Showing posts with label IJN. Show all posts
Showing posts with label IJN. Show all posts

Tuesday, September 13, 2022

Najib kekal dirawat di hospital kerajaan seperti banduan lain

hmetro.com.my
Noor Atiqah Sulaiman
am@hmetro.com.my
Khairy Jamaluddin ketika berucap di Majlis Penerimaan Anugerah Malaysia Book Majlis Penerimaan Anugerah Malaysia Book of Records dan Pelancaran Laporan Record Breaking COVID-19 Vaccination : Public-Private Partnership di Putrajaya.
FOTO MOHD FADLI HAMZAH

Putrajaya: Datuk Seri Najib (Razak) akan kekal menerima rawatan di hospital kerajaan termasuk Hospital Kuala Lumpur (HKL) seperti yang termaktub dalam prosedur banduan yang ditetapkan sebelum ini.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata, berikutan itu beliau menafikan Najib akan dibawa ke Institusi Jantung Negara (IJN) seperti yang dilaporkan sebelum ini.

"Saya sudah menghubungi Pengarah HKL, Datin Paduka Dr Rohana Johan dan beliau memaklumkan Najib kini dalam keadaan stabil. Najib tidak akan dihantar ke IJN kerana prosedur banduan adalah mereka perlu dirujuk ke hospital kerajaan.

"Disebabkan tidak mahu ada pertikaian selepas ini, jadi saya minta kepada HKL dan Timbalan Ketua Pengarah Perubatan, Datuk Dr Asmayani Khalib untuk memberikan rawatan susulan yang diperlukan oleh Najib.

"Jika ujian kesihatan yang dilaksanakan ke atas Najib sudah selesai, laporan itu akan diserahkan kepadanya (Najib) dan juga mahkamah, jadi tiada lagi pertikaian selepas ini," katanya dalam sidang media selepas Majlis Penerimaan Anugerah Malaysia Book Of Record dan Pelancaran Laporan Record Breaking Covid-19 Vaccination, di kementeriannya, hari ini.

IJN adalah sebuah entiti swasta atau badan dikorporatkan di bawah Kementerian Kewangan. Setiap pusat perubatan termasuk IJN adalah berdaftar di bawah Akta 586.

Sebelum ini, Peguamnya, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah memaklumkan Najib yang dimasukkan ke HKL sejak semalam selepas mengalami masalah tekanan darah itu berkemungkinan akan dirujuk ke IJN.

Tambah Khairy, dua mesyuarat konsultasi turut diadakan bersama keluarga Najib yang disertai Datin Rosmah Mansor.

"Saya sebenarnya tidak mahu beri maklumat lanjut, tetapi ia menjadi isu umum, jadi saya kena jawab untuk menjaga integriti KKM," katanya.

Dalam pada itu, Khairy berkata, pihaknya akan memberi rawatan dan perkhidmatan terbaik kepada semua banduan yang memerlukan rawatan dan bukan hanya kepada Najib semata-mata.

"Kami akan beri rawatan yang terbaik kepada banduan, kerana ia adalah tanggungjawab dan tugas KKM," katanya.

Mengenai dakwaan pertukaran ubat yang diberikan kepada Najib, Khairy berkata, formula ubat yang diberikan oleh HKL adalah sama cuma jenamanya berbeza.

"Ubatnya sama (cuma) dulu ia dibeli di hospital swasta, bila (menerima rawatan) di HKL, kita ada ubat-ubatan di hospital kerajaan yang turut mempunyai formula yang sama macam ubatnya sebelum ini.

"Contohnya, macam panadol, kita ada ubat lain macam paracetamol (PCM) yang fungsinya sama. Jadi tuduhan yang kata ubat ditukar itu adalah tidak tepat," katanya.

Terdahulu, Pegawai Khas Najib, Muhamad Mukhlis Maghribi memaklumkan, tekanan darah Najib dilapor berada pada tahap tinggi dan berbahaya susulan pertukaran ubat yang diberikan untuk merawat masalah ulser di dalam perutnya.

