Showing posts with label Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM). Show all posts
Showing posts with label Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM). Show all posts

Wednesday, January 18, 2023

Umno Alor Setar ingin cabar keputusan tiada pemilihan ‘top 2’ di JPPM

freemalaysiatoday.com
Faiz Zainudin
-January 18, 2023 6:54 PM
Jawatan presiden yang disandang Ahmad Zahid Hamidi dan Mohamad Hasan, timbalan presiden tidak dipertandingkan pada pemilihan parti akan datang. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Umno Alor Setar ingin mencabar keputusan tidak mempertandingkan jawatan presiden dan timbalan presiden Umno yang diluluskan pada perhimpunan agung parti itu baru-baru ini di Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia, kata seorang AJK bahagian.

Ahmad Shokri Yaacob berkata bantahan itu akan dibawa ke perbincangan peringkat bahagian ‘dalam masa terdekat’.

““Kita akan hantar bantahan kepada JPPM,” katanya kepada FMT. “Kita bantah bukan nak khianat sesiapa tapi kita nak pastikan demokrasi dalam Umno subur dan setiap tindakan dilakukan perlulah mengikut perlembagaan.”

Semalam, Naib Presiden Ismail Sabri Yaakob dilapor berkata usul tambahan mengenai jawatan presiden dan timbalan presiden itu “tidak sah” dan “bertentangan dengan perlembagaan parti”, dan ahli yang tidak bersetuju berhak merujuk perkara itu ke JPPM.

Beliau berkata apa yang diluluskan dalam perhimpunan agung tidak boleh bertentangan dengan perlembagaan parti, yang menyebut pemilihan mesti dilakukan tiga tahun sekali atau sepanjang tempoh dibenarkan penangguhan.

Shokri yang juga salah seorang perwakilan pada PRU 2022 minggu lalu mendakwa tidak semua ahli yang bangun menyokong usul tersebut bersetuju jawatan “top two” tidak dipertandingkan, tetapi tidak mahu dituduh ‘jahat’.

“Selepas balik ke kawasan mereka bersuara dan kedengaran mereka menentang jawatan presiden dan timbalan tak dipertandingkan,” katanya.

Shokri menyifatkan dirinya sebagai ‘orang lama’ dalam Umno, dan menurutnya pernah melalui pelbagai ‘krisis’ dalaman termasuk ketegangan antara Dr Mahathir Mohamad dan Tengku Razaleigh Hamzah pada 1988.

“Krisis kepercayaan di akar umbi sekarang lebih teruk. Saya bimbang dalam mesyuarat akan datang tidak ada suara yang akan datang untuk bermesyuarat,” katanya.

“Kita kena bagi balik mandat kepada akar Umno – siapa yang mereka nak memimpin parti. Dulu kita ghairah desak supaya PRU diadakan cepat, sepatutnya pemilihan parti juga begitu.”

Sementara itu, Mohd Yusof Ismail, yang sebelum ini ketua Umno Alor Setar sebelum keahliannya digantung, berkata ahli parti berhak minta JPPM teliti keputusan PAU 2022 itu.

“Jangan ada pemimpin kena macam saya bila bersuara kerana sayangkan parti,” katanya.

Keahlian Yusof sebelum ini dilaporkan digantung selama enam tahun, yang menurutnya atas sebab yang tidak dimaklumkan.

Friday, April 6, 2018

JPPM langgar akta, PPBM berfungsi seperti biasa, kata Dr M

Mohamad Fadli
April 6, 2018
Pengerusi PPBM berkata perintah pembubaran sementara tidak disampaikan dengan sempurna.

PETALING JAYA:  PPBM mendakwa Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) melanggar Akta Pertubuhan dalam mengeluarkan perintah pembubaran sementara dan menganggap parti masih berfungsi untuk menjalankan sebarang aktiviti.

Pengerusi Tun Dr Mahathir Mohamad berkata antara sebabnya ialah perintah pembubaran sementara tidak disampaikan dengan sempurna dan oleh itu ia boleh dianggap tidak sah.

Beliau memetik Seksyen 62 Akta Pertubuhan 1966 yang memerlukan perintah seperti itu disampaikan kepada 4 pemegang jawatan di alamat berdaftar pertubuhan.

