Showing posts with label Pengampunan DiRaja. Show all posts
Showing posts with label Pengampunan DiRaja. Show all posts

Saturday, April 29, 2023

Beri pengampunan kepada Najib ‘lebih dekat dengan kaedah Islam’, kata pemimpin PAS

freemalaysiatoday.com
FMT Reporters 
- 29 Apr 2023, 3:12pm

Zaharuddin Muhammad berkata, perbicaraan Najib tidak mengikut ‘garis panduan Islam’, memandangkan timbulnya dakwaan konflik kepentingan berkaitan Hakim Nazlan Ghazali.
Ketua PAS Kawasan Subang Zaharuddin Muhammad berkata, membebaskan Najib Razak dengan pengampunan diraja adalah lebih dekat dengan kaedah Islam.

PETALING JAYA: Langkah memberikan pengampunan diraja kepada Najib Razak ialah jalan terbaik menurut perspektif Islam, berbanding mengekalkan bekas perdana menteri itu di dalam penjara, kata seorang pemimpin PAS Selangor.

Ketua PAS Kawasan Subang Zaharuddin Muhammad berkata demikian susulan pendedahan mengenai Hakim Nazlan Ghazali yang mempengerusikan perbicaraan rasuah SRC International Najib.

Zaharuddin berkata, perbicaraan Najib tidak mengikut “garis panduan Islam”, memandangkan timbulnya dakwaan konflik kepentingan berkaitan Nazlan.

“Antara mengekalkan Najib dalam penjara dan juga membebaskan dengan pengampunan, maka membebaskan dengan pengampunan adalah lebih dekat dengan kaedah Islam,” katanya menerusi video TikTok hari ini.

Mengikut undang-undang Islam, katanya, hakim dalam kes seperti ini perlu dipersetujui oleh kedua-dua pihak pendakwaan dan pembelaan, bukan seseorang yang dilantik atas nasihat perdana menteri.

Keadilan “perlu dikembalikan” dengan memisahkan badan kehakiman dan eksekutif, tambahnya.

Kata Zaharuddin lagi, menurut undang-undang Islam, hakim juga tidak mempunyai kuasa untuk menolak keterangan yang dikemukakan oleh mana-mana pihak.

Memetik sumber, FMT melaporkan semalam bahawa Lembaga Pengampunan tidak membincangkan permohonan pengampunan bagi Najib.

Sumber itu menyangkal laporan mendakwa lembaga yang dipengerusikan oleh Yang di-Pertuan Agong itu akan membincangkan permohonan Najib hari ini.

Presiden Umno Zahid Hamidi turut menggesa semua pihak agar berhenti memberikan komen tidak sepatutnya berhubung isu itu, susulan kenyataan Pengarah Komunikasi Amanah Khalid Abdul Samad yang merayu agar permohonan pengampunan bekas presiden Umno itu ditolak.

Pada 28 Julai 2020, Najib disabitkan oleh Nazlan, ketika itu hakim Mahkamah Tinggi, atas tuduhan salah guna kuasa, pengubahan wang haram dan pecah amanah berhubung dana SRC berjumlah RM42 juta.

Dia dijatuhi hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta.

Rayuannya kepada Mahkamah Rayuan ditolak pada 8 Dis 2021.

Najib memulakan hukuman penjara pada 23 Ogos tahun lepas, sejurus selepas Mahkamah Persekutuan mengekalkan sabitan dan hukuman asal.

Sunday, April 9, 2023

Pengampunan Najib: Umno guna 'desakan politik', kata Muhyiddin

malaysiakini.com
Diterbitkan: Apr 9, 2023 2:03 PM
Bekas perdana menteri Muhyiddin Yassin mendakwa Umno menggunakan "desakan politik" dalam usaha mendapatkan pengampunan diraja untuk bekas presidennya Najib Razak.

Muhyiddin berkata, permohonan pengampunan melibatkan prosedur tertentu dan PN faham bahawa ia di bawah bidang kuasa Lembaga Pengampunan.

"Setahu saya siapa yang boleh mohon, namun dia (UMNO) menggunakan desakan politik," katanya seperti dipetik Utusan Malaysia hari ini.

Muhyiddin enggan mengulas berkenaan kemungkinan penglibatan Perdana Menteri Anwar Ibrahim dalam permohonan Najib selepas Anwar berkata dia akan turut berada dalam lembaga tersebut.