Najib masuk hospital, perbicaraan 1MDB ditangguh

malaysiakini.com
Hidir Reduan Abdul Rashid
Diterbitkan: Sep 13, 2022 11:08 AM
Najib Razak dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) semalam kerana menghadapi masalah kesihatan ekoran tekanan darah.

Oleh itu, perbicaraan rasuah 1MDB RM2.28 bilion membabitkan bekas perdana menteri itu pagi ini telah dikosongkan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Ketika prosiding mahkamah di hadapan hakim perbicaraan Collin Lawrence Sequerah, peguam bela utama Najib, Muhammad Shafee Abdullah mengesahkan bekas menteri kewangan itu dimasukkan ke hospital.

“Najib telah jatuh sakit. Dia kini dirawat di Hospital Kuala Lumpur (HKL).

“Setakat pagi ini, saya diberitahu pada 7.30 pagi dan 9.30 pagi tadi kemungkinan ujian tertentu dijalankan akan mengambil masa beberapa hari lagi.

"Tetapi mereka tidak memberitahu bilangan harinya," kata Shafee, sambil menambah bahawa terdapat kemungkinan Najib perlu dipindahkan kemudian dari HKL ke Institut Jantung Negara (IJN).

Timbalan Pendakwa Raya Mohamad Mustaffa P Kunyalam berkata pihak pendakwaan tidak mempunyai bantahan terhadap permohonan pihak pembelaan untuk mengosongkan prosiding hari ini.

Sequerah kemudian membenarkan perbicaraan hari ini dikosongkan dan perkara itu dipanggil petang esok bagi memaklumkan keadaan tertuduh kepada mahkamah.

Semalam, pihak pendakwaan memaklumkan kepada mahkamah bahawa keadaan kesihatan Najib agak teruk dan perlu berjumpa doktor, dan prosiding ditamatkan lebih awal selepas tengah hari semalam.

Secara berasingan semalam, pegawai khas Najib Muhamad Mukhlis Maghribi mendedahkan bahawa doktor di Hospital Kuala Lumpur (HKL) melakukan kolonoskopi ke atas bekas perdana menteri itu dan menemui pelbagai ulser baru, masalah sama berulang sejak 15 tahun lalu.

Dia berkata, doktor juga melakukan biopsi yang menyebabkan sedikit pendarahan dan beberapa ulser terpaksa dipotong untuk menghentikan pendarahan.

Najib dibicarakan atas empat pertuduhan salah guna kuasa dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan RM2.28 bilion daripada 1MDB.

Ahli Parlimen Pekan itu didakwa melakukan empat pertuduhan rasuah di AmIslamic Bank Berhad cawangan Jalan Raja Chulan di Bukit Ceylon, Kuala Lumpur, antara 24 Feb 2011 dan 19 Dis 2014.

Bagi 21 pertuduhan pengubahan wang haram, Najib didakwa melakukan kesalahan itu di bank yang sama antara 22 Mac 2013 dan 30 Ogos 2013.

Pihak pendakwaan berhujah bahawa salah laku di 1MDB dilakukan oleh ahli perniagaan buruan Low Taek Jho (Jho Low) dan beberapa yang lain, dengan restu Najib.

Pasukan pembelaan tertuduh bagaimanapun mendakwa bekas perdana menteri dan menteri kewangan itu tidak mengetahui jenayah yang dilakukan di 1MDB dan penyelewengan itu hanya didalangi oleh Low dan ahli pengurusan dana yang lain.

1MDB dan SRC International dimiliki sepenuhnya oleh Menteri Kewangan Diperbadankan (MOF Inc).

Najib juga pernah menjadi pengerusi lembaga penasihat 1MDB dan berkhidmat sebagai penasihat emeritus kepada SRC International.

Dia kini menjalani hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta selepas Mahkamah Persekutuan pada 23 Ogos menolak rayuannya terhadap sabitan SRC International atas tujuh pertuduhan jenayah.