“Sehingga kini kami pemegang jawatan PPBM iaitu saya pengerusi, Presiden Tan Sri Muhyiddin Yassin, setiausaha agung dan bendahari tidak pernah disampaikan dengan apa-apa notis perintah sementara pembubaran,” katanya di ibu pejabat PPBM di Yayasan Selangor malam tadi.

Bekas perdana menteri itu juga mempertikaikan penularan perintah JPPM kepada orang ramai sebelum pertubuhan terkesan menerima notis.

“Ini tidak sepatutnya berlaku jika JPPM bersikap profesional dan telus,” katanya.

Mengikut tafsiran PPBM, Dr Mahathir berkata halangan aktiviti yang dikenakan ke atas PPBM hanya terpakai apabila pendaftaran pertubuhan terbatal secara mutlak.

Memandangkan PPBM hanya dikenakan perintah sementara, maka parti itu akan meneruskan aktiviti seperti biasa.

“Jika JPPM nak ambil tindakan dan tangkap saya kita protes. Rakyat pun akan protes,” tambahnya.

Sementara itu, Dr Mahathir berkata PPBM akan menggunakan peluang rayuan yang dibenarkan undang-undang untuk merayu perintah pembatalan sementara itu kepada Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

“PPBM akan lakukannya dalam masa terdekat,” katanya.

JPPM hari ini mengarahkan pembubaran sementara PPBM selepas parti itu gagal membekalkan dokumen di dalam tempoh masa yang diberikan sebelum ini.

Dokumen itu ada kaitan dengan notis JPPM mengikut Seksyen 14(2) Akta Pertubuhan, yang merujuk minit mesyuarat cawangan, bahagian dan pusat serta perihal penyata kewangan parti.

Ia susulan aduan ahli parti itu mengenai perhimpunan agung tahunan (AGM) pertamanya pada akhir Disember lalu.

Perkembangan ini timbul di tengah-tengah spekulasi mengatakan Parlimen akan dibubarkan esok bagi membuka laluan kepada pilihan raya umum ke-14.

Ketua Pengarah JPPM Surayati Ibrahim berkata PPBM diberi tempoh 30 hari untuk menyerahkan butiran maklumat dan dokumen yang diperlukan dalam siasatan ke atas aduan yang diterima, dan sekiranya gagal berbuat demikian, pendaftaran parti itu akan dibatalkan secara mutlak.

Isu berkaitan pendaftaran PPBM menjadi penghalang kepada pendaftaran Pakatan Harapan sebagai gabungan rasmi, bersama PKR, DAP dan Amanah.

Gabungan ini mahu bertanding pilihan raya bawah satu lambang untuk melawan Barisan Nasional (BN).

Thursday, March 1, 2018

Annuar beri amaran jangan heret Umno dalam masalah PPBM

Khairil Ashraf
Gambar Facebook

PETALING JAYA: Tan Sri Annuar Musa memberi amaran kepada PPBM supaya tidak mengheret Umno dalam masalah parti itu, susulan tindakan Umno menangguhkan pemilihan parti melebihi 18 bulan.

Beliau merujuk kenyataan Presiden PPBM, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini yang mempersoalkan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) kenapa tidak mengambil tindakan terhadap Umno menangguhkan pemilihan parti.

Ketua penerangan Umno itu berkata, parti berkenaan sentiasa mematuhi peraturan dan undang-undang negara.

“Kalau ada apa-apa, kita minta kebenaran. Apa yang kita buat tak pernah melanggar apa yang ada dalam peraturan.

“Kalau kita menangguhkan (pemilihan parti), kita menangguhkan dengan kebenaran JPPM (Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia),” katanya ketika dihubungi FMT hari ini.

Beliau berkata, PPBM sepatutnya menyelesaikan masalah mereka dengan JPPM tanpa membabitkan parti lain.

“Selesaikan masalah mereka dengan JPPM.”

Hari ini, Muhyiddin berkata, PPBM terpaksa mengadakan pemilihan parti, walaupun penubuhannya belum sampai setahun kerana berdepan tekanan daripada JPPM.

Katanya, Muhyiddin turut menggesa JPPM tidak berat sebelah terhadap parti pemerintah dan pembangkang.

Beliau mengulas kenyataan Setiausaha Agung BN dan Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor yang menolak dakwaan Umno akan diharamkan dalam masa terdekat berikutan penangguhan pemilihan parti itu.

