Showing posts with label Nik Muhamad Abduh. Show all posts
Showing posts with label Nik Muhamad Abduh. Show all posts

Wednesday, November 4, 2015

DAP 'Panas" PAS Masih Berkuasa di Selangor

 Nik Abduh 
KUALA LUMPUR 4 Nov - Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz menyifatkan DAP sebagai parti ‘panas’ kerana sikap perwakilan parti itu yang terus mempersoalkan peranan Pas dalam pentadbiran di Selangor.

Beliau bagaimanapun berkata, rakyat Malaysia terbuka memilih mana-mana parti yang disukainya dan Pas sentiasa cool dalam menghadapi cabaran politik di negara ini.

“DAP merupakan sebuah parti yang panas, kalau rakyat Malaysia suka panas, dia pilih DAP, suka cool pilih Pas,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen di sini, semalam.

Ahli Parlimen Pasir Mas itu mengulas kenyataan Pengerusi DAP Kajang Baru, Chiong Yoke Kong dalam Konvensyen Tahunan Negeri Selangor DAP 2015 semalam yang memberi kata dua kepada Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali untuk memecat wakil rakyat Pas dari pentadbirannya.

Perwakilan DAP berkata, jika Mohamed Azmin enggan berbuat demikian, DAP sendiri akan keluar dari pentadbiran kerajaan negeri itu.

Nik Mohamad Abduh juga berkata, pendirian Pas berkecuali dari tindakan Pakatan Harapan yang tidak mahu menyokong Bajet 2016 dan usul tidak percaya merupakan satu tindakan yang beretika.

“Ya, sikap berkecuali (tidak sokong Belanjawan 2016 dan usul tidak percaya PM) tindakan Pas itu memang beretika,” ujarnya.

Ditanya tentang sikap Pas terhadap undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, katanya, parti Islam itu konsisten untuk menyokong usul tersebut.

“Tiada flip flop. Itu ketegasan kita berkenaan politik di Malaysia ini, kita tengok dulu (usul undi tak percaya), Presiden Pas sudah sebut, sekarang ini undi tidak percaya ini tidak tahu ke mana lagi. Jadi kita jawab lepas ini.

“Kita tegas dan tidak berundur untuk membawa politik matang dalam politik Malaysia hari ini,” katanya.

Sunday, February 1, 2015

Kesudian PM lawat ayah beri makna besar buat kami sekeluarga, kata Nik Abduh

Kesudian Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menziarahi Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Khamis lepas, memberi makna yang cukup besar buat keluarganya.

Anak bekas menteri besar Kelantan, Nik Mohamad Abduh (gambar, kiri) berkata walaupun lawatan pemimpin tertinggi negara itu hanya sekejap namun ia amat berharga buat mereka sekeluarga.

"Terima kasih perdana menteri kerana menziarah ayah (Nik Abdul Aziz, 84,). Walaupun sekejap dan ayahanda keletihan, ia bermakna buat kami sekeluarga. Terima kasih rakyat Malaysia," katanya dalam entri terbaharu laman sosial Facebooknya hari ini.

Pada Khamis lalu, perdana menteri dalam lawatan sehari ke negeri ini, meluangkan masa kira-kira 10 minit bagi melihat sendiri perkembangan kesihatan Nik Abdul Aziz dengan diiringi Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob dan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Nik Mohamad Abduh berkata tahap kesihatan ayahnya itu kini semakin bertambah baik dan menunjukkan perkembangan positif.

"Alhamdulillah, walaupun masih keletihan ayahanda mampu menjalani proses rehabilitasi dengan baik, meningkat dari hari ke hari.

"Semalam ketika menjalani rawatan fisioterapi, ayahanda sudah mampu berdiri sendiri sekitar 30 minit," katanya.

Nik Abdul Aziz, dimasukkan ke HUSM pada 19 Jan lepas setelah tahap kesihatannya merosot ketika banjir baru-baru ini, selain menghidap kanser prostat.

Nik Abdul Aziz, yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Chempaka, merupakan menteri besar Kelantan kelima yang memegang jawatan itu dari 1990 hingga 2013. – Bernama

Artikel Penuh: http://bm.malaysia-chronicle.com/index.php?option=com_k2&view=item&id=242362:kesudian-pm-lawat-ayah-beri-makna-besar-buat-kami-sekeluarga-kata-nik-abduh&Itemid=2#ixzz3QSZLp41G
Follow us: @MsiaChronicle on Twitter

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-