Saturday, January 22, 2022

Dr M stabil di IJN, keluarga mohon doakan kesihatan

freemalaysiatoday.com
Faiz Zainudin
-January 22, 2022 7:15 PM

Marina berkata sejak dua hari lepas bapanya Dr Mahathir Mohamad dirawat di Institut Jantung Negara lanjutan prosedur elektif yang berjaya dilaksanakan pada 8 Jan.

KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad yang kini dirawat di Unit Penjagaan Koronari (CCU) Institut Jantung Negara (IJN) dalam keadaan stabil.

Perkara itu dimaklumkan anak sulungnya, Marina sambil meminta semua pihak mendoakan kesihatan Ahli Parlimen Langkawi itu.

“Sejak dua hari yang lepas, Dr Mahathir Mohamad dirawat di Institut Jantung Negara lanjutan prosedur elektif yang berjaya dilaksanakan pada 8 Jan 2022.

“Keadaan beliau kini stabil dan memberi respons yang baik kepada rawatan tersebut. Dr Siti Hasmah Mohd Ali serta keluarga memohon agar rakyat mendoakan supaya beliau segera sembuh sepenuhnya,” katanya dalam kenyataan.

Terdahulu, timbul dakwaan Mahathir berada di CCU dalam keadaan membimbangkan.

Susulan itu, Jurucakap IJN mengesahkan Ahli Parlimen Langkawi itu sedang menerima rawatan di CCU.

Namun, keadaannya dan sebab dimasukkan ke IJN masih belum diketahui.

Petang tadi Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob melawat Mahathir selain bertemu isterinya, Hasmah.

Mahathir sebelum ini dimasukkan ke IJN pada 7 Jan dan dibenarkan keluar pada 13 Jan lalu.

Beliau pernah menjalani dua pembedahan pintasan jantung pada 1989 dan 2007.

Dakwaan kesihatan Tun M merosot, pengamal media berkampung di IJN

kosmo.com.my
TERKINI
Tun Mahathir

Oleh MUHD AFIQ AL-HAFIZ MAT YUSOF
22 Januari 2022, 2:10 pm

KUALA LUMPUR – Pengamal media mula berkumpul di hadapan Institut Jantung Negara (IJN) bagi mengikuti perkembangan kesihatan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Ia susulan timbul dakwaan kesihatan Tun Mahathir Mohamad berada dalam keadaan membimbangkan di pusat perubatan itu.

Bagaimanapun, IJN ketika dihubungi Kosmo! sebentar tadi memaklumkan akan mengeluarkan kenyataan dalam masa terdekat berhubung perkembangan semasa kesihatan bekas Perdana Menteri tersebut.

Difahamkan, bekas Perdana Menteri Malaysia keempat dan ketujuh tersebut pernah dimasukkan ke IJN untuk kali kedua pada 7 Januari lalu bagi menjalani prosedur perubatan elektif di hospital berkenaan.

Sementara pada 16 Disember lalu, Mahathir turut dimasukkan ke IJN buat kali pertama bagi menjalani pemeriksaan kesihatan dan dibenarkan keluar hospital kira-kira lapan hari kemudiannya.

Bapa Pemodenan itu yang berusia 97 tahun juga merupakan Pengerusi Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang). 

K! ONLINE

Sunday, June 6, 2021

Hadi Awang stabil di IJN, anak mohon doa orang ramai

malaysiakini.com
Diterbitkan 6 Jun 2021, 5:35 pm

Tahap kesihatan Presiden PAS Abdul Hadi Awang berada dalam keadaan stabil dan kini perlu menjalani rawatan susulan dan pemantauan doktor di Institut Jantung Negara (IJN), kata anaknya Muhammad Khalil.

Dia turut memohon orang ramai mendoakan dan mengadakan solat hajat khusus buat Anggota Parlimen Marang itu supaya diberikan kesembuhan segera.

"Beliau kini berada di IJN dalam keadaan yang stabil namun masih perlukan rawatan susulan dan pemantauan oleh doktor.

"Saya turut menerima pertanyaan tentang mesej-mesej yang tersebar, kebanyakannya adalah tidak benar dan ditokok tambah," katanya dalam kenyataan di Facebook, hari ini.

