Showing posts with label Raja Perlis. Show all posts
Showing posts with label Raja Perlis. Show all posts

Friday, May 25, 2018

Shahidan didesak sembah maaf ke atas Raja Perlis

Datuk Seri Shahidan Kassim didesak menyembah maaf ke atas Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail. ― Foto oleh Yusof Mat Isa

ARAU, 25 Mei ― Keluarga besar Jamalullail Perlis hari ini mendesak Pengerusi Badan Perhubungan Umno Perlis Datuk Seri Shahidan Kassim menyembah maaf ke atas Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail kerana dianggap menderhaka terhadap titah baginda.

Wakil keluarga itu, Syed Zolkifli Syed Abdul Rahman Jamalullail berkata ini ekoran tindakan Shahidan dan sembilan Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Barisan Nasional (BN) yang memboikot Majlis Pelantikan dan Angkat Sumpah Menteri Besar di Istana Arau semalam.

“Mereka perlu memohon maaf kerana baginda pasti berasa tersinggung, tidak sedap hati serta menimbulkan ketidaksenangan hati di kalangan semua rakyat Perlis,” katanya selepas membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Arau di sini, hari ini.

Syed Zolkifli berkata laporan itu juga dibuat ekoran kenyataan Shahidan pada sidang akhbar di Kuala Lumpur semalam yang menyebut bahawa Tuanku tidak perlu campur tangan dalam pentadbiran, yang sepatutnya tidak diucapkan kepada Tuanku.

Katanya tindakan Shahidan dan semua Adun berkenaan juga melibatkan maruah Tuanku dan seluruh keluarga baginda, justeru mereka harus memohon maaf secara terbuka kepada Raja Perlis dan menghormati institusi Diraja.

Dalam pada itu, ADUN Kuala Perlis daripada PKR, Nor Azam Karap turut membuat laporan polis hari ini bagi membolehkan siasatan dijalankan terhadap Shahidan yang didakwa mengeluarkan kenyataan berbaur penghinaan terhadap Raja Perlis.

“Saya mewakili orang ramai berasa tidak puas hati dengan tindakan Shahidan dan meminta agar pihak berkuasa menyiasat perkara ini,” katanya kepada pemberita selepas berhimpun bersama orang ramai di hadapan Masjid Al Hussain di Kuala Perlis dekat sini bagi menyatakan sokongan terhadap baginda Tuanku.

Sementara itu, Pengerusi Gabungan Badan Bukan Kerajaan (NGO) Perlis, Dr Ammar Hassan dalam sidang akhbar berasingan di sini berkata sikap tidak menghormati institusi Diraja perlu dihentikan dan menggunakan saluran komunikasi yang betul bagi menyuarakan sebarang pendapat.

“Jaga tulisan, jaga adab dan jangan ada pandangan negatif kepada baginda kerana ia merupakan satu badai emosi yang hebat terhadap rakyat terutama golongan muda dan ini mendatangkan nama buruk juga pada parti berkenaan,” katanya. 

― Bernama

Tindakan Shahidan tidak bijak - Shafie

Diterbitkan 25 Mei 2018, 10:01 pagi


Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal menyifatkan pengerusi Badan Perhubungan Umno Perlis Datuk Seri Shahidan Kassim kurang bijak kerana mempertikai keputusan Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail melantik Datuk Seri Azlan Man sebagai menteri besar.

Menurutnya raja pemerintah sesebuah negeri atau Yang Dipertua Negeri mempunyai hak yang harus di hormati dan ini termasuk mereka untuk kuasa melantik Menteri Besar atau Ketua Menteri.

“Dalam hubungan ini Shahidan bertindak di luar norma. Pada pandangan saya institusi diraja hendaklah dihormati. Shahidan patut menyelesaikan isu memilih menteri besar dengan bijaksana,” kata Shafie kepada media di Kota Kinabalu malam tadi.

Beliau diminta mengulas tindakan Umno Perlis memecat Azlan sebagai anggota parti itu selepas anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Bintong itu mengangkat sumpah jawatan Menteri Besar di hadapan Tuanku Syed Sirajuddin di Istana Arau pagi semalam.

Semua sembilan ADUN Barisan Nasional (BN) tidak hadir pada istiadat angkat sumpah itu sehingga Tuanku Syed Sirajuddin murka.

Shafie ditemui selepas berbuka puasa bersama Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan pelajar Institut Kemahiran Mara (IKM) Kota Kinabalu di institut tersebut di Kota Kinabalu.

Tuanku Syed Faizuddin mengetuai delegasi kerajaan Perlis dalam Ops Pasir 2018 di kawasan Timur Sabah (ESSZONE) bermula semalam hingga Ahad ini.

Shafie berkata kemelut yang melanda Perlis itu walaupun berbeza degnan yang berlaku di Sabah namun beliau masih tetap menghormati Yang diPertua Negeri dan tidak mengambil tindakan terburu-buru selepas Datuk Seri Musa Aman mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri.

- Bernama

Thursday, May 24, 2018

Raja Perlis murka pada 9 ADUN BN

Diterbitkan 24 Mei 2018, 2:37 petang


Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail murka dengan tindakan sembilan wakil rakyat BN tidak hadir pada majlis istiadat dan angkat sumpah menteri besar Perlis, hari ini.

Baginda kecewa kerana semua Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) terbabit berada di Perlis ketika jemputan dihantar kepada mereka dua hari lalu, lapor Berita Harian.

"Ini adalah kepentingan sesetengah puak, segan untuk saya sebut nama tetapi tuan-tuan pun tahu siapa.

"Hari ini sebilangan besar mereka tidak hadir.. sebab apa (tidak hadir) saya pun tidak tahu, sedangkan jemputan dibuat dua hari lalu dan mereka masih berada di Perlis ketika itu.

"Sekarang mereka berada di Kuala Lumpur, semalam mereka pergi menaiki kapal terbang... ini berdasarkan laporan yang saya terima," titah baginda pada majlis istiadat dan angkat sumpah Menteri Besar di Istana Arau, pagi tadi.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-