Semalam, Anwar menyangkal akan wujudnya konflik kepentingan dalam penglibatannya kerana keputusan akhir sama ada untuk memberikan pengampunan atau tidak kepada bekas perdana menteri itu adalah di bawah bidang kuasa tunggal Yang di-Pertuan Agong.

Pada 7 April lalu, Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno sebulat suara untuk menghantar memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong bagi memohon pengampunan penuh untuk Najib.

Ia selepas permohonan Najib untuk menyemak semula sabitan dan hukuman terhadapnya dalam kes rasuah SRC International berjumlah RM42 juta ditolak Mahkamah Persekutuan dengan keputusan 4-1, pada 31 Mac lalu.

Saturday, April 8, 2023

Dua petisyen pengampunan Najib dilancar, 135,000 bantah, 7,000 sokong

satuberita.my
By SatuBerita
-April 8, 2023
DUA petisyen dilancarkan berhubung Pengampunan Diraja untuk membebas dan melepaskan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Petisyen berkenaan dilancarkan di platform change.org. itu adalah “Petisyen kepada KDYMM Yang di-Pertuan Agong: Najib Tidak Wajar Diampunkan” digerakkan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) dan “Bebaskan Najib Razak Melalui Pengampunan Diraja” digerakkan individu bernama Ariff Lias.

Memetik laporan Astro AWANI, laman berkenaan sehingga jam 11 pagi menunjukkan “Petisyen kepada KDYMM Yang di-Pertuan Agong: Najib Tidak Wajar Diampunkan” mendapat jumlah tandatangan terbanyak iaitu 135,643.

Ia sekali gus menghampiri sasaran sebanyak 150,000 tandatangan diraih sejak dilancarkan semalam.

Dalam pada itu, petisyen “Bebaskan Najib Razak Melalui Pengampunan Diraja” hanya mencatatkan 7,743 dengan sasaran sebanyak 10,000 tandatangan.

Kedua-dua petisyen memberi penjelasan tersendiri berhubung Pengampuan Diraja berkenaan.

Antara isu yang disentuh dalam pestisyen yang membantah pengampunan itu adalah berhubung kesan rasuah yang memberi kesengsaraan dan perasaan malu bagi rakyat.

Sementara bagi petisyen menyokong, isu yang diketangahkan adalah berhubung dakwaan ketidakadilan perbicaraan serta kepincangan sistem kehakiman dalam kes SRC dihadapi Najib.

Thursday, March 2, 2023

Ingat jasa Sultan Kelantan beri pengampunan, Ahli Parlimen PN beritahu Anwar

satuberita.my
By SatuBerita
-March 2, 2023
Perdana Menteri Anwar Ibrahim bersama Sultan Kelantan Sultan Muhammad V pada 2019. Gambar: Facebook

AHLI Parlimen Pengkalan Chepa Ahmad Marzuk Shaary mahu Perdana Menteri Anwar Ibrahim mengingati jasa Sultan Kelantan Sultan Muhammad V yang berkenan memberi pengampunan diraja kepada beliau, ketika kerajaan bertegas tidak akan memberikan royalti minyak 5% kepada Kelantan dan Terengganu.

Marzuk berkata Sultan Muhammad ketika menjadi Yang di-Pertuan Agong memberi perkenan untuk membebaskan Anwar yang ketika itu dipenjarakan atas kesalahan liwat.

Justeru, Anwar digesa menjunjung titah Sultan Muhammad yang mahu tuntutan bayaran petroleum kepada negeri Kelantan dapat ditunaikan mengikut perjanjian-perjanjian yang ditandatangani.

“Kawasan joint-development area, sebuah kawasan perlombongan petroleum di kawasan bertindih dengan Thailand jaraknya dengan pantai Bachok hanya 145 kilometer.

“Tetapi keputusan kerajaan pada 1996 yang mana Tambun (Anwar Ibrahim) sebagai menteri kewangan ketika itu telah melarikan pendaratan ke Songkhla, jaraknya 230 kilometer.

“Kalau hendak mengangkat martabat Melayu, Melayu ada mana di Songkhla? Kalau hendak menoktahkan miskin tegar, sepatutnya ia didaratkan di Bachok,” katanya semasa membahaskan Belanjawan 2023 di Parlimen hari ini, lapor MalaysiaNow.

Anwar dibebaskan selepas mendapat pengampunan diraja, sejurus selepas kemenangan Pakatan Harapan (PH) pada pilihan raya umum 2018.

