Showing posts with label Persatuan Patriot Kebangsaan. Show all posts
Showing posts with label Persatuan Patriot Kebangsaan. Show all posts

Saturday, July 14, 2018

Arshad selar politikus ‘mulut celupar’ sebar kebencian

FMT Reporters | July 14, 2018

Persatuan bekas tentera berkata, orang kurang berpelajaran pun boleh melihat kurangnya logik dan kewarasan kenyataan oleh Lokman Adam dan Nasrudin Hassan.

Jeneral bersara Arshad Raji bercakap tentang 2 jenis manusia yang tidak boleh menjadi pemimpin yang baik.

PETALING JAYA: Brigadier Jeneral bersara Datuk Mohd Arshad Raji hari ini menyelar 2 pemimpin politik kerana ‘bermulut celupar” berikutan kenyataan terbaru mereka tentang perkembangan semasa.

Orang yang kurang berpelajaran pun boleh melihat kurangnya logik dan kewarasan kenyataan tersebut, katanya.

Beliau mengingatkan ahli politik supaya tidak menggunakan kaum dan agama bagi menyemai perselisihan dan kebencian, dan berkata ia terbukti strategi yang salah dalam pilihan raya umum baru lepas.

Arshad yang mengetuai Persatuan Patriot Kebangsaan (Patriot) berkata pemimpin Umno dan PAS yang gagal menyedari perkara ini “patut dilabelkan sebagai bodoh”.

Kata beliau, berdasarkan pengalaman dalam persatuan bekas tentera itu terdapat 2 jenis manusia yang akan menjadi pemimpin yang tidak baik.

“Pertama tin kosong yang bercakap tanpa berfikir, dan kedua mereka yang tidak berkemampuan dan pengetahuan tetapi pandai membodek,” katanya.

“Kedua-dua jenis ini sering bercakap buruk tentang orang lain, menyemai kebencian dan mensabotaj orang lain dengan cara salah bagi mendapatkan kelebihan,” kata beliau.

Arshad mengulas kenyataan ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Lokman Noor Adam dan Ketua Penerangan PAS, Nasrudin Hassan.

Lokman menuduh Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengetuai kerajaan mengikut kehendak DAP yang mempunyai 42 kerusi Parlimen, berbanding 13 kerusi milik PPBM pimpinan beliau.

Dalam pada itu Nasruddin dilaporkan mendakwa kerajaan Pakatan Harapan (PH) mewujudkan rasa tidak senang dalam kalangan orang Islam berikutan pelantikan 3 penjawat tertinggi dalam sistem perundangan dan kehakiman negara.

Arshad berkata, jelas bahawa Nasrudin memaksudkan pelantikan Ketua Hakim Negara, Tan Sri Richard Malanjum; Menteri Undang-undang, Ahli Parlimen Batu Sapi, Liew Vui Keong dan Peguam Negara, Tommy Thomas.

“Hujah dikemukakan oleh Lokman dan Nasrudin tidak ada logik dan kewarasan hatta kepada orang yang kurang pelajaran,” katanya.

“Kedua-dua Lokman dan Nasrudin adalah pemimpin pertengahan parti masing-masing. Tembakan bertubi-tubi tanpa kendali mereka, walaupun peluru kosong, merosakkan imej parti mereka dan pimpinan atasannya yang tidak bertindak mengawal pimpinan bawahan” katanya.

Beliau berkata, rakyat perlu menyokong perdana menteri dan Kabinet beliau bagi menghadapi cabaran di hadapan.

Sunday, April 15, 2018

Hospital veteran: Patriot kemuka 7 soalan kepada Hishammuddin, Kementah

FMT Reporters
April 15, 2018

Ia berhubung pembinaan Hospital Veteran Tentera bernilai RM500 juta di Kem Gua Permai, Perak.


PETALING JAYA: Persatuan Patriot Kebangsaan (Patriot) mengemukakan 7 soalan kepada Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan Kementerian Pertahanan (Kementah) berhubung pembinaan Hospital Veteran Tentera di Kem Gua Permai di Ipoh, Perak.

Patriot merujuk kepada laporan 3 Februari lalu tentang pembinaan hospital bernilai RM500 juta di atas tanah seluas 28,500 hektar milik Angkatan Tentera Malaysia (ATM). Ia berfungsi sebagai sebuah perkampungan kesihatan dengan kepakaran geriatrik, jantung, respiratori, urologi, neuropsikiatri, rehabilitasi, dialisis dan pusat jagaan orang kurang upaya.

Presiden Brig Jen (B) Datuk Mohamed Arshad Raji bertanyakan benarkah Hospital Veteran Tentera itu dibangunkan melalui pertukaran tanah (land swap).

“Jika benar, adakah ini bermakna bahawa 28,500 meter persegi tanah di Kem Gua Permai di mana hospital itu akan dibangunkan, tidak lagi dimiliki oleh ATM?” katanya dalam kenyataan hari ini.

