Showing posts with label Kempen Beli Produk Muslim. Show all posts
Showing posts with label Kempen Beli Produk Muslim. Show all posts

Saturday, October 19, 2019

Larang Kempen #BMF Dalam Kawasan Masjid, UMMAH Jawab Tuduhan Exco Perak



KUALA LUMPUR – Fitnah dilemparkan Exco Agama dan Pendidikan Islam, Luar Bandar dan Pembangunan Usahawan Perak, Asmuni Awi yang mengaitkan kempen Beli Produk Muslim (BMF) sebagai suatu kempen politik, adalah tindakan keji serta terkutuk.

Pengerusi Gerakan Pembela Ummah (UMMAH), Haji Aminuddin Yahaya berkata, kenyataan Asmuni bahawa Islam hanya mengajar kita mengutamakan produk halal dan bukannya produk muslim jelas menunjukkan kecetekan dan ketidakjujuran Exco itu dalam berbicara mengenai Islam.

Beliau menegaskan, BMF adalah gerakan rakyat daripada pelbagai latar belakang untuk mengutamakan produk muslim tanpa mengira parti, dengan syarat beragama Islam supaya ekonomi muslim diperkukuhkan.

“Islam mengajar kita supaya saling bantu-membantu sesama muslim terutamanya dalam membina kekuatan ekonomi umat, apatah lagi umat Islam kini sedang jauh kebelakang dan lemah ekonominya.

“Kita semua sedar peniaga-peniaga muslim selama ini terpinggir di mana orang Melayu (yang semuanya beragama Islam) dicatatkan sebagai golongan termiskin sejak sekian lama di tanah ini. Maka, menjadi tanggungjawab kita untuk berjihad membantu dan membangunkan ekonomi ummah.

“Oleh itu, kempen BMF adalah cara paling berkesan dan baik untuk kita saling menolong di mana semua orang berpeluang untuk ambil bahagian,” katanya dalam satu kenyatan hari ini.

Berita berkaitan;
KM Pulau Pinang Gesa NGO Hentikan Kempen Utamakan Beli Produk Muslim
Orang Islam Berhak Beli Barang Pilihan Sendiri, Wee Ka Siong Bidas Lim Guan Eng
Lagi Kerap DAP Bantah, Lebih Ramai Sertai Kempen Utama Produk Muslim – Najib

Terdahulu, Kerajaan Perak melarang sebarang penganjuran kempen BMF di dalam kawasan masjid selepas perkara itu dimuktamadkan pada Mesyuarat Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk), semalam.

Asmuni berkata, keutamaan diberikan kepada promosi kempen Beli Barangan Halal Dahulu seperti yang sedang dilaksanakan kerajaan. Malah kata beliau, penganjuran BMF dilaksanakan bukan untuk kepentingan umum, tetapi bagi tujuan politik pihak tertentu.

Mengulas lanjut, Aminuddin yang juga Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) berkata, pendirian Asmuni jelas bercanggah dengan Mufti Perak yang menyokong penuh BMF dengan hujah serta dalil yang kuat.

“Jauh sekali jika dibandingkan dengan ‘alasan’ yang diberikan oleh YB Asmuni ini. Dengan pendirian beliau yang bacul sebegini, jelas beliau tidak layak menjadi Exco Agama dan kelemahan beliau ini dilihat seolah-olah sedang dipergunakan oleh pihak tertentu sahaja.

“Menteri Besar Perak perlu memecat beliau dan menggantikan dengan orang lain yang lebih layak. Kita juga menyeru agar rakyat Perak menolak dan mengabaikan arahan Exco Agama ini. Teruskan istiqamah kita dalam membangunkan ekonomi umat melalui kempen ini. Insya-Allah,” kata beliau.

 – IsmaWeb

Wednesday, September 25, 2019

Prof Datuk Dr Teo Kok Seong – ‘Orang Cina kalau tahu produk Melayu mereka tak beli’

Admin IM


Walaupun berlainan bangsa, Prof  Datuk Dr Teo Kok Seong tetap menyokong Kempen Beli Produk Muslim yang dilancarkan bagi tujuan membangunkan ekonomi orang Islam.

Felo Penyelidik Utama Bersama Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) ketika ditemui Ismaweb berkata, Kempen Beli Produk Muslim ini tidak sepatutnya menjadi isu kerana orang Melayu berhak membeli barangan muslim, sama seperti orang Cina membeli produk daripada kalangan mereka.

Beliau mengakui tidak salah orang Melayu memberi keutamaan kepada produk keluaran kilang-kilang muslim kerana perkara sama sudah pun berlaku dalam kalangan orang Cina. “Orang Cina kalau mereka tahu barangan itu dihasil daripada kilang Melayu, mereka tak beli pun. Itu ikhlas, mereka tak beli pun. Jadi itu tak salah,” katanya.

Bagaimanapun, beliau secara gurauan bersetuju sekiranya istilah ‘boikot’ barangan bukan muslim digunakan susulan tindakan b1adab segelintir orang Cina menghent@m warisan budaya bangsa lain. Kok Seong berkata demikian merujuk kepada tindakan seorang Ahli Parlimen yang mendakwa pelaksanaan pengenalan tulisan khat seperti menyapu tah1 lembu pada wajah diri sendiri dan tindakan ahli perniagaan bergelar Tan Sri menukar warna bendera Malaysia kepada jalur hitam berhubung isu sama.

“Sampai sanggup jadikan bendera sebagai mangs@. Maksudnya dia tak tahu macam mana rakyat rasa. Bila rakyat bertindak untuk bo1kot baru dia tahu kesannya. Jadi bagi saya bagus juga ada bo1kot ini,” kata Kok Seong. Kempen Beli Produk Muslim adalah suatu altenatif bagi mengangkat dan mempromosikan barangan dan produk keluaran muslim.

Ia dilancarkan Gerakan Pembela Ummah (UMMAH) dengan kerjasama Koperasi Al-Hilal Berhad (Kohilal) dan ABATA Commerce Sdn Bhd, bagi tujuan membantu meningkatkan pendapatan peniaga Islam dan memberi alternatif lain kepada masyarakat Islam. Selain itu, ia juga meningkatkan kuasa beli dan aliran ekonomi ummah selain mengetengahkan produk serta perkhidmatan yang halal di seluruh negara.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-