Menurut Marzuk, Sultan Muhammad juga pernah menitahkan agar hasil bumi itu dapat didaratkan di Kelantan yang telah menyiapkan zon industri petroleum di Pantai Bachok sejak 1990.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Azalina Othman Said berkata Kelantan dan Terengganu tidak layak menerima hasil petroleum kerana negeri tersebut hanya boleh menuntut hak sehingga tiga batu nautika, menurut Akta Laut Wilayah 2012.

Sementara itu Menteri Ekonomi Rafizi Ramli berkata deposit gas dan minyak di negara ini melangkaui jarak tersebut.

Tambahnya, 50% dana pembangunan infrastruktur dalam Belanjawan 2023 diberikan kepada negeri Kelantan, Terengganu, Kedah selain Sabah dan Sarawak.

Terdahulu, Perikatan Nasional PN pernah menjanjikan pembayaran penuh royalti minyak kepada Kelantan dalam manifesto Pilihan Raya Umum ke-15 lepas.

Monday, September 5, 2022

Najib mohon pengampunan diraja, akan kekal status Ahli Parlimen, kata Azhar

freemalaysiatoday.com
FMT Reporters
-September 5, 2022 12:17 PM

PETALING JAYA: Bekas perdana menteri, Najib Razak sudah memfailkan permohonan untuk pengampunan diraja atas sabitannya dalam kes SRC International, kata Yang Dipertua Dewan Rakyat, Azhar Harun.

Katanya, Najib memfailkan permohonan itu pada 2 Sept lalu, iaitu dalam tempoh 14 hari selepas Mahkamah Persekutuan mengekalkan sabitannya dalam kes itu.

“Ini bermakna status Najib sebagai Ahli Parlimen Pekan pada masa ini tidak berubah dan akan hanya dimuktamadkan apabila petisyen pengampuan itu dibereskan,” katanya dalam kenyataan.

BERITA LANJUT MENYUSUL

Tuesday, July 5, 2022

Najib perlu ikut proses kalau mahu pengampunan- Tok Mat

satuberita.my
By SatuBerita
-July 5, 2022
PENGAMPUNAN DiRaja sebelum seseorang individu yang didapati bersalah di Mahkamah, menjalani hukuman yang dijatuhkan ke atasnya, adalah sesuatu yang salah, tegas Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hasan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rantau itu berkata, banyak kes melibatkan pemimpin kanan UMNO sebelum ini menyaksikan mereka menjalani hukuman sebelum diberikan pengampunan dan dibebaskan.

Mohamad berkata, bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak perlu melalui proses untuk mendapatkan pengampunan, seperti mana yang berlaku kepada bekas Menteri Besar Selangor Datuk Seri Harun Idris, dan Datuk Mokhtar Hashim.

“Dia tidak boleh diampunkan selagi belum melalui proses. Itu adalah salah, sangat salah. Kebanyakan pemimpin UMNO yang terkenal, Menteri Besar Selangor Harun Idris, dia kena jalani hukuman. Mokhtar Hashim, kena jalani hukuman.

“Semua orang (yang bersalah) perlu jalani hukuman sebelum mendapat pengampunan. Ia adalah semudah itu, tiada cara lain,” katanya seperti dilaporkan Astro AWANI yang memetik laporan Asia Times.

Dalam pada itu, Mohamad yang lebih dikenali sebagai Tok Mat berkata, Malaysia kini merupakan sebuah negara yang sedang bergelut, dan dipimpin oleh ‘kerajaan pintu belakang’.

Katanya lagi, beliau menganggap masalah yang melingkari negara masa kini berakar dari kegagalan UMNO dan Barisan Nasional untuk memberi penerangan yang telus tentang skandal kewangan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Selain itu, Mohamad turut berkata, Najib juga tidak boleh berharap terhadap layanan istimewa dari kerajaan yang dipimpin UMNO dan BN sekiranya ahli Parlimen Pekan itu dipenjarakan berhubung kes rasuah.

“Mahkamah adalah satu-satunya tempat untuk anda membuktikan anda tidak bersalah atau sebaliknya. Dia (Najib) tidak membuktikannya, dan dia tidak mampu membuktikannya. Jadi semua orang perlu membayarnya.”

“Jika mahukan pengampunan, dia perlu melalui proses. Dia perlu masuk ke dalam (penjara) terlebih dahulu,” tambah Mohamad.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-