Showing posts with label Rang Undang-undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 (Akta 355). Show all posts
Showing posts with label Rang Undang-undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 (Akta 355). Show all posts

Sunday, April 2, 2017

RUU 355 dibentang 6 April

Mohd Nasif Badruddin
mnasif@hmetro.com.my
AHMAD Zahid bersama Ketua Polis Negara merangkap Timbalan Pengerusi MCPF, Tan Sri Khalid Abu Bakar (kiri), semalam.

Subang Jaya: Usul pindaan Rang Undang-undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 atau RUU 355 akan dibentangkan sebagai usul persendirian pada hari terakhir persidangan Dewan Rakyat, 6 April ini.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, usul itu akan dibentangkan oleh Ahli Parlimen Marang Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang juga Presiden PAS selepas semua urusan kerajaan diselesaikan.

“Kita serahkan pada budi bicara Speaker sama ada huraian pindaan ini akan diberikan secukupnya dan juga perbahasan dibuat atau sebaliknya.

“Tetapi saya yakin pengundian tidak akan dibuat.

“Bagaimanapun, terserah kepada Speaker untuk menentukan tatacara dalam persidangan dewan itu,” katanya dalam sidang media Mesyuarat Agung Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) dan Majlis Penyampaian Anugerah Integriti MCPF 2017 di sini, semalam.

Thursday, November 24, 2016

Pas patut bersama Umno jika......

ATIRAH HASLI
SHAH ALAM - Pas sepatutnya bersama dengan Umno sekiranya parti itu menyokong Rang Undang-Undang Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 (Akta 355), kata penganalisis politik.

Pensyarah Kanan Hal Ehwal Politik dan Antarabangsa, Pusat Pengajian Antarabangsa Universiti Utara Malaysia, Md Shukri Shuib, Pas sepatutnya sedar tidak ada gunanya untuk terus-terusan menentang Umno sekiranya parti itu terbukti boleh menerima setiap pandangan dan gesaan yang dibuat Pas selama ini.

“Sudah semestinya, RUU 355 tidak akan mendapat sokongan Pakatan Harapan. Banyak corak dan pola pemikiran berbeza. Malah, kita semua tahu ahli politik DAP sudah sedia untuk menentang RUU ini.

“Agenda Pas sebenarnya lebih difahami Umno kerana budaya, agama dan keturunan yang sama. Ini faktor yang boleh menentukan pola sokongan,” katanya ketika dihubungi Sinar Online, hari ini.

Menurutnya lagi, Umno lebih peka terhadap usaha Islamisasi berbanding parti pembangkang yang lain dan ia membuatkan Pas lebih cenderung untuk menerima sokongan dari Umno.

“Cuma masalahnya yang membelenggu hubungan ‘mesra’ Umno-Pas adalah sikap Pas itu sendiri. Pas tidak konsisten dan hanya akan ikut pihak yang menguntungkan mereka.

“Pendirian tidak konsisten ini nampak seolah-olah parti mahu mempermainkan Islam. Kalau Umno mahu sokong, saya tidak nampak kenapa Pas masih mahu menentang Umno. Pas sering berdolak dalik, itu adalah sikap Pas yang diwarisi zaman-berzaman,” katanya lagi.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-