Showing posts with label PKR DUN Chini. Show all posts
Showing posts with label PKR DUN Chini. Show all posts

Saturday, July 4, 2020

Calon Bebas hilang deposit, BN pertahan DUN Chini dengan majoriti lebih 12,000 undi

Faiz Zainudin
-July 4, 2020 9:20 PM

Pegawai pengurus pilihan raya, Zaliza Zulkipli bagi PRK DUN Chini mengumumkan calon BN Mohd Shahrim Md Zain mendapat 13,872 undi, menewaskan 2 calon Bebas, iaitu Tengku Zainul Hisham Tengku Hussin dan Mohd Shukri Mohd Ramli. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Barisan Nasional (BN) berjaya mengekalkan kerusi DUN Chini dengan majoriti lebih besar sebanyak 12,650 undi.

Pegawai pengurus pilihan raya, Zaliza Zulkipli bagi PRK Chini mengumumkan Mohd Shahrim Md Zain mendapat 13,872 undi, menewaskan 2 calon Bebas, iaitu Tengku Zainul Hisham Tengku Hussin dan Mohd Shukri Mohd Ramli.

Tengku Zainul sekadar meraih 1,222 undi dan Shukri mendapat 137 undi sekali gus menyaksikan kedua-duanya hilang wang deposit.

Zaliza berkata, terdapat 239 undi rosak dan peratusan keluar mengundi selepas semua 65 pusat mengundi ditutup 5.30 petang ialah 73.87%

Seramai 20,816 daripada 20,972 pengundi biasa layak mengundi dalam PRK kali ini, manakala 156 orang mengundi secara pos.

Ini adalah kemenangan ke-6 BN daripada 9 PRK yang diadakan sejak pilihan raya umum ke-14 pada Mei 2018.

BN sebelum ini menang di PRK Parlimen Cameron Highlands, Semenyih, Rantau, Tanjung Piai dan Kimanis.

PRK DUN Chini diadakan berikutan kematian penyandangnya Abu Bakar Harun, 60, pada 6 Mei lalu di Hospital Kuala Lumpur akibat serangan jantung.

Abu Bakar menjadi wakil rakyat kawasan itu sejak pilihan raya umum ke-11.

Pada PRU-14 lalu, Abu Bakar menang dengan majoriti 4,622 undi selepas memperoleh 10,027 undi menewaskan calon PAS Mohd Fadhil Noor Abdul Karim yang mendapat 5,405 undi manakala Mohamad Razali Ithnain dari PKR sekadar memperoleh 1,065 undi.

Monday, June 22, 2020

PH penakut tak tanding PRK Chini, kata penganalisis politik

Mohamad Fadli
-June 22, 2020 9:49 AM

Kamarul Zaman Yusoff berkata, jika calon bebas mampu mendapatkan kembali deposit mereka, ia boleh dijadikan petunjuk untuk PH memperkecilkan pengaruh BN kerana gabungan pembangkang itu hilang wang pertaruhan pada PRU14.

PETALING JAYA: Seorang penganalisis politik menyifatkan Pakatan Harapan (PH) penakut kerana tidak meletakkan calon pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Chini, sedangkan ia patut bertanding untuk mengaktifkan jentera parti selepas desas-desus berhubung pilihan raya umum mengejutkan.

Kamarul Zaman Yusoff dari Universiti Utara Malaysia berkata BN dijangka memenangi PRK Chini, cuma yang menjadi persoalannya sama ada 2 calon bebas itu akan hilang deposit mereka.

“Satu kerugian besar bila PH tidak meletakkan calon kerana ia menidakkan peluang untuk mengukur kekuatan PH dan kesepaduan Perikatan Nasional (PN),” katanya kepada FMT.

“Jika ada calon bebas yang mampu kekalkan wang pertaruhan, maka ini boleh digunakan PH sebagai petunjuk untuk memperkecilkan pengaruh BN kerana dalam PRU14 calon PH hilang wang pertaruhan.”

PRK Chini menyaksikan pertandingan 3 penjuru antara calon BN, Mohd Sharim Md Zain bersama 2 calon bebas, Tengku Zainul Hisham Tengku Hussin dan Mohd Shukri Mohd Ramli.

Chini antara 4 kerusi Dewan Undangan Negeri di bawah Parlimen Pekan yang diwakili bekas perdana menteri, Najib Razak.

PRK Chini diadakan susulan kematian penyandangnya, Abu Bakar Harun akibat serangan jantung pada 7 Mei lalu.

Abu Bakar yang mewakili BN pada PRU 2018 meraih majoriti 4,622 undi, mengetepikan calon PAS yang mendapat 5,405 undi dan calon PKR mewakili PH yang meraih 1,065 undi.

Sementara itu, Azmi Hassan dari Universiti Teknologi Malaysia berkata PRK Chini peluang terbaik BN dan Umno mempamerkan kekuatannya dalam PN.

“Ini adalah kerana kemenangan besar di Chini boleh dijadikan modal rundingan kerusi PRU15, jika BN berada dalam PN menjelang PRU akan datang.

“Ada juga yang membuat telahan keputusan Chini akan pamer kekuatan PN, tetapi perlu berhati-hati kerana salah seorang calon bebas mempunyai kaitan yang agak kuat dengan PPBM.”

Disebabkan pencabar BN ialah 2 calon bebas, katanya, parti itu perlu meraih majoriti besar, melebihi majoriti pada PRU14.

“Mengapa jumlah majoriti adalah penting? Ia kerana Umno khususnya dan Muafakat Nasional (MN) amnya mempunyai pengaruh kukuh di kalangan pengundi Melayu luar bandar.

“Senario politik ketika PRK Tanjung Piai adalah berbeza ketika ini kerana BN dan MN sudah berada dalam PN, iaitu sebahagian daripada kerajaan.”

Awang Azman Pawi dari Universiti Malaya pula berkata, PRK Chini memperlihatkan kesan besar kerjasama PPBM dan MN atas nama PN.

“Keputusan PH tak bertanding akan menyebabkan undi tersebut beralih kepada 2 calon bebas.

“Namun, isu calon perdana menteri PH dijangka menyebabkan ramai penyokong PH protes tak mahu keluar mengundi atau tukar undi kepada BN.”

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-