Abdul Hadi pada Pada 16 Feb lalu, dilaporkan dikejarkan ke Hospital Putrajaya setelah mengalami sesak nafas sebelum dirujuk ke IJN.

Dia kemudian dibenarkan keluar dari IJN pada 19 Feb setelah dilaporkan pulih.

Bagaimanapun Abdul Hadi sekali lagi menerima rawatan susulan di IJN pada 28 April lalu.

Sementara itu Muhammad Khalil yang juga anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Batu Buruk berkata, dia akan memaklumkan keadaan ayahnya dari semasa ke semasa

"Insya-Allah saya akan maklumkan keadaan Ayahanda Tuan Guru dari masa ke masa. Terima kasih," katanya ringkas.

Wednesday, December 5, 2018

Reaksi positif, Adib dijangka kahwin hujung Dis - Zuraida

Diterbitkan 5 Dis 2018, 4:10 petang


Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin yakin rancangan anggota bomba Muhammad Adib Mohd Kassim untuk melangsungkan perkahwinan pada penghujung bulan ini dapat direalisasikan susulan perkembangan positif sepanjang sembilan hari dirawat di Institut Jantung Negara (IJN) di Kuala Lumpur.

Menurutnya, beliau yakin Muhammad Adib akan pulih seperti seorang anak muda sesuai dengan umurnya iaitu 24 tahun hasil rawatan dan pemantauan berterusan IJN.

"Adib menunjukkan perkembangan yang positif dan doktor telah memberikan tumpuan yang sangat baik kepadanya.
"Saya percaya dengan rawatan dan pemantauan, Adib akan kembali pulih seperti sedia kala tetapi kini masih memerlukan rawatan insentif," katanya ketika ditemui pemberita selepas melawat Muhammad Adib di IJN, di Kuala Lumpur, hari ini.

Zuraida berkata keluarga Muhammad Adib juga menunjukkan reaksi ceria selepas melihat perkembangan positif anggota Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) itu.

Sementara itu, Ketua Pegawai Klinikal IJN Datuk Dr Aizai Azan Abdul Rahim berkata Muhammad Adib akan kekal ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) sehingga sembuh sepenuhnya.

"Keadaan Adib semakin pulih, 70 peratus stabil berbanding sebelum ini dan proses pemulihan mengambil masa, kita harus bersabar.

"Kita puas hati dengan perkembangan positif Adib dari semasa ke semasa dan harap perkembangan yang lebih ketara dalam masa dua hingga tiga minggu ini,” katanya.

Terdahulu bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor tiba di IJN kira-kira 11 pagi dan meluangkan masa hampir setengah jam melawat Mohammad Adib.

"Hari ini adalah hari yang baik kerana Muhammad Adib buat pertama kali menunjukkan isyarat bagus.

“Dia sedar, tak boleh cakap tapi boleh dengar," ” kata Najib.

Muhammad Adib sebelum ini dilaporkan parah diserang sekumpulan perusuh ketika terlibat dalam operasi memadam kebakaran kenderaan di hadapan Kuil Sri Maha Mariamman, Subang Jaya pada 27 Nov lalu.

- Bernama

Friday, November 30, 2018

Alhamdulillah, Adib mula sedar...

MyMetro
Hafidzul Hilmi Mohd Noor
hafidzul@nstp.com.my


KEADAAN anggota Bomba, Muhammad Adib Mohd Kassim, 24, yang parah dipukul dalam rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman, Subang Jaya, Selasa lalu mula sedar dan faham arahan yang diberikan.

Ketua Pegawai Eksekutif Institut Jantung Negara (IJN) Datuk Seri Dr Azhari Yakub berkata, keadaan Muhammad Adib masih dikategorikan sebagai kritikal namun stabil.

“Pagi tadi dia mula sedar dan faham arahan yang diberikan. Itu adalah tanda positif yang menunjukkan otak berfungsi.