Patriot seterusnya ingin tahu benarkah kos pembinaan tidak ditanggung Kementah tetapi oleh “syarikat yang akhirnya akan memiliki hospital tersebut apabila ianya siap”.

“Sekiranya benar hak pemilikan hospital itu bukan milik ATM, tetapi dimiliki oleh syarikat yang membinanya, bagaimanakah hospital itu boleh ditakrifkan sebagai Hospital Veteran Tentera?” kata Arshad.

Pegawai tinggi bersara itu turut bertanyakan adakah benar hospital akan diubah menjadi milik swasta, di mana sebahagian hospital itu dikhaskan untuk veteran.

“Sekiranya ini benar, siapakah yang akan mengurus dan mentadbir bahagian yang disediakan untuk veteran? Adakah benar hospital ini tidak akan menanggung atau memberi subsidi terhadap kos rawatan perubatan untuk veteran?”

Beliau mengulangi cadangan dana RM500 juta untuk membina hospital itu diperuntukkan untuk mewujudkan unit perubatan veteran dan pesara polis di setiap hospital awam.

Terdahulu, isu pemindahan hak milik tanah tentera ditimbulkan bekas menteri Tan Sri Rafidah Aziz, mengenai puluhan ribu hektar tanah yang didakwa diswastakan kepada syarikat swasta tanpa tender terbuka.

Kementah menjelaskan pelaksanaan projek melibatkan kaedah pertukaran tanah mengikut prosedur dan model kerjasama awam-swasta yang diselaraskan Unit Kerjasama Awam Swasta (UKAS).

Akhir sekali, Patriot ingin tahu di mana Kem Gua Permai, yang menempatkan batalion Rejimen Askar Melayu Diraja, akan dipindahkan dan adakah batalion berpindah ke kem sementara atau baru dibina.

Arshad berkata menteri dan ATM harus menyedari ketidakpuasan hati dalam kalangan kakitangan dan keluarga kerana ditempatkan di kem yang belum siap sepenuhnya.

“Langkah sedemikian mengganggu kehidupan mereka, terutama bagi keluarga yang mempunyai anak-anak yang bersekolah.

“Patriot mendesak menteri dan ATM menangani isu-isu ini sebagai perkara penting ekoran khabar angin itu, jika didapati benar, ia adalah tidak baik untuk Kementah dan ATM,” katanya.

Klik sini untuk perkembangan sepanjang musim PRU14

Saturday, November 4, 2017

Persatuan bekas perajurit kesal-khidmat UTK untuk Tun Mahathir ditarik balik


KUALA LUMPUR, 3 NOV: Pertubuhan bekas perajurit, Persatuan Patriot Kebangsaan hari ini menzahirkan rasa kesal terhadap tindakan kerajaan menari balik khidmat pengawal peribadi Unit Tindakan Khas (UTK) kepada mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Menyifatkan itu sebagai tidak bertanggungjawab, tidak bermaruah, amatur dan merendah-rendahkan seorang tokoh negarawan yang berjasa besar, presidennya, Brig Jeneral (B) Datuk Mohd Arshad Raji berikrar untuk melindungi dan mempertahankan Pengerusi Pakatan Harapan tersebut.

“Siapakah individu yang telah mengarahkan penarikan balik perlindungan peribadi kepada Tun Mahathir?” soalnya dalam kenyataan hari ini.

Brig Jeneral (B) Datuk Mohd Arshad Raji. Foto: Nazir Sufari | Malaysiakini

Arshad juga menyeru kepada mereka yang menggelar diri sebagai ‘Patriot’ supaya memberikan komitmen bersama mempertahankan Tun Mahathir.

“Tidak kira apa pun beliau hari ini, beliau pastinya tidak berhak menerima layanan yang tidak bertanggungjawab seperti itu oleh kerajaan,” katanya lagi.

Dua hari lalu, Tun Mahathir melalui akaun Twitter rasminya menulis bahawa khidmat UTK bagi menjamin keselamatannya telah ditarik balik oleh pihak kerajaan.

“Genap setahun, Kak Fauziah dan pembantu ditamatkan kontrak oleh kerajaan. Hari ini, khidmat UTK ditarik balik.

“Perjuangan tetap diteruskan,” kicaunya.

Tahun lalu, khidmat pengiring polis untuk beliau turut ditarik balik ekoran kehadirannya di acara anti-kerajaan.

Bekas Ketua Polis Negara ketika itu, Tan Sri Khalid Abu Bakar menyarankan Tun M untuk memohon pengiring polis untuk ke acara rasmi kerajaan.

Mahathir menubuhkan Parti Pribumi Bersatu Malaysia tahun lalu, bersama-sama mantan timbalan perdana menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin. Kedua-duanya kini di barisan hadapan pakatan pembangkang mengkritik pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

– Roketkini.com

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-