Katanya, Umno masih berkuat kuasa di semua peringkat dan melaksanakan tanggungjawabnya seperti terkandung dalam asas dan tujuan penubuhannya.

Beliau turut memaklumkan pemilihan Umno yang ditangguhkan sebelum ini, akan diadakan selewat-lewatnya 19 April 2019.

“Ini selaras kelulusan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia. Ini merujuk Seksyen 13 A(4) Akta Pertubuhan 1966, Pendaftaran Pertubuhan berkuasa untuk melanjutkan tarikh atau waktu pemilihan pertubuhan berdaftar dengan syarat suatu permohonan bertulis dibuat.”

http://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2018/03/01/muhyiddin-kenapa-jppm-tak-ambil-tindakan-terhadap-umno-tangguh-pemilihan/

Sunday, July 9, 2017

Zahid: Patuh arahan JPPM atau berdepan risiko tidak bertanding PRU

Vanesha Shurentheran

DAP digesa penuhi arahan JPPM supaya mereka boleh bertanding pilihan raya umum akan datang, kata menteri dalam negeri
KUALA LUMPUR: DAP berdepan risiko tidak dapat menyertai pilihan raya umum ke-14 jika parti itu gagal mematuhi arahan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM), kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau kesal DAP mempunyai kecenderungan untuk mengabaikan arahan JPPM yang merujuk kepada perlembagaan parti itu dan Akta Pertubuhan 1996.

Meskipun begitu, Zahid berkata JPPM tidak akan membatalkan pendaftaran parti itu, walau apapun yang sudah berlaku.

“Sekiranya mereka berhasrat untuk bertanding mereka perlu ikut arahan JPPM,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat tahunan Umno Gombak.

Menteri menjelaskan jika parti itu gagal patuhi arahan JPPM, maka calon yang ingin bertanding pada PRU nanti tetapi tiada dalam senarai perwakilan pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP 2012 tidak akan dapat bertanding PRU.

Beliau berkata JPPM tidak berniat untuk mencampuri urusan dalaman DAP, tetapi hanya bertindak mengikut undang-undang dan perlembagaan.

“DAP mesti fahami apa yang cuba saya sampaikan dan apa yang disebut dalam kenyataan JPPM.

“JPPM sudah berikan mereka masa, selepas pemilihan semula 2013 untuk mereka adakan pemilihan semula dengan menggunakan senarai perwakilan 2012 tetapi tidak,” katanya.

Beliau menjelaskan pihaknya akan mencampuri keputusan JPPM dalam isu ini.

Zahid mengulangi nasihat kepada JPPM supaya berlaku profesional dan mengambil tindakan mengikut perlembagaan DAP dan Akta Pertubuhan.

Semalam Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng mengumumkan mereka tidak akan mengadakan pemilihan semula baharu tetapi mahu bertemu JPPM.

Jumaat lepas, Ketua Pengarah JPPPM Datuk Mohammad Razin Abdullah berkata pelantikan 20 anggota CEC DAP serta pemegang jawatan utama hasil pemilihan semula yang diadakan pada 29 September 2013 adalah tidak sah dari segi undang-undang.

Pemilihan semula yang diadakan itu sepatutnya berdasarkan kepada senarai nama perwakilan yang berhak hadir dan mengundi pada pemilihan CEC DAP bertarikh 15 Disember 2012 iaitu yang melibatkan 2,576 perwakilan dari 865 buah cawangan.

Pada 17 April 2013, 3 minggu sebelum pilihan raya umum ke-13 (PRU13) pada 5 Mei, JPPM menghantar sepucuk surat kepada DAP menyatakan CEC baharu parti itu tidak diiktiraf disebabkan pertikaian berhubung pemilihan parti.

Bagaimanapun, JPPM mengeluarkan sepucuk lagi surat pada 19 April memaklumkan parti itu dibenar menggunakan logo roketnya pada PRU.

Pada 22 Januari 2014, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng memfailkan permohonan semakan kehakiman bagi pihak parti itu dengan menyatakan JPPM tiada kuasa di bawah Akta Pertubuhan 1966 untuk menafikan pengiktirafan CEC yang dipilih semula pada 29 September 2013.

DAP menarik balik permohonan itu pada 23 September 2014, susulan pengiktirafan JPPM terhadap CEC dipilih semula itu dan pendiriannya yang kenyataan berhubung perkara itu sekadar nasihat dan tidak sah.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-