“Bagi kecederaan organ, Muhammad Adib masih menggunakan mesin Extracorporeal Membrane Oxygenation (ECMO) yang membantu fungsi paru-paru,” katanya pada sidang media di IJN, Kuala Lumpur, hari ini.

Hadir sama, Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JPBM) Datuk Mohammad Hamdan Wahid dan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Mohamed Farid Md Rafik.

Dr Azhari berkata, pemeriksaan tekanan darah masih rendah bermaksud buah pinggang beliau rosak dan memerlukan rawatan dialisis.

“Kami menjangkakan beliau memerlukan penggunaan mesin ECMO kira-kira beberapa hari lagi.

“Kita harap masyarakat terus berdoa supaya keadaan Muhammad Adib terus bertambah baik,” katanya.

Terdahulu Kementerian Kesihatan dan Institut Jantung Negara (IJN) masih dalam proses untuk menyediakan laporan perubatan Muhammad Adib.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad dilaporkan berkata, pihaknya yakin ia dapat dilaksanakan dalam masa terdekat.

Katanya, laporan itu penting bagi mengenal pasti tahap dan punca kecederaan dialami mangsa.

Dalam kejadian pada awal pagi Selasa lalu, Muhammad Adib anggota Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Subang Jaya parah dipukul dalam rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman.

Lagi berita berkaitan Rusuhan Kuil Maha Mariamman


Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 30 November 2018 @ 10:29 AM

Sultan Nazrin doakan Adib sembuh

MyMetro
Hafidzul Hilmi Mohd Noor
hafidzul@nstp.com.my

TIMBALAN yang di Pertuan Agong, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan menziarahi Anggota Bomba dan Penyelamat, Muhammad Adib Mohd Kassim di Institut Jantung Negara selepas diserang oleh perusuh di Kuil Maha Mariamman. FOTO Syarafiq Abd Samad

PEMANGKU Yang di Pertuan Agong Sultan Nazrin Muizzuddin Shah menzahirkan rasa sedih atas kejadian yang menimpa anggota Bomba dalam kejadian rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman, USJ 24, Subang Jaya, Selasa lalu.

Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Datuk Mohammad Hamdan Wahid berkata, baginda turut mendoakan kesihatan Muhamad Adib Mohd Kasim, 24, sembuh.

“Hari ini kita menerima kunjungan Pemangku Yang di Pertuan Agong, baginda meluangkan masa kira-kira 15 minit untuk melawat anggota Bomba.

“Baginda turut diberi taklimat mengenai keadaan kesihatan Muhammad Adib oleh Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Institut Jantung Negara (IJN) Datuk Seri Dr Azhari Yakub dan doktor pakar yang lain,” katanya pada sidang media di IJN, disini hari ini.

Terdahulu Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan menziarahi anggota bomba, Muhammad Adib Mohd Kassim, di Institut Jantung Negara (IJN), di Kuala Lumpur, hari ini.

Baginda yang berangkat tiba 9.10 pagi itu diiringi Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Datuk Mohammad Hamdan Wahid ke bilik pesakit di tingkat 1 Unit Rawatan Rapi (ICU), IJN.

Turut mengiringi baginda Ialah Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Mohamed Farid Md Rafik.

Baginda turut diberikan taklimat oleh Doktor Pakar Kardiotorasik Datuk Dr Mohamed Izani Md Taib.

Terdahulu, NSTP melaporkan Kementerian Kesihatan dan Institut Jantung Negara (IJN) masih dalam proses untuk menyediakan laporan perubatan Muhammad Adib.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, berkata pihaknya yakin ia dapat dilaksanakan dalam masa terdekat.

Katanya, laporan itu penting bagi mengenal pasti tahap dan punca kecederaan dialami mangsa.

Lagi berita berkaitan Rusuhan Kuil Maha Mariamman


Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 30 November 2018 @ 10:44 AM

Wednesday, November 28, 2018

'Kami memang diserang'

Anne Muhammad
Diterbitkan 28 Nov 2018, 10:10 malam |


"Begitu kelam kabut dan panik," kata seorang anggota bomba menceritakan pengalamannya ketika bertugas di tengah-tengah rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman di Subang Jaya, awal pagi Selasa lali.

