,” katanya.

Terdahulu Kementerian Kesihatan dan Institut Jantung Negara (IJN) masih dalam proses untuk menyediakan laporan perubatan Muhammad Adib.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad dilaporkan berkata, pihaknya yakin ia dapat dilaksanakan dalam masa terdekat.

Katanya, laporan itu penting bagi mengenal pasti tahap dan punca kecederaan dialami mangsa.

Dalam kejadian pada awal pagi Selasa lalu, Muhammad Adib anggota Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Subang Jaya parah dipukul dalam rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman.

Lagi berita berkaitan Rusuhan Kuil Maha Mariamman


Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 30 November 2018 @ 10:29 AM

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-