Salah seorang daripada lapan anggota yang ditugaskan, Mohd Hazim Mohd Rahimi berkata pasukannya memang telah diserang perusuh.

"Sebaik tiba di tempat kejadian, tugas saya untuk turun daripada jentera dan terus ke tempat simpanan salur bantu mula (hose reel). Jika kebakaran di sebelah kiri, saya akan tuju tempat simpanan di sebelah kiri untuk memadam api.

"Tapi belum sempat keluar, kami sudah diserang. Saya terus lari dan masuk ke dalam jentera Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) di belakang jentera Fire Rescue Tender (FRT)," katanya dalam sidang media di Institut Jantung Negara (IJN) di Kuala Lumpur, hari ini.
Hazim (duduk, dua dari kanan)

Namun, katanya lagi, pintu jentera EMRS itu turut diserang sehingga tercabut, dan kini menjadi sebahagian bahan bukti polis.

Dalam sidang media itu, Ketua Pengarah Bomba Mohamad Hamdan Wahid menampilkan Hazim, 31, sebagai individu yang dilanggar belakang jentera bomba seperti yang dipaparkan video yang tular hari ini.

Baca: Serang bomba: Perusuh akan dibawa ke muka pengadilan, kata menteri

Hamdan berkata Hazim yang bertugas di Balai Bomba Subang Jaya terselamat dalam kejadian itu.

Ia bagi menafikan dakwaan pihak kuil bahawa individu itu adalah Muhammad Adib Mohd Kassim yang sebelum ini dilaporkan diserang perusuh sehingga cedera parah.

Hamdan berkata anggotanya berdepan situasi sukar apabila perusuh melemparkan peralatan seperti kayu, parang, besi dan paip kepada anggotanya.

"Bila sampai ke lokasi, pemandu EMRS beritahu parang, kayu, besi menghentam pintu jenteranya.

"Kalau ini yang dikatakan sambutan dan layanan yang baik, anda sendiri boleh menilainya," katanya lagi.

Saturday, September 19, 2015

PM santuni Mursyidul Am PAS

Mursyidul Am PAS Datuk Dr Haron Din hari ini menerima kunjungan tetamu amat istimewa di wad tempat beliau dirawat sekarang - di Institut Jantung Negara (IJN).

Pelawat itu adalah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Gambar pertemuan mesra kedua-dua tokoh itu dimuat naik Ketua Penerangan Umno yang juga Timbalan Menteri Pedagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Ahmad Maslan, di Twitter beliau.

Haron menjalani proses angiogram di IJN pada 10 September lalu.

Berdasarkan kenyataan di Facebook beliau, bekas pensyarah Universiti Kebangsaan Malaysia itu sedang beransur pulih.

Sejak beberapa tahun lalu Haron dilaporkan keluar masuk IJN beberapa kali.

Najib dan Tun Dr Mahathir Mohamad juga pernah menziarahi Haron ketika tokoh terbabit ditempatkan di unit rawatan rapi IJN tahun lalu.

Sebelum ini Haron pernah menyatakan keraguannya terhadap dakwaan Najib memasukkan dana ke akaun persendiriannya seperti dilaporkan akhbar The Wall Street Journal (WSJ).

Bagaimanapun Setiausaha Agung PAS Takiyuddin Hassan segera menjelaskan kenyataan Haron itu tidak bertujuan mempertahankan Najib, sebaliknya tetap mahu siasatan dibuat terhadap laporan WSJ itu.

Tindakan Najib meluangkan masa melawat pemimpin PAS bukan sesuatu yang baru.

Pada Jun tahun lalu Najib turut muncul menziarahi Datuk Seri Abdul Hadi Awang di IJN dan meluangkan masa hampir sejam bersama-sama.

"Menziarahi Tuan Hj Hadi di hospital baru tadi. Moga cepat pulih, Insya-Allah," kata Najib dalam catatan di laman Twitternya.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-